40 Tips membina harga-diri anak-anak seawal umur 3 tahun.


Assalamualaikum.

Adalah penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk menerapkan self-esteem yang positif ke dalam diri anak-anak agar mereka membesar dengan keyakinan diri yang teguh seterusnya akan membentuk identiti diri yang tinggi sifat kepimpinan.

Apakah self-esteem dan identiti?

Harga diri atau self-esteem merupakan penilaian kendiri dan penghargaan anak terhadap dirinya sendiri. Manakala identiti pula merujuk kepada jati diri yang bakal mencorak watak, sifat peribadi, cara berfikir, dan ketrampilan diri anak-anak kita nanti.

So, jom tengok satu persatu tips-tips simple yang boleh diamalkan bagi membina self-esteem anak-anak:


1. Ucapkan sayang kepada anak-anak at least sekali dalam sehari.

2. Ambil serius perasaan anak apabila diorang mengadu sesuatu masalah. Jangan asyik cakap “Ahh biasalah tu” , atau “ Ehh, tak teruk mana pun” , “Sikit saja tu..”

3. Dedahkan pada anak yang It’s okay to make mistakes. Beritahu diorang yang kita (orang dewasa) pun selalu buat silap.

4. Bila anak korang buat lawak, korang ketawa je lah! Walaupun korang tak dapat tangkap apa yang kelakar nye di situ. Jangan biarkan “krikkk..krikk..kriikk” je bila dia buat kelakar.

5. Berikan pujian pada setiap usaha diorang dalam melakukan sesuatu. Tak usah fikirkan apa akan berhasil atau tidak usahanya tu. Just praise him! Hargai usaha dia biarpun hasilnya taklah memuaskan mana pun.

6. Ambil gambar anak di hari pertama dia masuk ke taska atau nurseri, frame kan dan pamerkan di dinding. Terus lakukan untuk hari pertama masuk tadika, pra-sekolah, darjah satu, tingkatan satu dan seterusnya. Bila kita pandang balik semua gambar-gambar tu, baru kita sedar dan nampak betapa cepatnya dia membesar.

7. Bila bercakap dengan anak, sentiasa ‘cucuk’ dia supaya bertanya soalan. Bila kita galakkan dia bertanya, otak dia akan ligat berfikir. Kita boleh boost lagi kemampuan otaknya dengan cara, kita konon-konon tak tahu apa jawapannya. So, kita ajak dia sama-sama cari solusi pada soalan dia tadi.

8. Bila dia baru belajar satu benda baru, contoh belajar mengenakan butang baju. Ajar dia bahawa, “Abang tak reti” atau “Abang tak boleh la ibu” itu cuma bersifat sementara saja. Jangan rasa rendah diri dengan ibu. Ibu dah dewasa, sebab itu ibu pandai serba serbi. Dengan sedikit usaha, kelak ayat “Abang tak reti” akan menjadi “Tengok ibu, abang dah pandai pakai butang sendiri!” Ajar dia jangan give up.

9. Ibu-ibu tolong tahan lidah dan mulut daripada mengeluarkan perkataan “Ha, itulah! Kan tadi ibu dah cakap!” Perkataan ni sangat-sangat tajam dan membunuh keyakinan diri anak-anak, sebab kita macam menunjukkan bahawa kalo ibu dah kata jangan melompat, nanti akan jatuh. Maka kompem akan terjatuh. So, jangan! Kesannya, anak akan jadi orang yang tak berani mencuba dan takutkan cabaran.

10. Sentiasa tumpukan perhatian pada tindakan spontan anak-anak yang berniat nak membantu kita dan pastikan kita ucap terima kasih biarpun sekecil-kecil bantuan seperti tolong capai dan menghulurkan remote tv kepada kita.

11. Setiap anak adalah special. Jadi tak adil lah kalo kita layan sama rata je setiap anak. Kita kena raikan perbezaan setiap anak dan layan dengan cara yang sesuai.

12. AS bila setiapkali terlanjur marahkan Naufal, AS akan menyesal. Taktik AS nak pulihkan hubungan baik dengan Naufal lepas terlepas marah dan pukul dia :- AS akan bukak album gambar Naufal, dan kami akan sama-sama menelusuri memori sambil ibu story kan dari awal ibu dipaksa bersalin secara pembedahan masa Naufal baru je 7 bulan dalam perut, hingga dia membesar sihat macam sekarang. Dan setiap kali tu lah kami dua beranak akan nangis sama-sama..hihi camtulah selalunya ia berakhir.

13. Bila berselisih faham dengan anak, kita jangan berikan silent treatment. Jangan nanti di kemudian hari, bila diorang meningkat remaja, diorang buat balik kat kita silent treatment, baru kita nak menyesal. Berbincanglah. Diorang ni nampak je kecil, tapi diorang faham bila kita jelaskan kesalahan diorang dan kenapa diorang dimarahi.

14. Jangan walau satu malam sekalipun membiarkan anak kita masuk tidur dalam keadaan marah dan tak puas hati dengan kita. Atau, masuk tidur dalam keadaan sedih sebab dimarahi. Selesaikan permasalahan dan berbaik-baik lah dengan mereka sebelum mereka tidur. Sebab masa tidur, minda bawah sedar anak tu sebenarnya terus berputar dan ia tak tidur. Jadi, berikan kenangan yang indah sebelum mereka tidur.

15. Didik anak kita bahawa setiap orang ada pandangan yang berbeza-beza dan kita harus hormati itu. Dalam pada masa sama, kita tunjukkan yang kita hormati pandangan dia jugak.

16. Bila anak bagitahu rahsia, pelisss! Hormat! Simpan rahsia diorang selagi rahsia tu bukan sesuatu yang boleh membawa kemudaratan jika terus dirahsiakan.

17. Peluk anak-anak dan say proper goodbye setiap kali nak keluar ke tempat kerja. Jangan kerana takut anak buat perangai, meronta-ronta nak ikut, kita main menyelinap keluar senyap-senyap kat pintu belakang. Bila kita amalkan lari-lari macam tu je, anak akan hilang percaya pada kita dan sifat clinging dia akan bertambah parah.

18. Bila anak menangis, biarkan. Jangan kerah dia senyap dengan berkata “Awak dah besar, memalukan je menangis” Ehh hello! Diorang cuma budak kecik okey, bukannya dewasa. Kita hanya akan menyekat ekspresi diri dia bila kita cakap macam tu. Apa yang kita perlu buat cuma peluk dan tenangkan dia.

19. Buat sebuah carta “Perasaan saya hari ini”. Letakkan emoticon happy, sedih, bimbang, bangga, tenang, geram dan lain-lain. Suruh anak kita tampal ikon muka dia, pada emoticon yang menunjukkan perasaan dia hari tu. Bila malam hari, sembang dengan dia, apa sebab dia berperasaan sebegitu pada hari tersebut. Cara ini melatih anak kita mengekspresikan emosi dengan cara yang betul, mudah-mudahan bila dah meningkat remaja nanti, kita tetap menjadi orang pertama yang mereka cari untuk share apa jua masalah.

20. Cuba jangan bawak balik kerja ke rumah. Bayangkan di muka pintu-masuk utama rumah kita, terlukis sebuah garisan imaginary, dimana selepas melangkah melepasi garisan tu, semua berkaitan kerja akan ditinggalkan di luar garisan tu, termasuklah emosi-emosi negatif dari tempat kerja.

21.

...bersambung

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.