Cara Dapatkan Rawatan Psikiatri Penyakit Mental

cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan
Makin banyak kes gangguan mental dilaporkan di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya diagnosis dan rawatan kesihatan mental di kalangan masyarakat. Kajian menunjukkan 3 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami isu kesihatan mental. 
cara dapatkan bantuan depression
cara dapatkan bantuan depression, kos rawatan psikiatri hospital kerajaan temujanji psikiatri kerajaan cara mengatasi depression dalam islam klinik kesihatan mental kerajaan kos rawatan psikiatri swasta cara mendapatkan rawatan di hospital kerajaan cara buat appointment psikiatri klinik psikiatri swasta Borang Ujian Saringan Minda Sihat (DASS)
cara dapatkan bantuan depression
cara dapatkan bantuan depression
Angka tersebut berkemungkinan telah meningkat sepanjang dua tahun ini berikutan tekanan tambahan yang dialami berpunca daripada suasana pandemik COVID-19 dahulu.
klinik psikiatri near me
Sebelum itu, perkenalkan diri saya, Mamy Syu. Seorang penderita major depressive disorder (MDD) dan anxiety disorder related to PTSD (Post Traumatic Stress Disorder) yang masih struggle dengan rawatan dan bertukar-tukar ubat dari diazepam dan setraline 50mg, kemudian dihentikan diazepam diganti clonazepam. Dan akhirnya terkini Mamy kekal dengan clonazepam (bila perlu), mirtazapine 30Mg dan aripiprazole 10mg. 
cara dapatkan bantuan depression
Mamy sendiri tidak pasti kenapa harus bertukar-tukar ubat mental begini, mungkin ada di kalangan pembaca blog Mamy terdiri dari doktor perubatan atau pakar dapat merungkai sebab musabab di sebalik rawatan ini.
kos rawatan psikiatri hospital kerajaan
Isu kesihatan mental selalu dianggap sebagai isu yang remeh. Bahkan ia selalu dilabel dan diberi gelaran negatif seperti ‘orang gila’, 'mereng',  'putus wayar' serta bermacam-macam lagi julukan negatif yang sering digunakan dalam masyarakat. Lagi menyedihkan bila ramai yang masih percaya bahawa penyakit mental terutamanya kemurungan ini tidak nyata, dan hanya dibuat-buat kerana terlampau mengikut perasaan.
cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan
Ada juga segelintir masyarakat yang beranggapan seseorang yang selalu murung dan sedih itu adalah kerana dirinya lemah pegangan agama, lantaran itulah mereka mudah ‘dirasuk’ oleh kuasa-kuasa mistik yang jahat. 
cara dapatkan bantuan depression

Stigma sebegini harus dihentikan segera bagi mengelakkan ia menjadi sebati dalam masyarakat kerana stigma-stigma ini menghalang golongan yang mengalami masalah gangguan mental daripada mendapatkan rawatan dan pengubatan yang betul.
cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan
Ingat ya. Peranan kita dalam komuniti! 
cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan
Jangan sampai disebabkan angkara mulut kita, menjadi penyebab golongan yang mempunyai isu mental ini tidak mahu tampil mendapatkan bantuan dan rawatan yang sepatutnya sehingga boleh mengundang risiko untuk b*nuh diri. Dilaporkan bahawa Malaysia mencatatkan sejumlah 2.426 kes b*nuh diri dari 2018 hingga 31 Julai 2021. Seramai 679 orang daripada jumlah itu adalah kes membabitkan tekanan emosi dan gangguan mental.
bila perlu jumpa pakar psikiatri
klinik kesihatan mental kerajaan
"When someone opens up about their mental health, don't debate it, don't question it and don't give your opinion. Respect their courage, sit next to them and say 'Tell me more. I'm here to listen'. Lecturing doesn't save lives. Listening does" ~ Hannah Blum
kos rawaan psikiatri

Sebelum kita kupas lebih lanjut topik utama artikel berkenaan Cara Mendapatkan Bantuan Untuk Isu Kesihatan Mental, apa kata kita go through dahulu fakta dan informasi mengenai kesihatan dan penyakit mental.
Cara Dapatkan Bantuan Kesihatan Mental
dapatkan-bantuan-profesional-jika-kemurungan
Mental illness ni real!
cara dapatkan bantuan depression
cara dapatkan bantuan depression

