25 Makanan Memperbanyak Air Susu Ibu yang Diakui Berkesan Kebanyakan Ibu Menyusu

11/03/2020
Bab makanan untuk tambah susu badan adalah topik bualan yang paling kerap dibincangkan di kalangan ibu menyusu. Keperluan zat si ibu perlu diberi perhatian kerana ibu yang menyusu badan memerlukan makanan yang mengandungi nutrisi yang lengkap supaya dapat membantu memperbanyak air susu ibu serta menghasilkan susu yang lebih berkhasiat untuk bayi.

Ibu-ibu perasan tak, semasa menyusu bayi kita mudah berasa letih, tak larat dan lapar? Ini disebabkan oleh kebanyakan tenaga kita telah digunakan semasa proses penyusuan itu berlangsung.

Jadi sebab tu lah kita perlu mengambil kira jenis makanan dan amaun yang kita ambil tu adalah sesuai dengan keperluan badan kita untuk menyusukan anak.

Jom semak senarai 25 makanan untuk tambah susu badan yang berkualiti dan pekat berikut.

makanan-tambah-susu-badan makanan banyakkan susu badan horlicks tambah susu badan milk booster semulajadi makanan penambah air susu badan makanan penghambat asi cara banyakkan susu badan semula susu badan banyak
Sayur cekur manis sebagai milkbooster alami

makanan tambah susu badan

25 Makanan Tambah Susu Badan yang Diakui Berkesan Kebanyakan Ibu

Terdapat banyak makanan tambah susu badan yang diakui dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu ibu yang lebih berkualiti dan meriah! Tapi dekat sini Syu cuma listkan 25 yang paling popular di Malaysia saja lah. Makanan barat Syu dah buang siap-siap lah ye. 

Ate kome, kite tekak oqang melayu~ mane maunye nak same ngan lidah omputih..haha
makanan apa saja yang bisa memperbanyak air susu ibu makanan yang bisa memperbanyak air susu ibu makanan memperbanyak air susu ibu jenis makanan untuk memperbanyak air susu ibu makanan untuk memperbanyak air susu ibu makanan yang memperbanyak air susu ibu makanan penambah air susu badan
Okey untuk memudahkan kalian nak semak dan quick scan senarai yang panjang ni dengan lebih selesa dan tak sakit mata, mamy kelaskan siap-siap senarai makanan ini mengikut keperluan ibu menyusu ya.


Minuman Milkbooster resepi cikang milkbooster


 1. Air cikang
  • Buah longan kering boleh beli di kedai perubatan cina (sensei)
  • Rebus segenggam longan kering, 2 sudu besar halba, 1 sudu gula dengan 3 cawan air.
  • Rebus hingga jadi secawan dan minum ketika suam.

 2. Susu segar dengan madu 
  • Minum susu segar suam setiap pagi semasa perut kosong
  • Tinggi kalsium dan CLA (conjugate linoleic acid)

 3. Teh Hijau Jepun
  • Campurkan serbuk teh hijau bersama susu segar dan sedikit madu.
  • Mesti diminum suam (80°C) untuk menggalakkan penghasilan susu
  • Teh jenama OSK Japanese Green Tea pilihan Mamy Syu.

Sumber Tenaga makanan tambah susu badan

 4. Nasi beras Sumo (beras jepun untuk buat sushi)

 5. Karbo yang beryis seperti roti, donut, tapai pulut

 6. Barli. Sama ada minum air barli atau bubur barli

 7. Secawan sehari air horlicks tambah susu dan
 
 8. Bubur nasi (direbus bersama halba & santan) Saiz: 1 cup per serving.

 9. Isi dada ayam atau daging lembu (tak kurang 250g per serving)

 10. Buah high protein seperti durian dan jagung

 11. Soya, tauhu, taufufa dan tempe. horlicks pekatkan susu ibu
 12. Overnight oat, susu oat, cucur / bubur oat
kurma merah banyakkan susu badan

 13. Makan 7 biji kurma / buah tamar sehari

Makanan-tambah-susu-badan


Sumber Vitamin dan Serat pegaga tambah susu

 14. Vitamin A - Lobak, labu & keledek kuning, mangga & betik ranum

 15. Vitamin B - kacang dhal / parpu dan badam.

 16. Vitamin C - Jambu batu, buah kiwi

 17. Zat besi - Kacang merah rebus tanpa gula

 18. Zat besi & serat - Pitaya merah (dragon fruit), buah delima

 19. Sawi bunga (batang hijau), kucai, kacang, putik jagung.

 20. Pucuk meranti masak lemak putih atau tumis air.

 21. Sayur pucuk manis dengan ubi keledek masak bening.
       Nama lain : asin-asin, cangkok manis, cekur manis, daun ketuk.

 22. Ulam pegaga, jus pegaga, kerabu pegaga

 23. Kucai goreng dengan ikan bilis dan tempe

 24. Sup lobak putih 

 25. Ulam jantung pisang, pucuk betik, pucuk bebuas


Sumber 'makanan' dalaman

The struggle is real. I know right...tapi jangan lupa roh dalaman dan spiritual kita juga perlukan 'makanan'. 

Perjalanan dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga 6 bulan bukanlah sebuah perjalanan yang mudah. Memang sangat struggle, Syu tahu. Cuma Syu nak pesan, dalam mahu banyakkan susu badan, percayalah pada rezeki anak.

Kenapa Syu cakap macam ni? 

Sebab dalam apa juga perancangan kita, takkan boleh mengatasi perancangan Allah. Jadi kita sebagai mak perlu percaya pada ketetapan rezeki anak itu sendiri.

makanan-tambah-susu-badab-meriah-air-susu-ibu

Banyak atau sedikit susu, semuanya telahpun ditetapkan. Kita sebagai ibu hanya boleh tanam impian, dan baja ia dengan usaha dan doa.

Selain itu, jaga hubungan dengan Tuhan.

Bila hubungan dengan Tuhan baik, maka hubungan sesama manusia juga akan baik. Bila sudut sosio-emosi kita sihat, maka automatik hidup kita akan lebih tenang dan kurang stres. Dan..

Selalu beringat! Stress itu pembunuh dan perencat penghasilan susu badan yang paling utama!

Bila rasa tertekan, rasa risau mahupun sedih, kongsi perasaan itu dengan pasangan atau teman rapat. Don't be shy okay. Mengadu dan meluahkan perasaan itu adalah normal. Ianya lumrah bagi semua insan yang dari keturunan Hawa.

Ada apa masalah, please spit it out. 

Do not hesitate ya mommies. Kalau malu boleh PM tepi~ahaks

Mamy Syu love You! 
makanan tambah susu badan, makanan banyakkan susu ibu, milk booster semulajadi, milk booster, makanan penambah susu badan, susu badan, penggalak susu badan, penggalak susu ibu, cara banyakkan susu badan, cara banyakkan susu ibu, makanan banyakkan susu, makanan banyakkan susu badan, susu ibu, makanan milkbooster susu jadi banyak, susu banyak, susu badan banyak, petua susu badan meriah
Show you your love by sharing this tips to your social media. Thanks.

No comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.