hotel with private pool in penang,lexis suite penang facilities,bercuti di lexis penang,lexis suites harga hotel lexis penang
Destinasi Percutian Keluarga di Hotel Lexis Suites, Penang | Berlatarkan pemandangan indah pinggir laut nan biru lagi luas, semestinya Hotel Lexis Suites, Pulau Pinang menjanjikan pengalaman inapan yang santai dan sukar dilupakan. Sememangnya keputusan memilih hotel ini untuk percutian-inap kami (staycation) kali ini ternyata tepat dan berbaloi.
Hotel Lexis Suites , Penang ini sebenarnya hotel pilihan anak-anak. Bila memikirkan sebuah percutian yang berkonsepkan 'inap dan istirehat' ini, terdapat beberapa hotel yang Syu bariskan dalam pilihan. Namun akhirnya kami sepakat memilih hotel ini kerana ia mempunyai kolam renang di dalam bilik! Keluar sahaja ke balkoni, terus boleh terjun kolam.
Staycation di Hotel Lexis Suites, Penang
Image credit: Lexis Suites Penang |
Bermalam di hotel ini memang berbaloi bagi melepaskan lelah dan penat setelah hampir tiga suku tahun berkerja. Kedudukannya yang strategik dan betul-betul di pinggir pantai ini menjadi daya penarik utama pelancong untuk ke sini. To be honest, Syu ke sini semata-mata hanya kerana dia punya private pool. haha.
Private pool dengan pemandangan laut dari tingkat 21. |
Hotel ini mempunyai tempat letak kereta bertingkat. Tapi aku prefer park di bawah sahaja. Gayat lah nak naik ke atas, dengan laluan yang berselekoh sana-sini. ahaks. Lagipun, kami tiada kepentingan untuk parking di ruang letak kereta tingkat atas memandangkan kami hanya bermalam di sini semalaman.
Di sekitar hotel ini juga mempunyai beberapa deret kedai, pasar mini dan juga gerai makan. Tak risaulah bab makan kalau ke sini. Lapar malam-malam, turun je bawah, order char kueytiaw kat gerai seberang jalan, settle. Kawasan pantai nya pula memang luas. Tapi Syu tak berapa berkenan dengan air laut Penang ni.ahaks.
Sorry to say ya Penangites. Bukan berniat mencemuh tapi pada pendapat peribadi aku, pantai dan air laut di sini agar kotor dan tercemar. Sepanjang kami strolling on the beach, aku larang anak-anak aku menyentuh gigi air, malah mereka nak menanggalkan selipar pun aku tegah dan marah semarah-marahnya okey?
Kalau kalian tak percaya dengan ulasan Syu tentang pantainya, you all boleh semak sendiri review-review pengunjung hotel yang meninggalkan ulasan di laman tempahan hotel Traveloka. Ramai yang akui kebersihan dalam hotel, namun tidak pada pantainya.
Kalau tanya Syu pula, Syu akan ulas satu-persatu, bermula dengan kategori kebersihan.
Kebersihan (cleanliness)
Hmm..overall keadaan bilik bagi aku adalah sangat memuaskan. Paling penting, bantal hotel Lexis ni tak berbau hapak. ahaks. Sorry spesies mak-mak memang cerewet bab ni. Malah Syu dah pun standby bawa kain batik untuk melapik bantal dan tempat tidur Syu dan anak-anak in case tilam dan bantal berbau. hahah.
So I bagi 5 bintang untuk kebersihan bilik. Cuma aku tak berapa suka dengan permukaan jubin dalam bilik ini. Mereka menggunakan jubin jenis polished dan ianya sangat licin walaupun hanya setitik air je atas lantai, kita boleh tergelincir weyh!
Memanaskan badan sebentar di dalam private Sauna room, terletak bersebelahan kolam |
Tahu saja lah budak-budak, sampai-sampai je ke bilik mereka terus terjun kolam. Diajak makan tak mahu naik. Diajak jalan-jalan, tak mahu naik. Mereka hanya akan naik untuk ke tandas semata-mata.