Fakta Mengenai Kesihatan Mental

Kesihatan mental merujuk pada keupayaan seseorang untuk berfikir secara rasional, merasa dan bertindak dalam kehidupan seharian. Jadi setiap daripada kita boleh mempunyai sama ada kesihatan mental baik mahupun yang buruk.
Cara Mendapat Bantuan Untuk Isu Kesihatan Mental
Kesihatan mental baik dikaitkan dengan keupayaan seseorang untuk menjalani, menghargai dan menikmati hidup dalam cara yang positif, produktif dan seimbang. Tapi sebaik manapun tahap kesihatan mental seseorang itu, tetap juga tidak dapat lari daripada stres. Cuma golongan ini mampu untuk menangani stres dan cabaran dalam hidup secara berkesan.
Seeking Help for Your Mental Health Issues
Individu yang mempunyai kesihatan mental yang buruk pula, kerapkali mendapati diri mereka gagal menangani stres, dan sakit hati. Kesihatan mental buruk yang berpanjangan boleh; (tetapi tidak semestinya) menyebabkan seseorang mengalami penyakit mental. 
kos rawatan psikiatri hospital kerajaan

Apakah Definisi Penyakit Mental?

Penyakit mental adalah suatu kondisi kesihatan yang mempengaruhi dan boleh menyebabkan perubahan pada keupayaan seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak. Ia boleh dialami oleh sesiapa pun tanpa mengenal usia. Individu yang mengalami gangguan mental berasa sukar untuk membuat kerja-kerja biasa, mungkin sukar berinteraksi dengan orang lain, dan dipengaruhi oleh perubahan pada mood dan kelakuan mereka. 
cara mendapatkan rawatan di hospital kerajaan

Apakah Jenis-jenis Penyakit Mental?

Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:
  • Psikosis
      • antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.
  • Bukan-psikosis (neurosis), dan 
      • penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobia (ketakutan yang tak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) atau Mixed Anxiety and Depressive Disorder (MADD)
  • Kecelaruan Identiti (turut digelar kecelaruan personaliti)
      • Gangguan Personaliti obsessif kompulsif (OCD), Gangguan Personaliti Narsissistik (NPD), Gangguan Personaliti Sempadan (BPD),Gangguan Personaliti Histrionic (HPD), Gangguan Personaliti Mengelakkan (APD), Antisocial Personality Disorder, Dependent Personality Disorder, Split Personality Disorder.
klinik psikiatri near me,cara mengadu masalah mental,dapatkan bantuan psikiatri,cara sahkan depression,nyimak kalau depresi,ujian DASS,

Apakah Faktor Penyakit Mental?

Penyakit mental boleh berpunca daripada beberapa faktor termasuklah pengalaman hidup yang buruk semasa kecil seperti trauma atau penderaan, menghidapi penyakit kronik untuk tempoh yang lama,
penyalahgunaan bahan terlarang, faktor genetik atau ketakseimbangan kimia dalam otak, kerosakan, jangkitan atau kecacatan fizikal pada otak, serta mungkin faktor kesunyian; hidup terasing dan kurang pendedahan sosial.
temujanji psikiatri kerajaan
Manakala penyakit mental yang paling kerap dijumpai di Malaysia adalah kemurungan atau depression. Punca dan penyebab depression biasanya berpunca daripada beberapa faktor termasuklah :
  • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephrine)
  • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya
  • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial
  • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan
  • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan
  • Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
  • Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal.
  • Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan d*dah atau ket*gihan alkohol, menghidapi penyakit serius / tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.
  • Kehilangan orang yang disayangi, dan
  • Baru bersalin (melahirkan anak)

Apakah Antara Penyakit Mental yang Paling Umum?

