APA ITU PENYUSUAN EKSKLUSIF?

Penyusuan eksklusif :
Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.

Selepas 6 bulan
Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua (2) tahun.

Tetapan matlamat
Untuk membolehkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama selepas kelahiran bayi dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara berikut:
          -Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.
          -Penyusuan secara eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makanan atau minuman walaupun air masak.
          -Ibu perlu menyusui mengikut kehendak bayi, iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada permintaan bayi, bukan asyik melihat jam di dinding.
          -Tidak memberikan sebarang susu formula atau puting kosong kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
          -Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi.


Artikel bekaitan:
-Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Catat Ulasan

0 Ulasan