Review Susu Nestlé MOM & Me Vanilla

Tuesday, February 28, 2017
Assalamualaikum.

REVIEW: Nestlé MOM & Me

Bulan lepas, AS dapat email jemputan untuk join kelab Nestlé. So dari situ AS tergerak hati nak cuba susu Nestlé MOM & Me ni. Sebab AS fikir, selama susukan dikFael, dekat 2 tahun da, AS tak ambil apa-apa susu atau supplement langsung.

AS jenis tak cerewet susu. Apa jenis susu pon AS telan termasuklah susu yang kuat bau "lembu" nya pun AS suka! Lepas try susu Nestlé MOM & Me, AS rasa dia taklah sehamis mana. Ha..pernah minum vanilla shake tak? Rasa berkrim macam ais krim vanila gitu lah rasa dia. Sedap! Bagus bagi korang yang jenis tak lalu minum susu.

Cara-cara penyediaan susu Nestlé MOM & Me ni senang je, just sediakan segelas air suam, pastu tuang seluruh sachet sampai habis. Kacau, dah boleh minum! Kalau letak ais, lagi lah kelas!

Nak bancuh susu Nestlé MOM & Me ini kena pastikan suhu air tak terlalu panas melebihi 40 degree celcius. Sebab dia ada kandungan BL Bifidus probiotic di dalamnya. Kalau bancuh Nestlé MOM & Me dengan air panas, kandungan bifidobacteria boleh mati. Sayang lah! Bakteria ni bakteria baik.

Perasan tak, kita lepas bersalin di hospital, biasanya akan diberi rejimen antibiotik untuk dibawa balik untuk mengelakkan jangkitan. Bila kita makan antibiotik, semua bakteria dalam usus akan mati, termasuklah yang baik pun. So memang bagus sebenarnya kita makan atau minum sesuatu yang ada kandungan bakteria baik untuk seimbangkan balik bakteria baik-jahat dalam usus kita.

Review aku ni berdasarkan apa yang aku rasa. Kalau korang rasa ragu-ragu, sila dapatkan free sample Nestlé MOM & Me korang sendiri kat sini. Okbai.

No comments:

Malu nak komen?! Tekan SHARE IT aje pun cantekk!!
Malu jugak? Meh la bisik rapat-rapat kat telinga annursyuhadah@gmail.com sini meh <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.