Kenali Pasangan Anda Luar Dalam Sebelum Terjerat dengan Keganasan

Māmy Syu
0
Keganasan terhadap pasangan bukan suatu isu baharu dalam masyarakat, namun kebanyakan mangsa pilih untuk berdiam diri kerana bimbang seluruh keluarga akan mendapat malu selain memikirkan masa depan anak-anak sekiranya perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Dalam rumahtangaa, kebanyakan mangsa keganasan mengakui bahawa pasangan mereka memiliki sifat panas baran yang lazimnya telah diketahui sebelum berkahwin lagi. 

suami baran

Namun adakalanya keganasan turut berlaku biarpun pada zahirnya pasangan mereka penyayang dan soft orangnya tetapi bila tiba ketikanya dia menjadi seorang yang sangat pemarah dan tiada empati. Jadi perlu tahu bahawa semasa die berada dalam mood romantik dan penyayang itu adalah saat dia cover baran dirinya. Jangan terpedaya.

Terdapat beberapa cara untuk mengesan sikap panas baran pasangan di awal-awal perkenalan. Namun cara ini sukar untuk berkesan sekiranya mereka ini sejenis yang pandai menyelindung hakikat sifat sebenar mereka, waima ibu bapa mereka sendiri pun tidak tahu anak mereka seorang yang baran dan ganas.

Baran yang dikenalpasti sebelum kahwin akan menjadi lebih buruk sebaik selepas mendirikan rumah tangga, sebab suami yang baran ini terlalu ego untuk sedar akan sifat keji yang ada pada diri sendiri. Plus selepas bernikah, suami cenderung untuk rasa lebih berkuasa dengan 'kuasa veto' di mana kerapkali kuasa ini akan disalahgunakan oleh makhluk munafik yang manis di depan namun hakikatnya di sebalik topeng manis itu hanyalah syaitan.

Bagi Mamy, suami yang panas baran sampai sanggup mengenakan tindakan kekerasan terhadap pasangan adalah seseorang yang keji, sebab memilih kekerasan untuk menegakkan sesuatu atau 'mengajar' pasangan. Sikap buruk dan keji ini merupakan pilihan! Jadi tak perlu menyalahkan keadaan, kononnya keadaan isteri itu yang mendesak mereka untuk berkasar! Nonsense!


Kenali Pasangan dan Sikap Panas Baran Mereka

Terdapat beberapa tanda yang dapat diperhatikan sebelum berkahwin untuk mengenali pasangan atau bakal pasangan anda merupakan seorang yang panas baran dan kasar. Jom skrol ke bawah dan jangan tertinggal satu pun point yang Mamy senaraikan:


1. Terlalu Mengawal

First and foremost, lelaki yang panas baran ini mempunyai suatu tabiat toksik sejak azali, iaitu over-protective atau bersamaan dengan kuat mengongkong dan dahagakan kuasa. Nak tahu sama ada anda sedang 'terpenjara' akibat kawalan si dia? Semak balik dan tanya dalam diri, adakah si dia selalu berkelakuan cemburu yang terlampau hingga menyesakkan nafas dan membuatkan diri anda rasa tercekik?

Contohnya:
 "Saya tak nak dalam mesyuarat awak duduk sebelah lelaki". 
"Saya nak awak jangan keluar dengan kawan-kawan perempuan lain". 
"Saya tak nak tengok awak senyum dengan orang lain selain saya".
"Saya nak awak terus balas mesej dan jawab video call saya tak kira waktu, saya tak nak terima apa-apa alasan".

Sekiranya jawapannya ya, fikir semula, adakah berbaloi untuk anda menghabiskan 30 tahun hidup bersama dia yang menyesakkan itu? Berbaloikah? Tepuk dada, tanya selera.