Menurut Badan Kesihatan Mental Amerika, terdapat lebih daripada 200 jenis klasifikasi penyakit mental. Namun untuk artikel kali ini, Mamy kongsikan beberapa sahaja penyakit gangguan mental paling umum. Antaranya ialah :
  • Generalized Anxiety Disorder (anxiety)
  • Paranoia / 
  • Phobic Anxiety disorders (Fobia)
  • Skizofrenia
  • Gangguan makan (Hilang selera makan dan penurunan berat badan)
  • Gangguan tidur / Insomnia (bangun terlalu awal atau berlebihan tidur)
  • Kecelaruan bipolar (Bipolar Affective Disorder)
  • Kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD)
  • Kecelaruan stres pascatrauma (Post-traumatic Stress Disorder,PTSD)
  • Kemurungan / depresi (depression)
  • Kemurungan selepas bersalin (pospartum depression)

Apakah tanda-tanda Masalah Gangguan Mental?

Nampak normal, tapi berikut terdapat beberapa tanda kalian mungkin mengalami mental disorder. Sekiranya kalian merasakan sama ada diri atau orang tersayang mengalami penyakit mental, ada beberapa tanda umum yang dapat dikenal pasti. 
  • Perubahan mood, khususnya perubahan mood dan emosi yang dramatik atau pantas.
      • Kalian akan berasa bimbang dan resah sepanjang masa pada kebanyakan hari dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian jadi terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang luarbiasa. 
  • Perubahan waktu tidur dan selera makan yang dramatik, serta mengabaikan penjagaan diri
      • Keduanya kalian akan mengalami masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga. 
  • Kurang produktif dan hilang minat untuk melakukan aktiviti di sekolah, tempat kerja, rumah dan aktiviti sosial lain.
  • Tidak berupaya untuk menumpukan perhatian, masalah daya ingatan, berhalusinasi, dan corak pemikiran atau pertuturan yang tidak logik.
  • Lebih sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan dan bau.
  • Berasa takut atau sangsi dengan orang lain.
  • Berasa terasing daripada diri sendiri atau persekitaran.
  • Berkelakuan luar biasa dan tidak tipikal.
  • Menyalahgunakan bahan, mencederakan diri atau menunjukkan minat terhadap perbuatan mencederakan diri
Dari kesemua gejala dan tanda di atas, sekiranya kalian mengalami satu atau dua tanda bukanlah diagnosis penyakit mental yang sah, tetapi memerlukan penilaian lanjut oleh pengamal perubatan bertauliah. Namun sekiranya kalian sudah pun melalui beberapa siri tekanan melampau seperti nervous breakdown dan panic attack, ini merupakan tanda amaran yang memerlukan kalian berjumpa ahli psikiatri segera.
cara jumpa doktor psikiatri kerajaan
Bagi penentuan masalah penyakit mental, kalian tidak boleh main "rasa-rasa" atau self-claim yang kononnya anda itu depression. Doktor akan menemuramah anda dan ahli keluarga untuk mengetahui perlakuan dan membandingkan kriteria bagi setiap jenis disorder. Mereka juga akan menanyakan peristiwa terdekat yang penting atau yang memberi kesan pada emosi. Sejarah perubatan dan situasi hidup juga akan diambil kira di dalam diagnosis.
klinik kesihatan mental kerajaan
"Jangan self-diagnose! Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor untuk rawatan lanjut"
kos rawatan psikiatri swa
sta

Siapakah yang Berisiko Mengalami Penyakit Mental?

Penyakit mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia, bangsa atau lokaliti. Namun ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko gangguan mental.
  • Pernah mengalami trauma pada masa lepas
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit mental
  • Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok sehingga megakibatkan kelumpuhan, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
  • Hilang anggota tubuh badan kekal secara tiba-tiba
  • Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
  • Perceraian dan perpisahan
  • Masalah rumahtangga / Masalah keluarga
  • Penyalahgunaan d4dah dan ar4k
  • Mangsa penderaan fizikal dan emosi
  • Burnout di tempat kerja 
  • Pernah mengalami trauma zaman kanak-kanak
  • Kecenderungan mudah risau, cemas, panik atau bimbang
  • Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
  • Krisis ekonomi berpanjangan


