Penang Lexis Suites 2D1N Honeymoon Package

Māmy Syu
3

 hotel with private pool in penang,lexis suite penang facilities,bercuti di lexis penang,lexis suites harga 

Lexis Suites Honeymoon Package | For past 5 years ni kan , rasanya macam dah lebih tiga kali dah kot Mamy repeat lepak kat Lexis Penang. Woi maknanya kali ini adalah visit aku yang ke-4 dah la di hotel yang sama. Tak jemu-jemu eh? hahaha. Entahlah! 
room candlelight dinner
Lagipun, setiap kali aku terfikir je macam nak spend some quality time with my 'better half' kan, Lexis Suites Penang is the one and only hotel yang akan flash through my mind. Seriously! Selain ambience dia yang sangat sesuai untuk healing, Lexis ni juga adalah destinasi romantik terbaik dan yang paling sempurna untuk celebrate wedding anniversary or honeymoon.
room candlelight dinner
room candlelight dinner
room candlelight dinner,voucher lexis penang, trivago lexis penang, penang honeymoon hotel,honeymoon package, review lexis penang, pakej honeymoon lexis, lexis suite review, lexis penang
Private pool for an intimate dip!
room candlelight dinner

Ada Apa Dengan Lexis Suite Penang?

Lexis Suites Penang menawarkan 222 suite dengan kolam renang dan bilik stim peribadi di setiap bilik. Hotel ini terletak di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Penang dan menawarkan pemandangan yang indah. Hotel ini mempunyai rating 4.0/5.0 dan mendapat 734 ulasan di Tripadvisor. Quite impressive kan? So kalian yang berminat, bolehlah meninjau pakej bulan madu yang ditawarkan oleh Lexis Suites Penang di laman web mereka!
room candlelight dinner
So kenapa Mamy cakap Lexis tempat menarik honeymoon? Sebenarnya konsep private pool dia tu lah yang menjadikan Lexis Penang tempat lepak santai paling epic dan menggamit aku keep coming here! Atas faktor aurat, Mamy tak mandi mana-mana kolam renang terbuka mahupun tempat perkelahan air terjun sebab bentuk tubuh akan mudah kelihatan walaupun pakai pakaian gelap dan tebal berlapis-lapis sekalipun.
room candlelight dinner
lexis suite penang romantic room decoration honeymoon set up

Pengalaman Honeymoon di Lexis Suites Hotel, Penang

Terdahulu Mamy pernah menulis artikel review Lexis Penang dah. Tapi masa tu konsep percutian adalah ala-ala family staycation sebab I travel with kids. Kali ni kami stay sini berdua laki bini saja, tanpa anak-anak. Seriously lain benar feeling nya bila menginap berdua je dengan suami dekat hotel.
lexis Honeymoon Package
Awalnya, aku terasa sangat lapang, sunyi and in an awkward silence sebab tak ada langsung bunyi riuh drama anak-anak. Rindu pun ada bila mulut ni tak dapat nak bebel kat anak. But soon after I realized, "Hey, this is my me time" I started to enjoy this stress-free moment. Ini barulah the real healing. Bak bunyi lirik yang anak aku Si Naufal nyanyi kat aku bila balik dari Lexis Penang, "mak aku healing sampai pagi tak balik, ohh no, tak balik!" haha.
room candlelight dinner
lexis Honeymoon Package

Pakej Honeymoon di Hotel Lexis Suites, Penang

Apa yang akan kita dapat dalam pakej bulan madu ini termasuklah :
   1. Sarapan pagi untuk dua orang di Roselle Coffee House.
   2. Complimentary welcome drinks.
       - romantic gift set
       - Mini cakes
       - Fruit platter
       - Sebotol alcohol-free sparkling juice
   3. Hidangan 4-course candlelit dinner.
   4. LexSpa massage (30 minit setiap seorang)
   5. Tides of Passion; floating tea set (RM98nett)

Pakej Tides of Passion ini is excluded dari pakej honeymoon tau. Kalau kalian berminat, boleh call from your room, cakap nak book. Tapi servis ini hanya available dari jam 12 tengahari dan hingga ke 10.30 malam sahaja. Kalian boleh je book lebih awal dari jam 12, dan ini akan lebih memudahkan crew dapur buat kerja. Tak salah kan kalau kita memudahkan urusan orang lain? Semoga berkat memudahkan urusan orang, Allah pula akan mudahkan urusan kita.

