Cara terminate Maxis Hotlink Caller Ringtone | Pakej CRT DIY | Anoyying gila kot! Sejak gua port-out dari tunetalk masuk hotlink baru-baru ni, tiap tiap bulan credit kena potong ikut setiap lagu Caller Ringtone CRT DIY .. Grrrr 😠 Nah marah betul bila kita di caj atas servis yang tak pernah kita langgan. Hujung bulan tiba je, teks ringkas pun masuk, mengatakan your credit has been deducted from your account for Hotlink Caller Ringtone. Adoi!
Cara-terminate-Maxis-Hotlink-Caller-Ringtone-Pakej-CRT-DIY

So macam mana cara nak padam terus Hotlink Caller Ringtone ni?

Merata-rata AS google, cara terminate CRT ni. Tak jumpa! Ada juga AS cuba godek-godek dalam maxis web portal, untuk cari tahu macam mana nak batalkan caller ringtone ni, pastu AS terpandang satu column kat bawaahh sekali, yang menyenaraikan lagu-lagu caller ringtone dalam pakej MyPick 02. Siap ada 2
lagu lagi.  Choii! Pakej apa pulak ni?! Walhal aku tak pernah subscribe atau reply "YES" pada mana-mana SMS dari Maxis. Dari mana datangnya lagu-lagu ni??

Senangnya jerung-jerung besar dalam industri telekomunikasi ni membongak kan masyarakat, sedut duit orang sesuka hati tanpa kerelaan tuan yang empunya! Kalau ikut pada arahan yang dinyatakan kata portal tu, kita kena dail *131# untuk proses pembatalan CRT ni. Aku pun buat lah. Tapi tahu apa jadi?

Hampeh! Tengok apa dia kata? Mana ada option pembatalan. Bila kita pilih"padam CRT" dia akan cakap "Sorry, there are no CRT PACKAGE bla..bla.."
.
Cari kat google pun ajar benda yg sama, disuruh dial *131#
.
Tapi sebenarnya, cara yang betul untuk matikan langganan hantu ni adalah dengan mendial

*200*3*5*1*4#

Cara-terminate-Maxis-Hotlink-Caller-Ringtone-Pakej-CRT-DIY
Gua baru buat tadi..dah berjaya dah selamatkan RM 3 kredit gua setiap bulan
.
Nota: Setakat status ni ditulis, kaedah ni masih berkesan dan korang akan berjaya terminate this sh*t CRT DIY dengan jaya nya. Gua x bertanggungjawab sekiranya selepas-selepas ni, kalau kaedah ni dah tak lagi berkesan hokey. 😉