Salah Faham Masyarakat Mengenai Penyakit Mental 

Biarpun awareness tentang depression kini semakin meluas, masih terdapat ramai individu yang salah faham tentang penyakit mental dan kemurungan. Mamy tak tuju kepada sesiapa, namun kita dapat lihat sendiri stigma dan kata-kata "nafi" tentang mental illnes ini berlegar-legar dan dilaung-laungkan menerusi media sosial.
cara dapatkan bantuan depression kos rawatan psikiatri hospital kerajaan temujanji psikiatri kerajaan cara mengatasi depression dalam islam klinik kesihatan mental kerajaan kos rawatan psikiatri swasta cara mendapatkan rawatan di hospital kerajaan cara buat appointment psikiatri klinik psikiatri swasta Borang Ujian Saringan Minda Sihat (DASS)
Antara petikan hantaran Facebook individu yang tidak mahu validate Mental Illness
cara dapatkan bantuan depression
cara dapatkan bantuan depression
  • Ianya tidak boleh dirawat atau sembuh
  • Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya
  • Berpunca daripada lemah iman dan pegangan agaman
  • Mengidapai gangguan mental adalah sesuatu yang memalukan
  • Penderita masalah mental mempunyai karektor yang lemah
  • Pesakit mental lemah pegangan iman
  • Penyakit mental tidak wujud
Kemurungan | Apa Yang Perlu Anda Tahu
Depression tak wujud? Anxiety hanya rekaan minda? 


Langkah Pertama untuk Dapatkan Bantuan Gangguan Mental

Langkah pertama untuk memulakan rawatan dan sembuh dari penyakit gangguan mental adalah validate dan sedar "aku ni tak normal ni". Kesedaran begini bukan mudah-mudah ia datang dalam fikiran seseorang yang mengalami gangguan mental. Di kebanyakan waktu, mereka ini selalu in denial dan tidak mengakui bahawa diri mereka ada masalah mental. 

Kesedaran Bahawa Diri Sendiri Tidak Okay

Kesedaran adalah perkara utama untuk mengorak langkah pertama ke arah pemulihan. Persatuan Psikiatri Malaysia menyarankan untuk bertanya pada diri sendiri: “Adakah masalah dan simptom saya menjejaskan kehidupan saya?” Jika jawapannya ialah “Ya”, sebagai langkah awal, kalian boleh lakukan Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) secara online untuk menilai tahap stres, anxiety atau depresi yang dialami.
Maksud anxiety depression
Keputusan ujian akan dihantar melalui email dan sekiranya keputusan menunjukkan khodmat bantuan profesional kesihatan mental diperlukan, maka berjumpalah doktor atau kunjungi Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) atau terus walk-in sahaja ke mana-mana fasiliti Kesihatan Kerajaan berdekatan.
tanda-tanda anxiety

Fahami Petunjuk dari Insan Terdekat. Mereka Mungkin Kemurungan

Mereka yang mengalami kemurungan biasanya tidak memberitahu secara terus bahawa dia sedang alami kemurungan. Mereka mungkin memberikan beberapa petunjuk yang berbentuk "red alert" untuk mendapatkan pertolongan. Jom kenali beberapa contoh petunjuk dan hint berikut :
  • Kerap MC atau tidak hadir bertugas tanpa sebarang notis
  • Suka menyendiri dan kurang bercakap
  • Tidak fokus, fikiran melayang, gagal memberi respon dengan baik
  • Kurang makan, banyak tidur atau kurang tidur tapi asyik makan
  • Kerapkali mencari alasan untuk mengasingkan diri
  • Mengelak bercakap mengenai matlamat dan hala tuju hidup
  • Tidak suka bila ditanyakan tentang perihal masa depan
  • Hanya memberi 'Bluetick' pada pesanan Whatsapp
  • Kalau adapun, lewat malam baru dia akan texting
  • Berkongsi kata-kata murung dan heartbroken di status dan media sosial
  • Makin tidak peduli akan penjagaan diri
  • Hilang dari radar
Membantu seseorang yang tidak mempercayai bahawa mereka mengalami penyakit mental boleh menjadi sukar. Namun, jika kalian mengesan seseorang yang kalian kenali mengalami penyakit mental, jangan paksa mereka untuk bercakap sebaliknya, berikan mereka rasa sense of belonging dan buat mereka sedar kalian sentiasa ada untuk mereka. 
Maksud anxiety depression 

