Apa itu teknik power pumping?
Ia merupakan teknik mengepam yang membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang biasa tapi mengikut teknik yang lebih spesifik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Ada ketika ibu-menyusu akan berhadapan dengan situasi di mana pengeluaran susu menurun akibat masalah tertentu. Jangan risau tentang hal ini dan jangan pernah berputus asa lalu mengambil jalan singkat dengan pemberian susu formula kepada bayi. Sebaliknya pelajari bagaimana teknik power pumping yang boleh membantu ibu-ibu menyusukan bayi secara ekslusif.
Sebaik-baiknya teknik ini dilakukan pada waktu malam ke subuh kerana ketika ini hormon prolaktin adalah sangat tinggi.
Objektif Power Pumping
Ibu kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu
Ibu yang ingin re-laktasi,yakni menyusukan semula si kecil setelah berhenti menyusukan
Ibu yang nak susukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Ibu berkerjaya - kekangan masa menyebabkan ibu gagal mengikuti jadual mengepam
Bagaimana melakukan Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 20 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Apakah teknik ini benar efektif?
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari. Anda jangan terlalu teruja untuk melihat kesannya. Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya seminggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam cuma setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah! Demi memberikan yang terbaik kepada si khalifah kecil.
Apa-apa pun, kunci utama kejayaan teknik ini adalah jangan stres. Tak percaya? Klik ni Kesan Stres Kepada Susu Ibu.
Good luck mommies!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Thanks sis for the info
ReplyDelete