Cara Booking Pakej Honeymoon

Untuk menempah pakej Romantic Escape di Hotel Lexis ini, kita boleh pilih mana-mana bilik sama ada Premium Pool Suite atau pun Executive Pool Suite. Dari laman web Lexis Penang, kita dapat nampak perbezaan bilik Premium Pool Suite dan Executive Pool Suite adalah dari segi kedudukannya sahaja iaitu bilik menghadap laut atau menghadap town.
room candlelight dinner
Kalau kalian nak menikmati suasana romantik ketika matahari terbenam dari balkoni bilik, so eloklah pilih bilik Premium Pool Suite sebab ianya menghadap laut dan saiz biliknya adalah lebih luas (968 sqft) berbanding bilik Executive Pool Suite yang menghadap town. If ada kekangan dari segi budget, you guys can go for Executive Pool Suite yang rates nya lebih rendah dan still dapat enjoy private pool dengan tenang tanpa berkompromi tentang isu aurat.
room candlelight dinner
room candlelight dinner, voucher lexis penang, trivago lexis penang, penang honeymoon package,lexis Honeymoon Package, pakej honeymoon lexis, lexis suite review, lexis penang honeymoon
Complimentary welcome drinks
room candlelight dinner
best romantic hotels in Penang

Check-in di Lexis Suite Penang

Apa yang Mamy boleh cakap adalah, dalam pakej bulan madu Lexis Penang ni I was pampered all day and I'm definitely thinking of returning to Lexis for staycation in the very near future. Mula-mula rancangannya 30 haribulan tu nak lepak Taiping dulu semalam, then masuk 1 Oktober barulah nak ke Penang. Tiba-tiba hati berat pula nak tinggal anak lama-lama haha. So kami gerak pagi Ahad 1 Oktober tu jam 9 dari rumah dan sampai Lexis Penang sekitar jam 1.15 petang.
best romantic hotels Penang
lexis penang corner unit highest floor 24,lexis Honeymoon Package
View balkoni dari dalam bilik

best romantic hotels Penang
Sebenarnya waktu check-in bagi hotel Lexis adalah pada jam 3 petang, dan check-out pula selewat-lewatnya jam 11.30 pagi. Tapi Incik Abey minta untuk early check-in dan late check-out semasa booking bilik itu hari, dan sebab itulah sesampai sahaja, kami boleh terus check in. Request untuk early check-in ini sesiapa sahaja pun boleh cuba, dan ia tertakluk kepada keputusan management sama ada nak benarkan atau tidak.
romantic hotels Penang

Lexis Hotel Car Park 

Hotel ini mempunyai tempat letak kereta bertingkat, dan percuma. Tapi Incik Abey prefer park di bawah sahaja memandangkan parking depan lobby tu kosong je. Ohh wait! Something worth to remember! Bila kalian park dekat bawah tu, akan ada seorang achi tu akan datang minta bayaran parking RM20.00. 
Penang romantic hotels
Kami haritu baru je park, terus dia approach dan Incik Abey tanpa banyak soal, bayar je la RM 20.00 dekat achi tu. Bila masuk ke kaunter Reception, rupanya pihak hotel boleh bagi complimentary untuk parking kat luar tu. Tapi since kami dah "ter" bayar dekat achi tu, so tak dapat la pihak hotel buat apa-apa lagi. 
lexis Honeymoon Package
Even nak claim refund pun dah tak boleh. Kalau taknak bayar, mungkin kalian boleh park sekejap dan terus buat urusan check-in terlebih dahulu. Abaikan bab parking dulu. Ini aku cakap "mungkin" ye. Pape risiko, tanggung sendiri tau.
Romantic Honeymoon Package

Ada Apa dengan Pakej Honeymoon di Hotel Lexis?

Welcome Drinks and Snacks

Mula-mula tiba ke bilik kami sudah disambut dengan welcome snacks berupa air soda lemon, dua potong kek vanila dan sepiring buah-buahan potong. Terasa sejuk tekak dan lupa seketika lenguh-lenguh badan setelah 2 jam setengah duduk dalam kereta untuk ke Penang. 
lexis Honeymoon Package
Dalam pakej memang kami dah tahu akan ada cake slice menyambut ketibaan kami tapi tak sangka lah pula, besar oii dia punya slice! Kekenyangan kami berdua, sebab sebelum tu kami dah lunch semasa dalam perjalanan.
Romantic Honeymoon Package
voucher lexis penang, trivago lexis penang, room candlelight dinner,penang honeymoon package, lexis Honeymoon Package, pakej honeymoon lexis, lexis suite review, lexis penang review
Romantic Honeymoon Package

