Kek Jagung Gebu Kukus dengan Sos Kastard

kek-jagung-gebu-kukus-dengan-sos-kastard

Bulan ni saje dah 4 kali buat kek leleh-leleh, lelemak berkrim macam ni. Yummeh! Dah minggu akhir nak tutup sekolah ni, berderet-deret lah segala jamuan kelas, jamuan panitia, jamuan akhir tahun nye. So menu wajib Annur bawak sebagai desert adalah kek jagung meleleh ni la.

Bila makan, rasa sedap, Annur pasti akan abadikan dalam blog supaya tak hilang dan hanyut ikut air bah hahaha. Untuk rujukan sendiri sebenarnya, tapi kalau ada yang bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang membaca, so alhamdulillah. Ada jugak la contribution Annur pada community kan.. (^_^)
Kek Jagung Kukus dengan Sos Kastard
Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
1 cawan margerin
2 cawan tepung gandum
5 biji telur gred B (dipukul)
1½ cawan jagung manis ( nak letak setin pun boleh)
1 sudu besar baking powder
Pewarna kuning

Cara-cara
1. Pukul gula dan margerin hingga kembang
2. Masukkan telur
3. Masukkan tepung dan baking powder dan warna kuning, gaulkan hingga sebati.
4. Kemudian barulah masukkan jagung manis
5. Tuang kedalam acuan dan kukus selama 45 minit atau hingga masak

Sos kastard (masak kejap atas api)
1. 250 ml susu sejat
2. sesudu tepung kastard (dibancuh dengan air)
3. Esen vanila dan 2 sudu gula aising


Dah siap!

Simple sangat, tapi makan nye sedaapp sangat! Mabeles!

AS: Budak-budak memang suke sangat kek ni. Cuti-cuti sekolah ni elok sangat lah kalau buat kek mudah dan sedap macam ni. Tak perlukan banyak effort pun. Bahan-bahannye pun senang.

Catat Ulasan

0 Ulasan