2. Tiada Empati

Dia terlanggar ayam, kucing atau anjing jalanan? Biasa saja, tak menggigil, tak takut mahupun rasa kesal sebab mereka ini kurang empati dan belas kasihan. Mereka ini biasanya takkan terkesan atau bersimpati terhadap orang yang dalam kesusahan mahupun kelaparan. Mereka juga cenderung untuk melakukan perkara tak berperikemanusiaan sampai sanggup memukul dan melempar binatang tanpa rasa bersalah!  Benar-benar tak berhati perut langsung. 

3. Sering Mengeluarkan Kata Kesat dan Menyakitkan Hati

Anda bayangkan saja lah ya, sekiranya semasa bertemu janji pun sudah menggunakan perkataan kesat kepada anda siap pakej maki-hamun "bangang", "sial", ber "kau-aku", bila dah berkahwin nanti pastinya keadaan akan lebih keruh.

Bila ada masalah pula, pasti anda akan menerima kata perlian dan ejekan sebagai cara untuk si dia untuk melepaskan geram. Kemudian dia memasang ayat perisai "bergurau jer pun tak boleh?" sedang perkara itu kerapkali dia ulang! Menyakitkan hati bukan?


4. Serangan fizikal

Perbuatan seperti menggenggam lengan secara kasar, merentap tangan anda, melemparkan barang ke arah anda, lempang, cekik, serta menarik tudung, rambut, leher baju dan sebagainya; kalau pernah alami semua ni dengan dia, Mamy pesan kalian lari lah laju-laju dan jauh-jauh hingga hilang dari radar carian si dia. Kalau boleh sekat semua channel komunikasi yang menghubungkan kalian dengan dia. Block! Block semuanya. Kalau tak lari, Mamy aci kerat jari Mamy kata, kalian akan hidup menderita dan merana.


5. Meninggi suara, Menengking

Bila dia panggil anda, dia panggil dengan jeritan terutamanya bila hubungan kalian sedang bergolak. Awalnya anda mungkin mendefinisikan ini sebagai bercakap kuat, tapi sebenarnya percakapan dengan nada setinggi ini lama kelamaan dia akan menjerit, membentak, menengking, memaki pula.

Menjerit dan menengking anda disifatkan sebagai perbuatan keji dan tidak menghormati anda. Si dia juga tidak teragak-agak menengking anda di khalayak ramai seperti di dalam restoran, di stesen petrol, di taman awam mahupun di hadapan keluarga anda. Bagi Mmay perbuatan ini benar-benar tidak bermoral kerana si dia tidak peduli untuk menjaga air muka dan maruah anda di hadapan orang lain.


6. Tak Boleh Ditegur dan Diajak Berbincang

Ada perkara yang tidak boleh anda tegur langsung. Namun ada yang sekejap boleh, sekejap tidak. Ini benar-benar membuat anda bingung.

Ada hari bila diajak berbincang, dia akan cool dan nampak sangat rasional tetapi esoknya dia menjeling tajam terhadap anda sebaik saja anda membuka mulut. Adakalanya dia mempamerkan muka bengis dan menakutkan, mendengus dan terus marah dengan usul anda. Dia juga mungkin mengeluarkan kata-kata berbentuk play victim bila anda cuba menasihatan dan menegur, contohnya seperti "awak sengaja condemn saya", "Allahu, tergamak awak menghina saya", dan sebagainya.

Handpicked For You! : Rahsia Untuk Menyelesaikan isu Berbangkit dalam Rumahtangga

7. Suka Menyalahkan Orang 

Bila masuk bab marah, makian dan memukul, dia akan menyalahkan anda atau orang lain di atas kelakuannya. "Itulah, ayang gedik sangat melayan laki tu, abang jadi hilang sabar. Maaf abang jadi macam ni sebab terlalu sayangkan ayang". 

Sedangkan dia yang terlajak cemburu dan overthinking. Pasangan dia elok normal saja, tidak menggedik pun. Sorry to say la, bagi Mamy lelaki yang sering menuding jari menyalahkan orang lain di atas tindakan dia sendiri adalah lelaki yang terlampau ego dan taknak bertanggungjawab atas tindakan dia! Lelaki jenis ni memang elok ditinggalkan, jangan sesekali terjebak dengannya sehingga berkahwin.