Bila naik, tak reti nak keringkan kaki dengan sempurna, and berdentum! lah jawabnya. Jatuh terjelepok atas lantai. Aduyai. Dan setiap kali ke tandas itu lah salah seorang dari mereka pasti akan jatuh tergelincir di atas lantai yang berpolish. huuu~
Kebersihan di ruangan balkoni dan kolam Syu beri 3/5 bintang sahaja. Secara tidak sengaja Syu spot lumut (mold) di suatu sudut kolam. Ada dua tempat. Satu di bucu kolam di tepi tangga, dan satu lagi ada berdekatan pelampung keselamatan.
Overall, kebersihan Lexis Suites ini masih dalam kategori sangat bersih.
Makanan (The food)
Bab makanan pula, Syu berpuas hati dengan menu breakfast yang disajikan. Buffet pass untuk sarapan pagi kami hanya untuk 4 orang, so terpaksa tambah duit lagi 2 pax. Jangan risau, jangan gelabah. Kalian tak payah bayar cash pun di situ. Mereka akan tolak direct dari wang deposit kita.
![]() |
Roselle Coffe House @ Lexis Suites Penang |
Suasana (atmosphere)
Bagi Syu, berendam dalam kolam pada ketinggian lantai 21 tingkat memang sangat-sangat mengujakan. Nak-nak pula kali ini kami memilih untuk duduk di bilik seaview. Rasa tenang sangat gais! Keadaan atmosfera yang sepi lagi mendamaikan, seolah-olah kita sedang berada di awangan. Sesekali angin sejuk bertiup menusuk terus ke dalam sum-sum tulang. Ohh nyaman~
Siapa yang tak tahan sejuk, boleh pilih untuk berendam dalam bath tub dalam bilik air saja. Dalam bilik air, tersedia pancuran air panas berserta tab mandi yang besar dan mewah. Jangan risau, kalian masih boleh menikmati keindahan laut yang luas dari dalam bilik mandi kerana bilik mandi di hotel ini berdindingkan kaca yang lutsinar.
So, kesimpulannya aku akan repeat stay kat sini atau tak?
The answer is definitely yes! Sebab?
- Hotel yang bersih, selesa dan luas
- Lokasi strategik, tidak terlalu jauh dari pekan
- Sekitar hotel ada banyak lokasi tempat makan
- Ada kolam renang dalam bilik, so tak risau isu aurat
- Pilihan makanan yang pelbagai dan berbaloi makan sampai kenyang
- Safe parking - Parking lot dalam hotel
Lokasi Hotel Lexis Suites ini anda boleh dapatkan di laman tempahan hotel pilihan anda. Seperti biasa, gunalah bantuan Google Maps, atau aplikasi Waze. indoor pool hotel penang, lexis penang honeymoon package, harga breakfast di lexis penang, hotel yang ada tab mandi di penang, lexis penang buffet lunch price
13 Ulasan
aduh lemah nampak pool. rasa nak terjun ahahaha
BalasPadamMahalnya harga hotel lexis ni
BalasPadamLexis mmg best.. penang punya tak pernah menginap lagi..
BalasPadamMenarik sangat.. antara hotel yang dalam list percutian Kak Sue juga nie. Harap ada rezeki untuk Kak Sue bercuti tahun depan..
BalasPadamLexis ni nampak best la.... Bersih, dan luas juga ya... Seronok g bercuti ni kalau ke penang
BalasPadamOne of the best hotel yang i pernah stay. Kalau duduk siNi memang tak keluar mana dah sebab semua lengkap ada kt sini.
BalasPadamBetul akak pun suka dok sini...pantai dia best. Jauh dari hiruk pikuk kota. Best sangat!
BalasPadamKak pernah menginap di hotel Lexis PD memang cantik sgt lglah plk pool kat dlm bilik, bestlah Lexis pun ada kat penang
BalasPadamKena kumpul duit la dulu jika nak stay di hotel ni.
BalasPadamWah best nyer hotel ni, semua facilities tip top.
BalasPadammmg best.. ritu buat dgn bff.. kitaorang enjoy giler.. sbb privacy
BalasPadampantai sebelah Lexis tu mmglah tak bersih sebab laut yg terletak antara pulau dan tanah besar yg pesat dengan pembangunan dan kawasan tambakan....Sis belum teroka laut Pulau Pinang yg mmg menjadi tumpuan..Batu Feringhi, Teluk Bahang....mmg terbaik.
BalasPadammakasih ampa bg info. Kami sampai dah batu feringhi. Memang cun
PadamAnything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y