ciri-ciri narsistik
Peribadi narsistik telah seakan-akan menjadi epidemik seperti ramalan Jean Twenge dan W. Keith Campbell dalam karya agungnya berkenaan hal ini The Narcissism Epidemic: Living in the Age of Entitlement. Hampir separuh dari muka bumi ini telah menormalisasikan perilaku manusia narsistik, sama ada biasa-biasa atau agresif.bahaya narsistik
berdepan manusia narsistik,
So mamy Syu nak tanya lah! Pernah tak dalam hidup you all kenal dengan seseorang yang sentiasa mengharapkan pujian daripada orang lain, selalu perasan diri dia hebat, lebih penting dan lebih bagus daripada orang lain?
ciri wanita narsistik
Lepastu asyik-asyik laparkan perhatian sampai perasaan orang sekeliling pun tak dipedulikannya.
kelemahan narsistik
Haa ini lah yang ciri-ciri manusia yang berpersonaliti narsistik. Narsisime ini sebenarnya bukan cuma masalah behavioral atau personality traits semata-mata tau. Tapi kini ia dikaitkan dengan masalah celaru personaliti iaitu salah satu cabang kepada masalah gangguan mental juga.
keleahan narsistik
Narsisisme Yang Melampau - Penyakit Mental Berkaitan Kecelaruan Personaliti
cara merawat narsistikNarsisisme didefiniskan sebagai keadaan di mana seseorang individu itu terlalu memuji atau mengagumi diri sendiri. Terma ini berasal dari sebuah cerita mitos Greek tentang seorang pemuda bernama Narcissus yang terlalu mengagumi dirinya serta sering memuja keindahan refleksi dirinya sendiri di dalam kolam.
ibu narsistik
Beliau dikatakan menghabiskan sebahagian besar masanya di tepi kolam sehingga akhirnya terjatuh ke dalam kolam tersebut. Ada hikayat yang mengatakan beliau kemudiannya berubah menjadi sekuntum bunga dan bunga tersebut dinamakan sempena nama beliau.
isteri narsistik
Mungkin ramai di sekeliling kita dilihat mempunyai ciri-ciri narsisime tetapi tidak semua boleh dikategorikan sebagai kecelaruan mental dan personaliti narsisitik. Untuk mengesahkan seseorang itu mengalami masalah gangguan personaliti nasrsistik ini bukan boleh main agak-agak sendiri ya.
ciri isteri narsistik
Proses diagnosis penyakit ini melibatkan penilaian secara temu bual yang komprehensif antara pegawai perubatan atau pakar psikiatri dengan pesakit. Kebiasaannya, lebih dari satu sesi diperlukan untuk mengesahkan diagnosis ini.
ciri ibu narsistik
Jadi sekiranya kalian mengesan insan terdekat kalian seperti mempunyai masalah gangguan personaliti, adalah penting untuk kalian segera membawa mereka bertemu pakar. Kerana pesakit personaliti narsisistik ini cenderung untuk mengalami penyakit mental lain seperti kemurungan, kecelaruan, anxiety, bipolar atau lebih teruk, ia boleh menjurus kepada ketagihan alkohol serta penyalahgunaan dadah.
Definisi Celaru Personaliti Narsistik (NPD)
Maksud narsisistik adalah sejenis gangguan mental di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri. Mereka ini cenderung untuk mempunyai sifat keyakinan yang terlalu ekstrem sehingga mengabaikan perasaan individu yang lain.
anak remaja lelaki narsistik
Namun, biarpun pada pandangan kasar, mereka ini nampak begitu berkeyakinan tinggi, hakikatnya self esteem mereka sangat rapuh dan mudah dirobohkan hanya dengan kritikan kecil daripada orang lain. Oleh kerana harga diri mereka yang terlalu rapuh inilah yang mendorong mereka mementingkan diri sendiri dan tidak jemu-jemu mahukan pujian daripada orang lain.
ciri lelaki narsistikApa punca penyebab kecelaruan personaliti narsistik?
Punca sebenar kepada narcissistic personality disorder ini masih lagi tidak dapat dikenal pasti secara tepat, namun para penyelidik percaya bahawa ia berlaku disebabkan oleh beberapa gabungan faktor-faktor seperti:
ciri suami narsistik- Memang sudah sifat peribadi seseorang
- Faktor keturunan atau genetik keluarga
- Kesan childhood trauma seperti mengalami penderaan, pengabaian atau tekanan hidup ketika zaman kanak-kanak.
- Ibu Bapa “Helikopter” yang terlalu melindungi anak-anak
- Kesan cara asuhan ibu bapa yang terlampau kuat mengkritik atau meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi terhadap anak.
- Faktor neurobiologi iaitu terdapat ketidakabnormalan pada struktur otak.
Kalau dilihatkan kepada senarai punca berlakunya personality disorder ini, dapat diperhatikan bahawa masalah gangguan personaliti ini boleh berlaku seawal umur kanak-kanak. jadi kepada mommies and daddies di luar sana, keep an eye on your kids ya!

Kenali Tanda Awal Kanak-kanak yang Punyai Ciri Gangguan Personaliti Narsistik
- Ingin selalu diiktiraf atau dikenali ramai sejak kecil
- Memerlukan pujian tidak mengira masa
- Cenderung menyalahkan orang lain atas kesulitan/cabaran yang dialaminya.