8. Tanda Luaran Seseorang Yang Baran

Orang panas baran ini apabila menyimpan amarahnya yang meluap-luap, seluruh badannya akan menggigil-gigil, muka dan cuping telingaya akan kemerah-merahan, uratnya akan jelas timbul. Saat itu, orang ini amat bahaya kepada orang sekeliling dan tiada siapa tahu apa yang dia mampu lakukan pada ketika itu. Membun0h pun jangan-jangan dia mampu! Wal'iyazubillah.

Tips Tangani Suami Baran Buat Isteri

Buat para isteri yang tersepit dengan suami yang begini, ini tips power untuk kalian gunakan! Sumber dari Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

1. Nak Tegur Sesuatu Kesalahan, Sandarkan Kepada Orang Yang Arif Dalam Bidangnya

Nak tegur sesuatu kesalahan, sandarkan kepada beberapa orang yang lebih arif dalam sesuatu bidang.

Sebelum: “Abang tolonglah saya kemas rumah ni, asyik menghadap handphone je.”

Selepas: “Abang, itu hari ayang ada baca satu kajian/sharing Prof. ABCD ni, kalau rumah bersih dan kemas, ia akan beri kesan positif pada isi keluarga. Jom bang, kita bersihkan sama-sama belakang rumah ni.”


2. Ajak Suami Solat & Mengaji Sama-Sama

Seusai solat dan beribadah, bila kedua-dua dalam keadaan tenang, baru zahirkan apa yang terbuku.

3. Bawa Suami Berjumpa Dengan Orang Yang Dia Hormati

Sebaiknya orang yang bukan dari ahli keluarga. Lebih baik orang luar. Ajak berjumpa, berbincang santai dan minta pandangan. Catat dan pastikan praktiskan segala saranan itu dalam rumahtangga.

Para isteri,
Memang hal ini berisiko kerana Tok Abah selalu terima kes-kes yang sehingga kepada penderaan fizikal kepada isteri. Memang menakutkan. Nauzubillah.

Sandarkan segala-galanya kepada Allah SWT agar Dia melindungi dan menjaga diri kalian serta keharmonian rumah tangga kalian ya.

Suami Baran Boleh Amalkan Selawat Ibrahimiyah

Sementara itu, di perkongsian lain pula, terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh suami bersikap baran untuk mengawal nafsu amarah tersebut. Ini termasuklah, menjadikan Selawat Ibrahimiyah sebagai amalan bacaan.

Soalan: "Tok Abah, suami saya panas baran dan suka memukul. Doa apa yang perlu suami saya amalkan."

Jawapan: "Panas baran sememangnya barah dalam rumah tangga. Jika sifat ini ada dalam diri kita, ia tanda kita lemah akal dan iman."

Maka perlu kita perkasakan diri, meningkatkan ilmu dan amal supaya hal ini boleh di atasi.
    1. Apabila hati mula terasa panas, cepat-cepat capai air masak.
    2. Minum 3-5 gelas untuk redakan amarah secara fizikal.
    3. Berlatih untuk tahan amarah dan beristigfar sekurang-kurangnya 11 kali.
    4. Kemudian amalkan Selawat Ibrahimiyah ini selalu.
suami baran
Gambar: Selawat Ibrahimiyah.

   
  • Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
  • Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
  • Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Anak cucu Tok Abah,
Api kemarahan adalah sifat syaitan. Ia amat menyukai dan suka menyemarakkan lagi rasa marah dan panas dalam diri. Kena cek amalan seharian kita dan sebaiknya, pastikanlah diri kita dalam keadaan berwudhu’ selalu.Sekiranya masalah rumah tangga berlarutan dan semakin parah, hubungilah pihak berkuasa dan agensi yang berautoriti sebelum ia melarat dan teruk.




Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!