Relaxing Massage at LexSpa

Selesai sahaja istirehat sambil menikmati kek dan buah potong, kami turun ke tingkat 8 untuk temujanji relaxing body massage di LexSpa. Pakej urutan ini dijadualkan pada jam 5 petang, tapi kami dinasihatkan datang awal 30 minit sebelum masa temujanji sebenar.
Romantic Honeymoon Package
Pakej relaxing massage ini sebenarnya untuk couple iaitu 30 minit setiap seorang. Tapi Incik Abey dengan bermurah hati telah mengorbankan 30 minit sesi urutannya dan diberikan kepada aku. Yeay! Dapat lah aku sesi massage selama 1 jam. hehe macam tahu-tahu je dia yang aku ni menderita sakit belakang sudah lama. Machehh abamm Bubu!
Romantic Honeymoon Package
voucher lexis penang, trivago lexis penang, penang honeymoon package, lexis Honeymoon Package, pakej honeymoon lexis, lexis suite review, lexis penang
Fokus nau Incik Abey isi borang health consent pun haha
Romantic Honeymoon Package
Oh ya, therapist dekat LexSpa ini ada empat orang kesemuanya. Ada 3 masseuse dan seorang masseur (massage-therapist lelaki). Jadi kalau anda sejenis lelaki yang menjaga ikhtilat dan aurat, boleh lah remark sikit masa nak booking tu, kata nak therapist lelaki. Selain itu, for the record, LexSpa ini juga menawarkan servis untuk semua orang ya! Bukan khusus untuk tetamu hotel sahaja. 
Penang Honeymoon Hotels
So sekiranya anda tinggal berdekatan, boleh je book spa dengan menelefon +604 628 2888 / 0838. Spa buka jam 10 pagi dan tutup jam 9.30 malam. Lepas sesi massage, kami berdua dihidangkan dengan dua cawan teh herba panas sambil diletakkan bantal Aromatherapy Hot Stone Neck Pillow di keliling leher. Rasa suam-suam sedap je kat tengkuk especially bila baru lepas mengurut ni. Semakin ringan rasa di kepala dan bahu.
Penang Honeymoon Hotels
Penang Honeymoon Hotels

Special Request Bilik Mengikut Citarasa

Lepas massage tu aku dan Incik Abey balik ke bilik kami di 24th floor, dan terlelap sampai maghrib. Level 24 adalah floor paling tinggi dekat hotel ni. Kalau kalian tengok di website Lexis Suite, kalian akan nampak Satellite Bar berada tercotek atas rooftop hotel sebelah kiri, manakala bilik kami berada di right wing bar tersebut, di mana aku bulatkan dengan pen merah tu.
Penang Island Honeymoon Hotels
voucher lexis penang, trivago lexis penang, penang honeymoon package, pakej honeymoon lexis, lexis suite review, lexis penang
Penang Island Honeymoon Hotels
Untuk pengetahuan kalian, tak semua bilik mempunyai pemandangan yang luas seperti bilik di corner tau. Hanya bilik yang terletak di corner sahaja akan ada side-view, manakala bilik-bilik lain hanya akan ada central-view di mana kiri dan kanan adalah tembok batu. Sekali lagi, untuk dapatkan bilik tepi seperti ini, kalian boleh remark juga upon booking, sama macam kalian remark nak early check-in. Cakap je nak corner unit. 
Penang Honeymoon Hotels
Apa-apapun, ia bergantung pada room availability. Kalau kosong, boleh lah dapat bilik tepi. Kalau tak dapat, janganlah kecewa atau marah pula ya. Mungkin bukan nasib.
Pakej Honeymoon Bajet 

