Major Depressive Disorder, kebimbangan melampau, anxiety, kemurungan, psikiatri anxiety depression
Stigma-stigma seperti depression itu tidak wujud; Anxiety hanya rekaan minda; Sejauh mana kebenarannya dakwaan ustaz instant dan doktor facebook yang melabel individu yang mengalami kemurungan itu sebagai individu yang tiada iman dan tidak kuat pegangan agama? 
Tanda-tanda Kemurungan dan Cara Mencegahnya
Kat sini sebenarnya ada perselisihan antara maksud sebenar kemurungan tu sendiri. Kalian kena tahu, bahawa kemurungan atau depression ini ada dua. Kemurungan biasa (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression) adalah tak boleh sesekali disamakan.

Tanda kemurungan tanda meroyan simptom depression,kemurungan-klinikal-clinical-depression-punca-dari-lemah-iman,maksud depresi, depression,tanda kemurungan,kemurungan in english,
Jika ditanya apa yang paling mendewasakan kita, jawabnya mudah, airmata. Kita membuang banyak airmata untuk akhirnya tiba di titik ini, di titik untuk tersenyum sahaja saat mengenangkan luka-luka lama.

Murung Bukan Tanda Lemah Iman

Mood depression

Fitrah sebagai manusia, kita tak boleh lari dari diuji. Bila kita mengalami suatu pengalaman yang merenggut jiwa, pasti mental kita akan melalui satu fasa di mana kita berasa sedih, demotivated, kesunyian, dan jiwa kacau. Atau 'koyak' (broken) selama seminggu. Itu reaksi biasa.

Adapun ketika tu, akal kita masih boleh berfungsi dengan normal. And yes. Itulah mood depression, dan bukan penyakit.

Clinical depression

Manakala, clinical depression (major depression) pula boleh menjejaskan fungsi akal (yang rasional) dan secara tak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika ianya berlarutan.


terjun-tingkat-10-kemurungan-tekanan-bisnes-gagal,Simptom depresi,Tanda kemurungan tanda meroyan simptom depression



Kemurungan Klinikal

Biasanya ia berlaku lebih daripada 2 minggu. Dalam situasi ni, penghidap tak akan boleh berfikir secara waras. Tak seperti penderita mood depression yang boleh dilabel dan dirawat oleh sesiapa. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.

Ia hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor atau ahli psikiatri. Kemurungan klinikal adalah penyakit!

Kemurungan klinikal tiada kena mengena langsung dengan lemah pegangan agama dan iman. 

Sebab penghidap kemurungan klinikal dah tak boleh berfikir secara rasional tentang, logik, tindakan, dan juga akibat kerana fungsi akal dah totally out! Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa, beristighfar dan beribadah. Tengok saja dalam syariat, antara syarat wajib ibadah adalah WARAS / BERAKAL.

So adalah tidak wajar jika penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai tak kuat iman atau "ahli neraka".

Kita tak pasti di saat dia tamatkan riwayatnya itu, adakah dia sedang berakal atau tidak. 

Wallahua'lam.  Urusan Tuhan semua tu untuk menentukan tempat mereka di sana.

Perasaan Ingin Tamatkan Riwayat Sendiri

Jadi gais, kalau kalian ada perasaan untuk b*nuh diri, dan sudah istighfar, solat taubat dan berzikir, tapi tetap juga perasaan itu taknak hilang juga, don't feel bad. Its not your fault. Dan bukan juga bererti Allah tidak menerima amalan kalian. Ia berlaku disebabkan penyakit yang dihidap. 

Yup it's a mental illness. Ianya wujud, secara klinikal. Bukan behavioral, bukan moody, bukan dibuat-buat. Perasaan b*nuh diri tersebut merupakan gejala penyakit. Jadi amat penting untuk kita fahami yang mereka bukanlah benar-benar mahu menamatkan nyawa sendiri; yang mereka mahu tamatkan hanyalah penderitaan mereka. Sama ada penderitaan mental, fizikal, mahupun sosio-emosional.

Bayangkan seseorang yang dibebani kemurungan selama bertahun-tahun. Kita namakan orang ini ‘Puan N’. Puan N pendamkan kemurungannya, dan meneruskan hidupnya sebagai seorang isteri, ibu, pekerja, ahli komuniti dan ahli keluarga sambil perlu memapaparkan imej yang sempurna kepada orang-orang sekelilingnya. Ini tentunya bukan tugas yang mudah dan dinamakan murung dalam senyum!. Dia hidup dari hari ke hari, memikirkan nasib dirinya di masa hadapan atau mungkin hanya hari esok?

