Fly dengan Malaysia Airlines | Servis terbaekk! Memang world class.

Kenapa korang kena book Malaysia Airlines ?? Haa mesti korang tertanya-tanyakan. Bagi korang yang tak tahu pasal Malaysia Airlines ni meh aku cerita serba sikit. Malaysia Airlines atau singkatannya MAS ialah syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia yang ada 55 destinasi di Asia, Oceania dan Eropah. Selain itu, MAS jugak menjalankan operasi penerbangan domestik. Hub utama MAS ialah Kuala Lumpur International Airpot (KLIA), manakala Kota Kinabalu International Airpot (KKIA) dan Kuching International Airpot (KIA) dijadikan sebagai hub kedua.

BOOK MALAYSIA AIRLINES


MAS ni adalah salah satu daripada 8 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax selain All Nippon Airways, Asiana Airlines, Cathay Pasific, Garuda Indonesia, Hainan Airline, Qatar Airways dan Singapore Airlines. 

Hebatkan MAS?! book malaysia airlines

Sebagai rakyat Malaysia korang patut rasa berbangga dengan MAS ni sebab ia merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia. Ruang dalaman dan kondisi pesawat sangat selesa baik dari Economy, First dan Business Class walaupun kemudahan untuk Economy Class jauh berbeza dari First dan Business Class. 

Bagi penumpang First dan Business Class yang berlepas dari KLIA korang boleh menikmati perkhidmatan ruang istirehat istimewa Malaysia Airlines, Golden Lounge. Service dorang sangat tiptop. 
family_room_Golden Lounge_malaysia airlines
Golden Lounge | Aku paling suka Family Room ni. Very good for kids.

Kalau korang ada experience menggunakan service penerbangan MAS mesti korang dapat merasai berbezaan service dan fasiliti yang diberikan oleh MAS dengan syarikat penerbangan yang lain. Pramugari dan pramugara MAS bukan saja segak dan kemas malah dorang sangat cekap menjalankan tugas dorang.

Sebelum korang fly tu, cuba tengok muka dorang. Sejuk je hati sebab diorang sentiasa tersenyum manis..ahaks. Any problems korang boleh tanya dan mintak pertolongan diorang.


Tempah flight, hotel dan pengangkutan sekali gus

Bagi yang kaki travel tu korang jangan risau, korang boleh plan trip termasuk hotel dan transportation semasa korang travel. Haaaa lagi mudahkan untuk korang nak buat tempahan. 


Check-in sambil lenggang-lenggang kangkung book malaysia airlines

Selain itu, MAS ada bagi check-in baggage free. Yang suka travel sambil shopping tu mesti dah tersenyum lebarkan. Maksudnya korang tak payah nak penat-penat gendong beg berat naik pesawat. 

Bagi penumpang first class korang dapat 50kg check-in baggage free, 40 kg untuk business class dan 30kg untuk economy class. Wow sangat berbaloi-baloi. Pada makcik-makcik yang suka shopping kat Bandung atau Vietnam tu, korang dah tak payah risau dah. Kalau tak cukup yang free tu korang boleh beli tambah kilo beg tu tau.hahaha!

So apa tunggu lagi dah boleh la slow-slow survey ticket dengan MAS pastu boleh la start list barang-barang yang nak shopping nanti. Jangan lupa bawak duit lebih tau diknon?!


Menjamu selera di ketinggian 36 ribu kaki di udara book malaysia airlines

Bagi penumpang-penumpang yang mulut sentiasa nak mengunyah je macam aku ni korang jangan susah hati, MAS ada macam-macam menu yang best-best. Korang boleh order sama ada time korang book ticket tu atau pon time makanan dihidangkan. Tapi kalau tak order awal-awal nanti makanan habis aku tak jamin. haha

sajian atas penerbangan malaysia airlines

Aku suggest korang order awal-awal so korang boleh pilih menu-menu yang ada dan order la berapa banyak makanan yang korang nak makan. Jangan lupa bayar dah laaaa. ahaks


Menu istimewa Chef-on-Call

Untuk korang yang suka makan dan ada duit lebih apa salahnya kalau korang upgrade seat korang ke First atau Business Class sebab kat sini ada Chef-on-Call. Maknanya korang boleh order menu yang dimasak fresh contohnya macam Ayam Masak Merah, Grilled Rib Eye of Beef, Lamb Biryani, Braised Lamb Shank dan banyak lagi. 
malaysia airlines chef on call
Adoi terliur pulaks. Apa salahnya sekali sekala nak menikmati makanan mewah dan meriah di awan biru, ye tak? Tapi jangan lupa buat pre order 24 jam sebelum berlepas. 

Untuk penumpang-penumpang muslim korang jangan risau, makanan yang dihidangkan oleh pihak MAS dijamin Halalan Toiyyiban (halal dan baik). Ok, lepas buat tempahan mesti tak sabar untuk travel bersama tersayang.kan..kan...? 

Untuk memudahkan penumpang, MAS telah menyediakan beberapa cara untuk check-in seperti Web Check-in, Counter Check-in, Mobile Check-in dan Self Service Kiosk.

flight check in method

Privilege card | Enrich Card 

Korang yang suka fly dengan MAS or mana-mana airlines under Oneworld seperti American Airlines, British Airways, Cathay Pacific, Finnair, IBERIA, Japan Airlines, LATAM, QANTAS, QATAR, Royal Jordanian, ST Airlines dan SriLankan Airlines better korang apply Enrich member card secara percuma tau. Sebabnya, bila korang fly dengan mana-mana airlines under Oneworld ni korang boleh collect point. 

enrich gold card malaysia airlines

Ada 4 jenis Enrich card ni Blue, Silver, Gold dan Platinum. Selain dari redeem point yang korang dah kumpul tu, banyak lagi privilege yang korang boleh dapat kalau join Enrich program ni hanya perlu tunjuk aje kad korang tu.

Nak tahu lebih lanjut korang boleh cekidaut di website Traveloka. Rajin-rajin la godek-godek dalam Traveloka tu, macam-macam tawaran korang boleh jumpa. Book tiket flight kat situ memang senang kerja. Tak pening kepala otak. Orang nak travel, nak syiok-syiok. Kita? Nak travel, bab ticketing aje pun dah stress. Ape cer?? ahaks.


So korang on tak on ni?? Menung ape lagi tu yeop? Cepat laa book Malaysia Airlines.

3 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. memang best bila naik MH ni terutama bila kita dah lama kat negara luar, bila masuk jer dalam flight dah rasa mcm kat Malaysia..hehe

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak naik MH ni....

    ReplyDelete
  3. Memang byk beza antara MAS dgn airline lain. Tambang pun beza jg.... Akak rasa kalau flight mkn masa yg lama, better naik MAS.

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.