penawar sakit belakang-biobax

DIY Cara membuat tuam herba bayi di rumah

10:29 AM
DIY Cara membuat tuam herba bayi di rumah | Tuam herba bayi sejak dari dulu lagi dipercayai mempunyai manfaat dalam membantu melegakan ketidakselesaan perut akibat angin, dan juga dapat membantu memanaskan badan. Sebab tu lah amalan turun-temurun bertuam ni masih lagi diteruskan hingga ke hari ini. Memanglah zaman leni, banyak je seller online yang menjual tuam herba bayi ni, tapi sebenarnya kalau ibu buat sendiri tuam ni kan lagi jimat kot. Lagipun cara membuat tuam herba bayi ni sebeanrnya langsung tak susah pun.

diy-cara-membuat-tuam-herba-bayi-di-rumah-hanya-guna-lada-hitam
Tuam herba untuk bayi DIY

Manfaat dan khasiat tuaman herba untuk bayi

Kalau ikutkan kepercayaan masyarakat Melayu kita, amalan bertuam dapat mengelakkan bayi lelaki daripada mengalami 'angin pasang'. Kalau ikut perubatan moden, fenomena 'pasang' ini dikenali sebagai hernia, dan ada juga sesetengah kes yang serius, baby tu perlu dirawat melalui pembedahan. Tapi secara umumnya, fenomena hernia atau 'pasang' ni hanya sementara. Ia akan pulih dan kembali normal dengan sendirinya apabila usia bayi bertambah.


Ramuan-ramuan yang terdapat dalam tuam herba

Secara teknikalnya, tuam atau tungku baby boleh dilakukan dengan apa sahaja material yang kita panaskan, dan dibiarkan suam-suam sebelum diletakkan pada badan baby. Ada juga ibu-ibu yang tuam bayi diorang dengan daun sireh yang dilayurkan atas api, ada yang guna bunjut beras yang telah digoreng sangai, dan paling popular adalah tuam yang berisi herba-herba 'penghalau angin' seperti halba, lada hitam dan sebagainya.

Baca juga : Petua merawat bayi kembung


DIY cara membuat tuam herba bayi di rumah

Jom kita tengok macam mana caranya nak membuat tuam herba bayi dengan menggunakan bahan bahan yang ada di dalam dapur rumah kita ni je. Senang sangat sebenarnya tau? Tak perlu pun susah hati nak mencari-cari dan membeli online. Kita DIY je, kan lebih sweet dan ada nilai sentimental gittew kepada ibu dan anak.


Bahan-bahan

-Perca kain kecil sebagai lining
-Kain dari jenis kapas / recycle stokin bayi yang lama-lama pun boleh
-Herba kering: Lada hitam, Habbatussauda, Biji Ketumbar, Halba, Biji sawi.
-Tali kain belacu / Tali kasut
-Benang bulu kambing



Langkah-langkah

1. Goreng sangai (goreng tanpa minyak) campuran herba hingga naik bau.
2. Letakkan bahan yang disangai di atas kain perca yang dilapis dua supaya lebih tebal dan kepanasan boleh bertahan lama.
3. Kemudian, ikat dengan benang bulu ketat-ketat supaya membentuk bunjut.
4. Gunakan kepingan kain berasingan untuk kemaskan bahagian tangkai bunjut.
5. Ikatkan kepingan kain tu dengan tali kapas supaya nampak lebih kemas dan cantik.
6. Ok dah siap. Bila perlu bertuam, kita hanya tinggal nak panaskan je bunjut tuam tu atas seterika. Jangan lupa untuk uji kepanasan tuam dengan meletaknya pada kulit pergelangan tangan (sebelah bawah) kita terlebih dahulu..
5. Bila suhu dah sesuai dan selesa pada kulit kita barulah kita tuamkan di bahagian perut, ari-ari, celah kelangkang, punggung, dada, dan belakang bayi kita.

Mudah je kan?!

Baca juga : 5 Tips Merawat dan Menenangkan Bayi Kembung (Colic)


Petua dan kepercayaan orang tua-tua

Kalau korang tertanya-tanya, apedia lah benda yang macam asam keping yang ada kat dalam bunjut tu, haa itu lah pusat budak Naufal dan Nufael yang dah dikeringkan. Petua orang dulu-dulu, kononnya nak merapatkan pertalian kasih antara adik-beradik supaya kelak, diorang takkan bergaduh besar sesama sendiri. So, lepasni bila dah bersalin nanti, Annur nak tambah pusat adik diorang pulak ke dalam bunjut tu lah!.haha
#PetuaOrangLama
#KitaTurutkanJe_NakJagaHati
#BuatBolehTapiPercayaJangan
#DoaSelaluDemiKebaikanAnakAnak



6 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Ada beli ni utk baby. Sampau sekarang smpan.dah beli baru tahu boleh buat sendiri..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha begitulah mak-mak. Beli sekali je masa anak sulung, pastu dsimpan baik-baik sampai boleh guna semula untuk anak yang lain.

      Delete
  2. mudah dan menjimatkan...

    ReplyDelete
  3. Ana sempat guna poncot ni masa syafi kecik2 dulu. Setiap kali lepas mandi tuam dekat bawah tu nak elak hernia dan angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh, orang melaka panggil tuam ni poncot eh.
      baru tahu nama lain bagi tuam..tenkiu2 ^_^

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.