- Selalu berasa diri sendiri lebih penting daripada adik beradik lain
- Kerap berasa bahawa diri sendiri lebih hebat (grandiosity) contohnya perasan lebih pandai, lebih cantik/kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
- Berfantasi bahawa semua orang cemburu, berdengki, serta berniat jahat ingin menjatuhkannya
- Kurang memahami individu lain (tiada empati terhadap individu lain)
- Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain
- Mempercayai dirinya high class dan layak bergaul dengan golongan atasan sahaja
- Rasa mempunyai hak walau hakikatnya tidak (Sense of entitlement).
- Bersikap manipulatif dan cenderung ambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai matlamat peribadi
- Seringkali bual berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya contohnya, asyik menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya berulang-ulang kepada semua orang
Wujud Juga Manusia Narsis yang Bukan Kes Psikiatrik
cara menghadapi orang narsistikMamy yakin, kebanyakan orang sekeliling kita semuanya ada sifat narsisisme, cuma yang membezakan adalah keamatan sifat itu sendiri sama ada terlalu narsis ataupun di paras normal. Namun narsistik boleh beri impak negatif kepada kesihatan mental jika terus terbawa-bawa personaliti itu.
Untuk seseorang individu yang mempunyai ciri narsisime yang normal, ia membolehkan mereka cherish their accomplishments dan berasa gembira serta bangga dengan pencapaian mereka!
Namun bagi mereka yang bersikap narsistik secara berlebihan, biasanya tak ramai orang yang gemar bersama mereka. Jika bersama pun, tidak akan lama bertahan kerana seseorang yang narsistik seringkali menimbulkan konflik dalam perhubungan antara rakan, pasangan dan juga ahli keluarga.
Bagaimana Nak Mengenalpasti Orang Yang Bersifat Narsisisme?
Nak mengecam individu yang tinggi sifat narsistik ini mudah sahaja. Mereka ini sangat sering menyanjung diri sendiri, selfish dan sealu menganggap dirinya special, unik dan superiorditemui bermasalah dalam hubungan sama ada dengan keluarga, pasangan, mahupun rakan sekerja. Basically ianya berpunca dari sifat mereka yang mudah tersinggung biarpun dalam hal yang kecil.
berdepan manusia narsistik karangan sampel esei
Orang yang tinggi sifat narsistik ini memang susah untuk menerima kritikan dan teguran malah selalu sahaja diancam perasaan tak selamat (insecure) terhadap seseorang atau apa juga perkara yang dilihatnya dapat menggugat atau merendahkan diri dia.
berdepan manusia narsistik karanganCara Berdepan dengan Orang yang Narsisisme
Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja. Mereka sangat berbangga diri serta mengagumi diri mereka sendiri. Jadi, kunci utama bagi berdepan dengan manusia narsis begini adalah dengan cara, mengikuti 'rentak' mereka dan jangan sesekali mencabar pendirian serta menyindir mereka.
cara berdepan manusia narsistik karanganadapi orang narsistik
Perlu diingat. Manusia narsis adalah ibarat burung merak. Dia akan mengembangkan ekornya untuk nampak mengancam, padahal pada hakikatnya si merak itu sedang dalam ketakutan. Begitulah juga orang yang narsis. Mereka sebenarnya tengah struggle dalam konflik yang tak berkesudahan dengan diri mereka sendiri.
berdepan manusia narsistik karangan
Perkara kedua yang harus diingat adalah, manusia yang narsis ini bukan sahaja suka menyanjung diri sendiri, tapi mereka juga gemar memandang rendah akan kualiti dan potensi orang lain. Tidak cukup dengan itu.
Orang yang tinggi sifat nasrsisme ini juga akan berusaha semaksimum yang boleh bagi merendahkan pencapaian orang sekeliling yang dia nampak sebagai ancaman kepada keyakinan dirinya. Jadi, hati-hatilah. Jangan sampai diri kita dianiaya dan dimanipulasi olehnya.
Secara ringkas, terdapat 4 tip mudah bagi mendepani individu narsis:
- Ubah topik perbualan dengan bijak
- Jangan biarkan diri dimanipulasi dan jangan engage bila mereka cuba manipulasi
- Jangan 'cantas' kebanggan mereka
- Elak sebolehnya bercakap dengan mereka
Secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa Narsisisme tidak semestinya terkait dengan penyakit mental semata-mata, namun ia juga boleh wujud di kalangan individu normal melalui sikap ego mereka sendiri yang mementingkan diri dan tidak mahu kalah dalam segenap aspek.
cara menghadapi orang narsistik
So dah tahu kan pasal Narsistik dan Narsisme?
Semoga dengan perkongsian berkenaan Narsistik dan Narsisisme ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian yang sedang berhadapan atau menjadi mangsa manupulasi oleh seseorang yang narsis. Semoga Tuhan pelihara kalian daripada sebarang musibah.
cara menghadapi orang narsistik
Jika kalian mempunyai spouse yang narsistic, your husband misalnya. The fact is you can't change him to be more empathy and caring. Jika awak stay, awak akan sakit dengan teruk dan menderita, dan akan effect kepada emosi dan kesejahteraan mental anak-anak juga.
berdepan manusia narsistik pdf
Jadi pilihan di tangan kalian sendiri. Kalau nak hidup yang bebas abuse dari manusia narsis, then bangkit dan beranikan diri untuk putuskan tali yang menjerut leher kalian. I hope you guys 'dapat' mesej yang Mamy cuba sampaikan ni.
berdepan manusia narsistik pdf
1 Ulasan
Skrg nie mmg ramai yg ada masalah NPD, agak2 bos kita pun NPD jugak kot.. hehe
BalasPadamAnything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y