Assalamualaykum mummies! ^_^
Ok, throwback. Masa baby Fael baru je masuk 3 bulan Syu dihantar untuk kursus untuk 3 hari. So terpaksa la hangkut baby sekali. Dan pumping gear haruslah tak dilupakan. hahaha (^_^) Dan masa ni merupakan my 1st try guna Freemie on the go taw. (v^_^)v

I love my new pumping gear! |
Syu sebenarnya menyesal beli freemie ni aritu sebab terasa Syu dah ter"miskin" sebanyak RM300+ berbanding orang lain huhu. Seriously RM300++ hanya untuk sepasang botol susu? Syu beli haritu dengan harga RM329 siap pos. Mahal?! Memang mahal. But then again, harga ni memang tak seberapa la bagi Syu jika nak dibandingkan dengan "jasa" dia dalam membantu memudahkan breastfeeding journey Syu!
#1 Set freemie deluxe dibekalkan dengan anti-backflow valve yang dapat melindungi motor pam dari dimasuki susu. Kalau mummies tak letak anti-backflow ni, kemungkinan besar susu akan tersedut masuk ke tiub dan terus masuk ke dalam motor pam. Ha kang tak pasal-pasal kena marmet pulak sebab pam kena hantar servis. Lenguh wooo kalo kena marmet!! So satu bintang (★) untuk freemie anti-backflow tubing system.
Tapi!. Satu keburukan anti-backflow ni, ia mengurangkan kekuatan suction dari pam. Aiyo! So kalo mummies biasa mengepam dengan level 3 dengan set corong original Lacté, mummies akan rasa sedutan yang agak lemah bila menggunakan freemie. Take note ye.
#2 Sesuai dengan tagline freemie, Handsfree & concealable breast pumping. Setelah 2 tahun Syu breastfeed Naufal dulu, rasa rugi sangat sebab Syu baru kenal dengan freemie hanya selepas melahirkan baby kedua, Nufael. Seriously Syu kagum dengan freemie sebab berjaya membawa revolusi terhadap corong tradisional pam yang biasanya memerlukan gabungan corong dan botol. Menyenangkan sangat!
Jom ikuti apa yang Syu sukaaa sangat denga freemie ni.
Dapat follow jadual mengepam tanpa alasan
Ha,.nak susu meriah tapi nak lepak je, mana boley babe! Sibuk layan kerja sampai tak sempat mengepam. Sibuk sangat sampai mengepam 2 kali je sehari?!. Alasan kerja banyak, tiada tempat tertutup, ofis tak mesra breastfeeding, dan macam-macam alasan. Kalau tempat kerja you all jenis tak support bf, memang sesuai sangat pakai freemie. Uolls out sekejap ke toilet, pasangkan cup ke dalam bra, pastu masuk balik ke ofis, sambungkan ke tiub, dan pam! Tiada alasan. Syu sendiri dah berpengalaman terpaksa dan sangat² terpaksa mengepam dalam dewan seminar masa tengah berkursus (tapi kawan sebelahharemtak pasan..ahakss!)
Tersembunyi..shhhhh..
Syu suka sebab bila guna freemie, takde orang yang perasan Syu tengah mengepam kecuali kalo Syu letak pam tu atas meja, opkos la orang akan tahu kan.?! Tapi kalau sorok pam dalam laci, pastu buat muka sardin je sambil buat kerja, memang takkan ada yang sedar Syu pumping.
Mengepam while driving
Keje hakiki Syu tak banyak kena keluar, tapi hujung minggu Syu memang sibuk dengan urusan bisnes yang menuntut Syu untuk banyak bergerak COD, jarak dekat, jarak jauh travel . So katakanlah AS guna conventional breast shield yang attached to bottle tu,kan..yang kena pegang tu kan,kan? abis tu kan, sapa pulak yang nak kawal steering kan?? kan? Hurmmm..
Mengepam while cooking
AS ngan Lacte Duet sangat ngam bersama. Bila baby tak sihat, dia akan kurang minum, so memang kena mengepam lebih sikit dirumah. AS pakai sling bag, dan letak pam & powerbank dalam bag tu, freemie plak AS sarung siap-siap dalam bra. Tekan on, pam pon jalan! Pam n tangan satu kali juga jalann! Tung-tang-tung-tang masak, Yeah siap!!. Berjaya jugak curi masa during anak tidur, untuk buat 2 kerja penting! terasa diriku begitu hebat! bhahahaha
Part yang sikit dan mudah cuci
Tengok je gambar, dah tahu. Memang senang sangat nak cuci. Langsung takde ruang-ruang yang renyah nak di tonyoh.
Cukup lah setakat itu je. Puji lelebih kang dikatanya pulak Syu buat review berbayar dari seller freemie pula kan? Bukan nak jek lelebih, tapi itu reliti dan bersumberkan dari pengalaman sendiri.
#3 Dan setiap perkara pasti ada sisi gelap nya, Realiti seterusnya, tidak lah seindah khabar. Corong Lactè original set lebih baik daripada freemie cup dari segi lekapan. Sebab freemie ni permukaannye keras, pastu cup nye tak clearly transparent, jadi susah nak ténang dalam cup tu dah betul² terletak molek kat aerola ke tak. Syu dah banyak kali melecet dan luka sebab salah lekap ┐(´д‘)┌
Tapi kalau nipple melecet, korang sapu je nipple cream ni, dan boleh teruskan mengepam atau feed baby. Takyah basuh pun. Lanolin pure ni tau. Tak bahaya pun kalau tertelan.
#4 Freemie bekalkan 2 size of cup dalam box, satu 28 mm dan satu lagi 25 mm. So untuk mengelakkan berlaku nipple crack, pilihlah cup yang sesuai bagi diri uolls. Tapi bagi Syu kedua-dua nye pun tak betul² fit. Bila silap sikit je, jawabnye susu akan meleleh² keluar diantara breast dan cup. Ishh..bukan cup tu bocor atau susu tumpah. Tapi, susu gagal masuk ke dalam cup, sebaliknya meleleh keluar diruang² kosong hasil dari lekapan mulut-cup tu yang tak sempurna. Faham ke? Kenapa gelak gelak ni.. Serius sikit. Syu tengah serius nih. Huh!
#5 Kapasiti cup ni cuma 8oz je setiap satu. Jadi kalo uolls jenis yang susu mencurah-curah, satu sesi sampai 10oz setiap breast, memang tak sesuai lah pakai freemie. Sebab keadaannya yang tersorok dalam baju tu bimbang korang terlepas pandang sampai melimpah masuk ke dalam tiub, naya! Syu dah pernah kena. Mujur cepat perasan, sebab pam bunyi lain macam.