Candlelight Dinner by The Pool

Romantic candlelight dinner boleh dipilih sama ada nak serve dalam bilik atau pergi makan dekat Satellite Bar dekat rooftop hotel ni. Aku dan suami sengaja memilih candlelight dinner di dalam bilik sebab lebih privasi. 
Pakej Honeymoon Bajet 
Dah namanya candlelight dinner, kita orang perempuan mestilah nak melaram pakai dress dinner yang vogue depan suami kan. Dan dress sebegitu tidak patuh syariah dan tak sesuai diperagakan di luar.
Pakej Honeymoon Bajet 
voucher lexis penang, trivago lexis penang, penang honeymoon package, lexis Honeymoon Package, pakej honeymoon lexis, lexis suite review, lexis penang
Pakej Honeymoon Bajet Penang
Maka tepat jam 8 malam, the dinner was served. Masa tu kami dua-dua pun membuta sampai tak sedar it's time to dinner. Nasib baiklah musafir, so ada chance untuk jamak ta'khir kan saja maghrib tadi.hehe. Sebenarnya bila badan diurut ni, memang kita akan rasa keletihan sedikit, walaupun pada zahirnya badan rasa sangat ringan. Tak pernah-pernah buat hal, tidur lepas asar sampai maghrib begini tapi kali ini kami terbabas.
Pakej Honeymoon hotel
Terjaga disebabkan bunyi loceng bertalu-talu dari crew hotel, untuk set up meja dinner di balkoni. Incik Abey lah yang buka pintu. Aku? Berlari masuk ke ruang sebelah sana partition yang membahagikan bilik dengan bilik air. Di tengah-tengah tu ada sliding door, so aku berkurung di ruang tu sementara crew-crew cafe mendeco meja candlelight dinner kami, sekali gus menghidangkan four course meals, di mana main course nya adalah Pizza Margherita.
Pakej Honeymoon Bajet Penang
voucher lexis penang, trivago lexis penang, penang honeymoon package, review lexis penang,pakej honeymoon lexis, lexis suite review,lexis suites penang,lexis penang,Pakej Honeymoon hotel
Enjoy a perfect Sun-date and being spoiled by my better half with the ultimate cheat day
at Lexis Suites with a candle light dinner and leave my tummy very happy! (read : stuffy)
Best Romantic Hotels in Penang Island
Cuaca malam tu sangat best! Angin yang bertiup dari arah timur mendinginkan malam dan membangkitkan lagi suasana romantik. Tapi yang paling best malam tu apa tahu? Paling best adalah dapat dinner tanpa perlu masak! hahaha
Pakej Honeymoon hotel
Gila banyak makanan hoii, dan berlebih-lebih banyak sebab kami makan berdua saja. Rasanya four meal course macam tu sesuai untuk perut Mat Salleh sahaja, kita perut orang Melayu tak lepas nak gi! huhu Seakan-akan nak pecah perut bila dipaksakan juga makan dek kerana taknak membazir.
candlelight dinner hotel
candlelight dinner hotel

Menu Breakfast di Lexis Penang

Walaupun malamnya kekenyangan dengan makanan yang meriah, bangu sahaja pagi perut aku dah pun berkeroncong. Alahai. Asyik lapar je kan bila berjalan kan. Kalau duduk rumah, macam tak ada selera je. Makan pun ala kadar semata-mata nak lapik perut, untuk makan ubat. Pagi tu seawal 7.30 kami turun breakfast di Roselle Coffee House yang terletak di 1st floor. 
candlelight dinner hotel
Ermm wait! Not really tingkat 1 la actually dia lebih kepada half-floor sebab dari Cafe ni kita dapat nampak lobby dan kaunter Reception di bawah. Dia dipanggil mezzanine floor.
Hotel di Penang Yang Best Untuk Honeymoon
Buffet pass bagi setiap bilik adalah eligible untuk 4 orang dan paling last boleh makan adalah jam 11 pagi. Jadi kepada yang jenis celik mata pagi tu jam 12tengah hari, baik kalian set alarm kalau taknak terlepas complimentary breakfast ni. 
Hotel di Penang Yg Best Untuk Honeymoon
candlelight dinner hotel,voucher lexis penang 10 trivago lexis penang 10 penang honeymoon package 10 review lexis penang 10 pakej honeymoon lexis 20 lexis suite review 15 lexis suites penang 15 lexis penang 17
Makan macam ada 'bela'. Dari 7.30 sampai jam 9 tak gerak-gerak dari cafe haha 
Hotel di Penang Yg Best Untuk Honeymoon
For food, Mamy berpuas hati dengan menu breakfast yang disajikan.Variasi makanan dari western seperti American Breakfast, ommelete, roti-roti. Masakan Melayu seperti nasi lemak, kuih muih, bakso. Oriental seperti sup dimsum, sushi, porridge. Malah pelbagai jenis bijirin, yoghurt, salad dressing dengan sayur dan buah-buahan pun ada untuk mereka yang veggie.
penang honeymoon pakej
Minuman pula ada beberapa jenis jus buah, susu segar sejuk dan susu suam, serta semestinya kopi. Untuk kopi, hotel menyediakan kopi pre-made yang boleh diambil dari stainless steel water dispenser. Atau kalian boleh brew kopi sendiri mengikut citarasa masing-masing dengan menggunakan mesin coffee maker.
penang honeymoon pakej
food at lexis,candlelight dinner hotel lexiS
penang honeymoon pakej
penang honeymoon pakej

Apa yang Aku Suka Tentang Lexis Penang?

