Kesan stress terhadap susu ibu

Māmy Syu
1
stress dan susu ibu


Masalah stres kelihatan agak remeh tetapi besar impaknya kepada sesiapa yang mengalami. Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu,stres tidak menyebabkan susu menjadi sedikit, namun sekiranya ibu berasa sangat stres dan mengganggu kekerapan menyusukan bayi, ini akan mengurangkan bekalan susu ibu buat sementara.

Payu dara ibu menghasilkan susu mengikut permintaan bayi. Sekiranya penyusuan terganggu kerana apa sahaja puncanya dan bayi pula tidak menyusu seperti rutinnya, susu yang dihasilkan akan automatik berkurangan.

Jangan jadikan masalah stres yang anda sedang hadapi sebagai punca berkurangan kekerapan menyusukan bayi. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Sebaiknya terus susukan bayi sekerap dan selama mana yang dia kehendaki untuk meningkatkan bekalan susu ibu.

Stress scara langsung tisak membuatkan susu sedikit. Tapi stres sebenarnya mengganggu keseimbangan hormon dalam badan dimana secara tidak langsung akan menganggu penghasilan susu. 

Oksitosin. Ia merupakan hormon yang banyak dirembes apabila gembira. Semasa bayi menghisap payudara ia akan keluarkan hormon oksitosin yang membuatkan kita tenang dan happy. Hormone oksitosin akan rangsang kelenjar pituitari untuk rembeskan pula hormon prolaktin yang kemudiannya akan merangsang kelenjar susu untuk penghasilan susu. Jadi ibu-ibu kena sentiasa positif untuk mendapatkan hasil susu yang lumayan.

Anda boleh mengatasi stres dengan cara anda sendiri. Ada yang mood menjadi baik selepas menonton drama korea, atau muzik. Namun sabaik-baik penenang jiwa adalah dengan berzikir danmemuji Allah, Iya lah sedangkan susu itu sendiri terjadi dengan kuasa Nya..kan?

Malah, menyusukan bayi itu sendiri merupakan terapi yang boleh membawa ketenangan jiwa. Jadi kerap-keraplah menyusu dan tataplah wajah anak penuh kasih, ketika manyusukan mereka.

Selain itu dengan menyertai banyak forum/kumpulan ibu-ibu menyusu dalam komuniti secara maya yang boleh berkongsi pengalaman dan info berguna. Belajar menyusukan bayi dengan susu ibu satu pengalaman yang menakjubkan. Oleh itu lalui ia dengan penuh rasa gembira dan yakin anda boleh memberikan si manja khasiat yang terbaik. Kegembiraan tersebut akan membuatkan anda tenang dan kurang rasa tertekan. Maka penyusuan susu ibu akan berjalan lancar.

Post a Comment

1 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!