#6 Bila korang pakai freemie cup, korang sebenarnya tak lah se-free style mana pon. Still kena maintain tegak, tak boleh tunduk atau terlalu menyandar kebelakang. Cuma tangan korang la bebas nak buat pape yang korang nak buat.
Contoh situasi : kalau korang ahli farmasi, dan terpaksa dispens ubat di kaunter outpatients. Korang boleh je teruskan keje sambil ngepam, cover je la sikit² dengan shawl or cardigan ke pastu dispense ubat kat patients macam biasa, cuma kena ingat, kalo ubat terjatuh kat lantai jangan pulak gi membongkok nak ambil. Kalo korang tunduk jugak, memang habis lah satu tube tu penuh susu. Ha centu sekali gigih nye aku bagi contoh-contoh bagai! Bhahaha...
Secara keseluruhannya, Syu sendiri pun membeli Freemie ni selepas membaca bermacam-macam review dari blog-blog mak saleh, dan akhirnya barulah Syu buat keputusan nak beli. Akhirnya bila Syu cuba sendiri, Syu memang puas hati. Sebab target Syu nak enjoy freedom dalam breastfeeding.
So adakah target Syu tercapai? Jawapannya yes, target achieved!.
Will see u later..babai mmuuah! review pam lacte dan freemie, ibu susu ubud, pam special buat susu badan meriah, perbanyak susu badan, susu ibu meriah selepas menggunaka n freemie dan lacte duet

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Salam AS
ReplyDeleteYg melecet tu, teruk tak?
Wasalam.
DeleteTak lah teruk sangat sebenarnya, tapi pedih la. Bila sapu gel lanolin medela, boleh trus menyusukan baby semula.