Pertama sekali, macam Mamy cakap awal-awal tadi, private pool hotel Lexis ni yang menjadi faktor utama aku sentiasa kembali ke sini. Kedua, hotel Lexis ni, tidak hanya menyediakan penghawa dingin, malah dalam bilik dia ada kipas siling. Jadi, kalau kalian sejenis tak tahan sejuk, boleh lah on air cond pada suhu yang lebih warm pada 27°C dan pasang kipas angin supaya udara berkisar dengan baik dan tidak rasa lemas. Ketiga, dalam pakej honeymoon di Lexis ni, semua makanan dan minuman dekat mini-bar dia kita boleh makan, tanpa dikenakan charge. 
berbulan madu di hotel penang
Sesetengah hotel, item yang diletakkan di dalam mini-bar atau in-room fridge tu bukannya free refreshments & snacks, tapi setiap item yang keluar dari peti sejuk tersebut akan di charge upon check-out dan biasanya kita akan cenderung untuk overspend! Bahaya tau kalau hotel yang konsep macam tu. So kalian kena confirm betul-betul sama ada semua yang ada dekat minibar itu disediakan as a complimentary snacks atau pay per use.
candlelight dinner hotel

Ulasan Jujur Secara Peribadi

Ulasan tentang hotel, hmm aku dah pernah ulas dalam artikel-artikel terdahulu. Dan terbaharu, Mamy nak update sedikit review Mamy few years ago yang mengatakan kolam agak kotor berlumut di suatu sudut. Visit kali ni ternyata kebersihan kolam dah banyak improve. Lantai balkoni juga bersih tidak berdebu. Mungkin pihak pengurusan Lexis dah ambil maklum isu kebersihan kolam. Yelah, hotel lain biasanya mempunyai paling banyak pun dua kolam sahaja. For Lexis Penang, ada 222 kolam nak kena maintain hoi!
candlelight dinner hotel
Dari segi bilik, semuanya memuaskan hati. Keluasan bilik yang super duper spacious, tak macam hotel-hotel lain yang selalunya susah benaw den nak cari ruang untuk solat. Kadang-kadang terpaksa solat atas katil pun. Tapi Lexis memang luas, dengan kolam di dalam biliknya, mejadikan hampir kesemua pengunjung yang menginap di sini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk jalan-jalan meronda Pulau Pinang pun, tapi lebih kepada nak stay je dalam bilik hotel ni sampai balik.
Tempat Honeymoon Di Pulau Pinang
voucher lexis penang, trivago lexis penang , penang honeymoon package, review lexis penang, pakej honeymoon lexis,lexis suite review, lexis suites penang , lexis penang honeymoon
Full sea view that allows you to fully immerse yourself
in a magnificent sight of the blue ocean and sky.
candlelight dinner hotel
candlelight dinner hotel

Wrapping Up

Bulan madu memang masa yang sesuai untuk 'me time' tapi I miss my baby Araa so so much! While enjoying the evening air from the balcony, I can almost see her running along the beach and sitting at the bench near the boat. huhu. Orang kata ini lah sindrom mak-mak. Bila berjalan, tak bawa anak bersama, mulalah dia berkhayal macam-macam, dek kerana terlalu rindukan anak yang ditinggalkan.
candlelight dinner hotel
Apa-apapun, stay dekat sini memang the real healing lah wa cakap lu! So jangan bazir masa kalau dah sampai sini. Tolonglah lepak puas-puas, santai puas-puas, makan pelan-pelan dengan tenang, kunyah 40kali baru telan. Tahu saja lah kan, mak-mak ni mana pernah dapat makan dengan tenang di rumah. Makan pun 'cagut-cagut' je orang kata. Menyambil buat kerja itu buat kerja ini. Ye tak mommies??!
candlelight dinner hotel
Daa! Assalamualaikum.
room candlelight dinner,voucher lexis penang, trivago lexis penang, penang honeymoon hotel,honeymoon package, review lexis penang, pakej honeymoon lexis, lexis suite review, lexis penang
Bubbye Lexis Penang! Will visit you again next year!
lexis penang

indoor pool hotel penang, lexis penang honeymoon package, harga breakfast di lexis penang, hotel yang ada tab mandi di penang, lexis penang buffet lunch price

Post a Comment

3 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. betul2 puas hati dpt berhoneymoon semula...moga2 ad rezeki Linda juga nanti...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin pasti ada rezeki..grab voucher penjawat awam dapat 40% kalau tak silap

      Delete
  2. So sweet! Bersemut gambar last tu ^^

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!