Kek Swiss Roll Batik Teganung

November 29, 2014
Yay! It's weekend again.!! Hari ni Annur buat kek gulung batik. First trial dah dapat hasil yang gebu dan cantik. Nak gulung pun senang, Sebelum ni dah buat pakai original recipe dari kawan, tapi kali ni Annur ubahsuai sikit.

kek-batik-terengganu-gulung


Annur guna loyang 36 x 36cm dan Annur double up kuantiti ovallete, dan reduce gula kepada 4 auns je. Dan hasilnya kulit tak lagi tertanggal dan jadi comel je ^_^


Swiss Roll Batik Tenunan Terengganu <(^.^)y peace! *mentang-mentang duk ganu kan* Sukati je letak nama..hihi
Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu bsr ovallete
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco( maisya guna serbuk koko )
jem strawberri secukupnya

Cara-cara
- Telur,gula,ovallete,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata.
- Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius, api atas dan bawah. 5 minit terakhir aku pusingkan tray untuk dapatkan warna brown yg sekata)
- Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.
- Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.
Siap!

Korang try tau! Simple tapi sedap sangat. Tak habis-habis diorang puji. Kembang hakak taw! ahaks!

Baca juga : Kek Jagung Gebu Kukus dengan Sos Kastard  |  Resipi Kek Pisang Coklat - Pasti menjadi  |  Puding Jagung Koktail dalam Sos Lemak Manis

4 comments:

  1. Wah..homemade..tahniah! Saya kagum.

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnye kak pndai bt kek gulung sndiri... ayu beli je snng

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo keluarga ramai, tak cukup kalau beli hihi~
      kena buat sendiri ^_^

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.