Isteri – Ibu – Pengurus rumahtangga – Kerjaya | Bukanlah nak angkat bakul, tapi AS rasa memang betul sangat lah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Sebab apa? Rata-rata kita boleh tengok kerusi-kerusi pengarah, dalam agensi kerajaan sekarang ni banyak diisi oleh para wanita.
Bukanlah nak angkat bakul, tapi AS rasa memang betul sangat
lah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Sebab
apa? Rata-rata kita boleh tengok kerusi-kerusi pengarah, dalam agensi kerajaan sekarang ni banyak
diisi oleh para wanita.
Ia juga bukan suatu pemandangan yang pelik kalau kita melihat wanita menjadi ketua dalam mana-mana organisasi, atau menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Dalam masa yang sama diorang jugak merupakan seorang isteri dan ibu di rumah. Perghh! SuperMom sangat uolls!

Bukannya senang sebenarnya nak buat dua tugas dalam satu masa, tapi papepun
tanggungjawab yang digalas tu kena jugak dilunaskan dengan sebaiknya. Kita
sebagai orang perempuan ni, tak cukup sekadar hebat di tempat kerja jer, tapi?
Rumahtangga? Berantakan. Itu semua cabaran yang perlu ditempuh oleh ibu-ibu
yang berkerjaya.
1.
Cabaran kerjaya
Kat tempat kerja memang banyak kerenah yang kita kena hadap.
Bila balik rumah, peranan tu bertukar pulak sebagai isteri dan ibu. Bagi yang
baru pertama kali bergelar ibu, sememangnya keadaan ni boleh menyebabkan
tekanan dan bebanan yang berat buat diorang. So, ibu kena cepat belajar menyesuaikan
diri dengan suasana pembelajaran baru seperti menjaga anak, menguruskan rumah
tangga dan disamping menangani masalah pejabat. Kalau dulu, ya..kita Cuma perlu
fikir masalah pejabat je, tapi lepas berumahtangga kita kena handle semua
masalah di rumah yang melibatkan suami, anak dan family. Jadi, kena bijak
tangani tekanan. Pada AS,sewajarnya ibu-ibu macam kita ni kena ada terapi tersendiri.
Macam AS, bila stress sangat, AS akan transit anak-anak kat rumah pengasuh
dalam sejam dua gitu selepas waktu kerja, AS pergi Spa, buat urutan relaksasi, tak pun AS
merayau-rayau ,shopping barang-barang macam baju, barang kemas, dan beg. Bila balik, fikiran AS lebih fresh dan lapang, pergi jemput anak-anak dengan senyuman tawa.
2.
Cabaran suami dan anak-anak
Biasanya orang perempuan ni, bila kita tinggal sendirian, boleh je sebenarnya buat serba-serbi kerja rumah tanpa bantuan suami. Tapi bila hari-hari cuti, suami ada di rumah, kita mengharapkan suami membantu sama-sama bereskan kerja rumah supaya lebih cepat siapnya, sebab lagi cepat siap lagi cepat kita boleh beristirehat. Sakit hati woo bila kita buat kerja, Incik Asben pulak menyedan atas sofa layan TV. Anak-anak yang
aktif dan ekstra lasak pulak bertempiaran ke sana-kemari tanpa pemantauan is ayah. Letihnya uhh. Dia kerja, kita pun kerja cari nafkah. Bila cuti, dia menyedap rehat, kita still lagi tak berhenti kerja.
Baca juga : Cabaran hidup sebagai pasangan suami isteri PJJ
Peranan Incik Asben sangat penting sebenarnya. Allah jadikan kita berpasangan supaya dapat memenuhi kekurangan masing-masing suami dan isteri. Bila suami susah nak tolak ansur, mulalah kekurangan tu “diungkit” menjadi titik pergaduhan. Contohnya, bila isteri sibuk menyediakan masakan di dapur, si suami perlu lah ambil alih tugas mengasuh anak. Pastu si suaminya janganlah pulak bila tengah bermain-main dengan anak, tu tiba-tiba anak berak, “Yang oohh, amik anak ni yang! Dia berak lah.” Haih patut-patutlah sikit abam oii. Apelah salah nya tolong cebok berak anak sekali sekala. Pepatah moden ada menyebut, suami yang sanggup basuh berak anak adalah lelaki yang macho, sado lagi kacak. Tak gitew abam?

3.
Keluarga, mertua dan teman
Cabaran keluarga AS tak berapa nak nampak sangat sebab alhamdulillah
AS tak tempuh lagi cabaran dari sebelah keluarga mahupun mertua. Cuma biasalah
kadang-kadang ada jugak isu berbangkit berkaitan balik kampung. Bagi AS, itu
cabaran normal bagi mana-mana ibu berkerjaya. Tak macam surirumah sepenuh masa
yang bebas bergerak ke sana ke mari ikut suami pada bila-bila masa, asal suami
dapat cuti je, boleh terus shoot balik kampung. Kita ibu berkerjaya lain. Namun
tak kata jugak yang kita nak nafikan hak suami. Suami mesti diutamakan dalam
apa jua soal sebab dah termaktub dalam agama kita. Setiap isteri wajib patuh
pada perintah suami. Tapi kita semua tahu bahawa kelulusan cuti bukan di tangan
kita. Dalam soal ni perlu ada komunikasi dua hala yang berjaya antara satu sama
lain. Masing-masing kena faham dengan tuntutan kerjaya masing-masing, supaya
mudah untuk merancang cuti.
Baca juga : Tips kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai
Baca juga : Tips kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai
4.
Cabaran cyber
Zaman sekarang teknologi melangkah begitu pantas dan pesat
hingga menjangkaui batasan fikiran. Kadang tak terkejar kita dek inovasi dan
revolusi gajet-gajet dan perisian mudah alih yang makin variety. Kita isteri
berkerjaya tak dapat tidak, dari menggunakan teknologi telefon pintar seperti
email, WhatsApp, facetime dan sebagainya yang membolehkan proses interaksi berlaku tanpa memerlukan pertemuan empat mata. Biasalah, dalam media sosial ni, kadang
apa yang kita nak sampaikan tak sama dengan fahaman si penerima. Kadang kala perkara
ni boleh menjejaskan komunikasi suami isteri dan boleh menimbulkan salah faham
seterusnya pertelingkahan. Bagi AS, cabaran dari aspek teknologi memang semua
orang pun merasa. Benda baru, bukan mudah nak serap dan hadam. Mana nak handle
haters nya, nak protect diri dari stalker nya, kena kecam sana, kena kecam
sini, nak tepis fitnah lagi.. fuhh! So jalan senangnya, jangan anggap cabaran
cyber ni sebagai masalah, tp jadikan motivasi untuk memantapkan diri sebagai
ibu dan isteri yang taat.
Semoga perkongsian AS kali ni dapat membantu perjalanan
korang untuk menjadi wanita berkerjaya merangkap CEO rumahtangga yang berjaya
dan berhati sado.
Nota tumit lembut: Kitalah MOM! yeah! **(M)Master (O)of
(M)multitasking.
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y