Bermula 20 Januari ini, anak-anak darjah 1 hingga 6 sudah mula bersekolah. Memandangkan Abam Naufal dah darjah dua, so dia pun tak terkecuali lah daripada memulakan persekolahan.
![]() |
Face Mask Budak Lunavie| Jangan lalai! Ukuran facemask dewasa tidak dapat memberi perlindungan sempurna buat kanak-kanak. |
Antara benda yang perlu dibawa bersama ke sekolah selain membawa bento atau bekal makanan sendiri dari rumah, face mask juga kena dibekalkan bersama. Mana tahu kalau-kalau di sekolah tiba-tiba anak kita bersin dan batuk-batuk pula musim-musim covid ni kan?
Semalam kes Covid tertinggi, hingga mencecah 3300 kes. Sejujurnya Syu sebagai parent, sangat bimbang akan keadaan anak-anak bila di sekolah nanti.
![]() |
Dan ini Lunavie face mask saiz dewasa |
Wajib pakai pelitup separuh muka
Yer, setelah sekian lama SOP dilonggarkan dan kita tidak diwajibkan memakai face mask, akhirnya Menteri mengumumkan arahan pemakaian pelitup separuh muka semula. Fuh kelam kabut lah Syu mencari tutorial cara buat topeng muka kain yang boleh basuh tu. Bila dah jumpa pola topeng muka kanak-kanak dan siap ada video contoh topeng muka, tetiba problem pulak nak cari kain yang sesuai untuk buat topeng muka. Aduhh!
Disyorkan untuk Anda : Survey Tudung Kanak-kanak Cotton Yang Lembut Selesa
DIY Topeng Muka Jerebu Kanak-kanak
Cari Mask Budak kat Shopee (kids size face mask)
Payah-payah sangat, akhirnya I give up lah nak jahit sendiri topeng muka budak Naufal nih, dan search je washable face mask for kids kat shopee. haha Senang! And sejak itu lah Syu mula kenal brand Lunavie ni.
![]() |
Ingat, kanak-kanak juga berisiko untuk mendapat jangkitan Covid-19! Lindungi anak anda dengan cara yang tepat! |
Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask
Lunavie ini sebenarnya dah lebih 35 tahun bertapak dan diorang ini merupakan antara jenama yang paling dipercayai dalam nursing and maternity intimate apparel tau. And now diorang tampil dengan produk Air Face Mask yang boleh dibasuh dan diguna semula dengan ciri-ciri antibakteria dan perlindungan tiga lapisan.
So jom Syu tunjuk apa lagi ciri-ciri Air Face Mask dari Lunavie yang buat ibu tertarik dan terbeli?
Ukuran Face Mask Dewasa dan Kanak-kanak Yang Ngam!
Kebiasaannya pelitup separuh muka jenis cotton dan dijahit sendiri ini ada bermacam-macam variasi dari potongan dan saiz. Apa yang Syu suka dengan Lunavie Air Face Mask adalah bentuk potongannya yang kemas mengikut curve hidung dan jawline Syu, membuatkan ia nampak elok terletak di muka. Another thing is, litupan dia cukup luas sehingga ke bawah dagu dan ke pinggir pipi menghampiri ke telinga.
![]() |
Ukuran Face Mask Dewasa dan Kanak-kanak |
Dapat Bernafas Dengan Selesa Tanpa Rasa Terganggu
Rekaan face mask Lunavie yang dilengkapi sistem injap ini sememangnya jadi faktor utama Syu dalam pemilihan pelitup separuh muka. Sebab you all tahu saja lah kan, orang yang berkaca mata macam Syu ni sangat annoyed bila cermin mata jadi berkabut setiap kali Syu exhale dalam pelitup hidung dan mulut. Erggh!
![]() |
Rupa bahagian dalam Air Face Mask |
Iyer! Face mask yang didatangkan bersama valve ini sangat function untuk specky okay! At the same time I tak perlu risau akan risiko partikel or whatever outside cuba curi-curi masuk through the valve sebab valve ini hanya terbuka semasa menghembus nafas, dan tertutup rapat semasa menarik nafas. Ahh gitchew.
Perlindungan anti-bakteria dengan 3 lapisan
Material untuk lapisan paling luar merupakan dari jenis polyester yang kalis air. Lapisan tengah adalah non-woven fabric dan lapisan paling dalam adalah fabrik jenis kapas yang lembut, tinggi daya serapan lembapan dan bersifat anti-bakteria.
![]() |
Pakai mask 3 lapisan tanpa rasa sesak |
Lunavie Face Mask untuk Bertudung
Kalau diperhati sekali lalu, memang Air Face Mask ini merupakan pelitup separuh muka dari jenis ear-loop. Tapi sebenarnya ia boleh disesuiakan dengan orang yang bertudung. Getah yang digunakan sangat fleksibel dan highly extendable. Kemudian pada hujung setiap getah, terdapat cincin pelaras yang boleh digunakan sebagai secure lock yang mengemaskan kedudukan getah di belakakng kepala.
Still can't imagine? Tengok gambar kat bawah ni, macam mana Syu pakai.
![]() |
Ring pada getah tu dijerut antara satu sama lain |
Cool dan sempoi kan rekaan topeng muka Lunavie ni kan? Tak perlu dah nak beli face mask extender bagai. Sebab ear loop dia dah sedia-sedia boleh extend untuk orang yang berhijab.
Cuma, ada satu perkara Syu rasa macam tak berapa kena dengan face mask ni dan kalau boleh Lunavie cuba bagi perhatian la sikit dekat sini
Hanya boleh dibasuh dan diguna semula 30 kali
Air Face Mask dari Lunavie hanya boleh dibasuh dengan cucian tangan sahaja dan menggunakan sabun yang delicate dalam suhu biasa, iaitu 20°-30°C. So far, setiap kali Abam Naufal balik sekolah jam 1 tengahri, Syu akan terus basuh face mask dia. So dalam ertikata lain, I basuh mask ini setiap hari dan ia menjadikan jangka hayat mask terhad kepada 30 hari saja. So apakata Lunavie cuba inovasikan disposable insert atau antibacterial liner untuk Air Face Mask ni. So that shelvelife dia lebih panjang daripada hanya 30 kali cucian sahaja. Kan.kan..kann~
So setakat ini sahaja review Syu pada kali ini. Harapnya, penulisan Syu ni dapatlah memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang topeng hidung dan mulut rekaan Lunavie ini. Semoga perkongsian ini boleh membantu mommies daddies out there dalam membuat keputusan dalam memilih face mask untuk anak-anak sekolah rendah you all.
Remarks :
Topeng muka ini direka untuk perlindungan umum. Selain memakai topeng muka, tolong jaga kebersihan diri
Tidak disyorkan untuk digunakan oleh bayi dan bayi di bawah usia 3 tahun kerana risiko mati lemas
Topeng ini adalah barang peribadi. Tidak boleh berkongsi dengan orang lain
Berhenti menggunakan topeng jika ia merosakkan atau menghalang pernafasan
Untuk info lajut mengenai facemask ini sama ada dari segi harga, cara-cara nak membeli, you guys boleh jengah laman web Lunavie di LUNAVIE.COM/face-mask-for-kids-and-adult Lunavie Air Face Mask,mask ibu dan anak,buat Face Mask kain budak,Mask budak shopee,ukuran face mask, pola topeng muka saranan penutup mulut fabrik kanak,
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Wow. makin kreatif stail facemask skang ya. Produk Lunavie ini made in malaysia kan. Mmg terbaik la.:)
ReplyDeletemenarik ni :)
ReplyDelete