penawar sakit belakang-biobax

Panduan Permohonan Kebenaran Ketua Jabatan untuk menjalankan perniagaan bagi Kakitangan Awam

2:14 PM
Panduan Permohonan Kebenaran Ketua Jabatan untuk menjalankan perniagaan bagi Kakitangan Awam | Boleh ke seorang penjawat awam yang sedang berkhidmat dalam sektor kerajaan menjalankan perniagaan atau melakukan kerja sambilan di luar? Sebenarnya, tiada larangan untuk menjalankan perniagaan bagi kakitangan awam tapi korang kena lah mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam pekeliling.

panduan-permohonan-kebenaran-ketua-jabatan-untuk-berniaga-bagi-penjawat-awam
Pekerjaan luar tidak boleh dilakukan melainkan dengan kebenaran Ketua Jabatan

Okey, dah fahamkan syarat-syarat nya? Memanglah pada dasarnya penjawat awam boleh menjalankan perniagaan sampingan, sama ada secara online atau sebagainya. Cuma kita sebagai government servant yang makan gaji tiap-tiap bulan ni kena lah sedar, Gaji kita tu dibayar based on tugas dan tanggungjawab yang kita laksanakan. Korang seronok ke makan gaji RM3000 tapi perlaksanaan kerja korang tu cuma pada kadar RM 1200? Tenang ke hati nak bagi anak-anak makan dengan hasil upah yang tak sepatutnya kita terima?

Paling penting, adalah keberkatan. Tak kira lah dalam apa jugak tindakan kita, kita mesti ada kejujuran dan integriti dalam diri. Abah AS pernah cakap, orang yang berintegriti adalah orang yang bertaqwa. Sebab apa? Sebab sebagai muslim yang bertaqwa (takut pada Allah), kita akan autometik sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan betul dan lurus walaupun pada masa tu takde siapa yang melihat. Bila AS hadam balik kata-kata Abah, memang jelas dan terang maksud tu, terus menusuk ke dalam hati. Allahu!

Japgi ada la pulak yang kata..

Elehh berlambak je cikgu-cikgu dan nurse-nurse berniaga dalam talian, takde pun susah-susah nak mohon kebenaran ketua jabatan pon! Leceh kot nak mohon-mohon bagai. Kalau nak tangkap cikgu yang berniaga tanpa kebenaran seluruh malaysia ni dan kenakan tindakan tatatertib, memang takkan habis nya. Tengok kat facebook sendiri berapa banyak group bisnes cikgu-cikgi dan group bisnes kakitangan kerajaan. Beratus-ratus ribu member kot! Elehh!
Ohohoi..jangan marah wey! Aku petik profesyen korang bukan tujuan nak mengkritik. Tapi korang cikgu dan nurse memang fofuler seantero malaya pun orr? Sep-sep demo kan paling ramai dalam institusi awam, ye dok? So secara tak langsung masyarakat akan nampak geng-geng ni yang paling aktif berniaga terutamanya berniaga online. Itu yang kita nak jaga. Kita taknak nama baik profesyen kita terjejas dengan perkara yang remeh-temeh macam ni.

AS takde niat nak menunding jari, mencari salah siapa-siapa. Soalnya kat sini, kita pegawai awam memang tersepit kot dengan keadaan ekonomi sekarang. AS sendiri pun kuli-kuli sektor awam jugak korang weyy. Jadi aku memang paham bebenor dah macam mana sesak nya jiwa bila tiba tengah bulan.~ohh. Masa tu mula lah mencari barang preloved yang boleh di let-go kat carousell..bhahaha huduh benor perangai kamu Syuhadah! Ahaks.

panduan-permohonan-kebenaran-ketua-jabatan-untuk-berniaga-bagi-penjawat-awam

Ha tu kan! Pak Menteri sendiri yang suruh kita buat dua kerja selain makan gaji saje. Memang ajenye gile arr kalau deme sarankan dua kerja tapi pada masa sama mengharamkan penjawat awam buat part-time, kan?! Bukan tak bolehh dik! Tapi dengan syarat dapatkan kebenaran Ketua Jabatan dulu. 

Jangan dik! Jangan sebab kaklong kata kena minta kebenaran, awak menonong pergi ketuk pintu bilik bos terus main cakap je "Bos, saya ingat nak meniaga burger malam-malam bos. Bos izinkan lah ea.." Alabaler. Tak laku dikk!! Kebenaran ketua jabatan haruslah rasmi dik! So kena secara hitam putih. 

Tengok ni, AS petik dari Peraturan.5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bawah tajuk Pekerjaan Luar:

Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai boleh memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengusahakan perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan dalam subperaturan (1) bagi faedah dirinya atau saudara maranya yang dekat atau bagi mana-mana badan yang tak mencari keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan tersebut.
Okey, AS paham jer. Bila sebut surat rasmi je, siapa-siapa pun yang kerja kerajaan ni terus rasa lemah-lemah badan kan hahaha. Kecuali lah kalau korang pegawai kanan yang biasa deal dengan urusan surat-menyurat ni. Tu pun lepas pembantu tadbir korang tolong draf kan terlebih dulu, kan? Eh macam tak biasa pulak. Tipula kalau kata content nya 100% hasil karangan sendiri kan. Tipu..tipuu..bhahaha! 

Eh eh. Jangan nak pecah kepala sangat lah! Jom AS tolong jimatkan masa korang daripada termenung berjam-jam memikirkan ayat yang nak dibentangkan ke hadapan Ketua Jabatan korang tu, Kat bawah ni ada contoh karangan berformat untuk korang jadikan panduan. Jangan tiru sebijik-sebijik. Nanti SKT dapat markah kosong! hahaha (sape pecaye memang nerd~)

Sampel surat permohonan kebenaran ketua jabatan untuk menjalankan perniagaan

Contoh-Surat-Kebenaran-Ketua-Jabatan-Pendaftaran-Syarikat-Bagi-Kakitangan-Awam
Kredit kepada tuan empunya surat kerana berkongsi sampel berformat, surat kebenaran ketua jabatan milik beliau untuk rujukan pegawai kerajaan yang lain. 

So, dah dapat idea sikit-sikit dah macam mana nak buat surat kebenaran ketua jabatan? Kalau dah clear, AS nak ucapkan selamat menjalani operasi bisnes dengan halal dan berkat korang! Semoga beroleh rezeki yang sentiasa cukup dari segala sudut dan dapat pula dibahagi-bahagikan rezeki itu kepada yang memerlukan. Aminn..

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.