Tidak ada tempat mengadu, hanya Tuhan jadi tempat mencurahkan perasaan. Sampai satu tahap, Puan N tewas pada keadaan ini lalu terfikir jalan keluar mudah iaitu b*nuh diri. Bagi Puan N, ini adalah jawapan yang terbaik bagi menamatkan penderitaan semua orang. Apabila penderitaan ini berakhir, tiada siapa lagi yang akan terus terseksa. 

Senario-senario ini akan bermain berulang kali di mindanya, sehingga dia tidak mampu lagi bertahan dan mula melakukan persediaan yang berkaitan dengan idea b*nuh dirinya seperti meninggalkan nota atau wasiat. Jelas kan? Episod tentang idea b*nuh diri ni bukan berlaku sehari dua. Mereka ni biasanya sudah terperangkap bertahun-tahun dengan penderitaan dan kemurungan.

Jadi suka Mamy nak mengajak rakan pembaca semua agar berfikir dari perspektif yang berbeza, tanpa stigma, tanpa prejudis; namun dengan timbang rasa dan empati.

Ubah Stigma yang mengaitkan Keimanan dengan Kemurungan

Mulai sekarang, jom ubah fahaman kita yang selama ni terlalu berat sebelah dan prejudis terhadap "penyakit" depression. 

Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal ni sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Sama seperti penyakit-penyakit lain, ia memerlukan rawatan dengan ubat, tidak cukup sekadar beristighfar dan solat taubat.

Analogi terbaik boleh diberikan adalah penyakit kencing manis.

Kalau penyakit kencing manis melibatkan kegagalan fungsi pankreas, yang tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang berkesan merendahkan paras gula dalam darah. 

Adakah dengan istighfar boleh meningkatkan hormon insulin dalam badan pesakit tersebut? Tidak. Pesakit perlukan rawatan dengan ubat, ataupun suntikan insulin untuk perbetulkan semula ketidakseimbangan sistemik yang berlaku.

Mental illness atau depresi pun melibatkan hormon-hormon seperti serotonin, dopamin dan norepinefrin yang bertanggungjawab dalam mengawal mood dan perasaan dalam otak. 
tanda tanda kemurungan
Ketidakseimbangan hormon ini perlu dikawal dan diseimbangkan semula dengan rawatan yang lebih holistik, berupa terapi mahupun bantuan ubat psikotropik. 
tanda kemurungan
Bagaimanapun, istighfar, solat sunat taubat dan amalan-amalan agama memang tak dapat rawat depresi klinikal, namun ia boleh dijadikan amalan spiritual setelah keadaan pesakit kembali stabil.

buku healing noktah yang memujuk 2
Beli Sini


Peranan Orang Terdekat

Pesakit kemurungan biasanya takkan mengaku dirinya murung. Oleh itu, peranan orang terdekat untuk menyedarkan mereka adalah sangat penting. 
tanda-tanda anxiety
Jangan biarkan mereka bersendirian supaya tragedi yang tidak diingini dapat dielakkan. 
tanda-tanda anxiety
Kalau ada individu sekitar kalian yang murung, dan dia mahu bercerita, maka berikan telinga kalian. Dengar dengan sepenuh hati, tanpa prejudis dan pertikaian. 

Dalam masa sama, pujuklah dia berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
tanda tanda anxiety
Itu tanggungjawab kita. Bukan hanya tahu melabel dan menghukum je.
kemurungan
Ingat, bila mereka yang kemurungan cuba meluahkan perasaan suicidal mereka, jangan kalian 'tazkirah' kan pula mereka. Sebaliknya, dengar dengan penuh perhatiam dan empati.
kemurungan
Tindakan dan keberanian mereka share their stories pun dah dikira suatu kejayaan yang besar, sebab penderita mental illness memang banyak memendam dan payah untuk bercerita.
tanda tanda anxiety
Jangan hukum mereka yang sakit mental, sakit kemurungan,depression
Jika artikel ini menyentuh anda, dan jika anda rasa anda memerlukan bantuan, hadirkanlah diri anda ke hospital berdekatan agar boleh dirujuk kepada unit psikiatri.

cara dapatkan bantuan rawatan psikiatri