Reach Out : Connect, Communicate and Care

Jadi penyokong setiap masa dan bantu mereka menetapkan janji temu pertama dan menemani mereka, jika perlu, khususnya apabila mereka berasa teragak-agak. Tindakan ini akan membantu mereka sedar bahawa ada seseorang di samping mereka dan it is okay to get help sometimes.
tanda-tanda anxiety
Jika kalian tergolong dalam dua kategori ini dan memerlukan sokongan dari segi emosi dan mental, jom Mamy kongsikan senarai pihak yang boleh membantu kalian, baik dari pihak kerajaan, NGO mahupun swasta.
klinik psikiatri swasta

4 Cara Dapatkan Rawatan Psikiatri Penyakit Mental 

1. Badan Perkhidmatan Awam

Untuk mendapatkan bantuan dari Unit Psikiatri dan Kesihatan Mental daripada fasiliti kerajaan, kalian boleh berhubung atau menuju terus ke fasiliti berikut. Namun ia tidak terhad kepada tiga fasiliti ini sahaja, kalian boleh terus walk-in juga ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan terdekat :
tanda-tanda anxiety

A. Pusat Kesihatan Mental Masyarakat, MENTARI by KKM

Jika mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kesihatan mental anda, salah satu tempat yang anda boleh mendapatkan bantuan ialah di Pusat Kesihatan Mental Komuniti atau MENTARI.

Pada tahun 2012, MENTARI pertama telah diwujudkan di Putrajaya, di bawah seliaan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya. Dahulunya dikenali sebagai Pusat Kesihatan Mental Masyarakat, kini sebagai usaha penjenamaan imej dan strategi anti-stigma, nama MENTARI telah digunakan sebagai alternatif. “MENTA” berasal dari perkataan ‘mental’ dan “RI” dari ‘psikiatri’. 
Maksud anxiety depression
matahari pusat prikiatri

MENTARI merupakan pusat penjagaan dalam komuniti yang menyediakan khidmat saringan, diagnosis, rawatan dan pemulihan kepada mereka yang berhadapan dengan isu kesihatan mental di Malaysia serta telah diwujudkan sebagai memenuhi keperluan Akta Kesihatan Mental 2001 yang menggariskan penambahbaikan perkhidmatan berteraskan komuniti dalam memperbaiki mutu kesihatan mental penduduk. Di sini mereka menerima kes pesakit sedia ada yang telah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, juga menerima kes-kes baru (walk-in).
Maksud anxiety depression
Selain memberi kaunseling dan khidmat nasihat serta rawatan, MENTARI juga menjalankan aktiviti seperti Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti, Program Sokongan Pekerjaan, Program Social Enterprise, Kumpulan Sokongan Dan Pendidikan Kesihatan.
Maksud anxiety depression

B. Unit Kaunseling Psikologi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Bergerak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Pegawai Psikologi terlatih di Unit Kaunseling Psikologi menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk kanak-kanak, golongan muda dan juga keluarga.
Maksud anxiety depression
Para pegawai di sini juga memberikan bantuan dari segi pemulihan dan krisis campur tangan. Namun untuk ke sini, kalian memerlukan surat rujukan atau permohonan sebelum membuat janji temu. Selepas membuat permohonan, kalian akan diberikan tarikh temujanji selepas permohonan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja. Unit ini beroperasi di hospital kerajaan terpilih seperti Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Jalan Cenderasari, 
50590 KL
 +603-2268 7333
http://jknkl.moh.gov.my/unit-kaunseling

C. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

LPPKN adalah institusi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang memberi fokus utama kepada keluarga. Institusi ini mempunyai kaunselor berdaftar di semua cawangannya di seluruh negara buat anda yang memerlukan perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan kekeluargaan. Selain daripada perkhidmatan kaunseling, institusi ini turut menyediakan khidmat merancang keluarga dan servis klinikal untuk kesihatan reproduktif.

Ibu Pejabat LPPKN, 
Bahagian Pembangunan Keluarga, 
Unit Kaunseling, 
12B, Jalan Raja Laut, 50350 KL.
+603-2693 7555
penduduk@lppkn.gov.my
https://www.lppkn.gov.my

D. Skim Bantuan Kepada Pesakit Mental / Keluarga

Pendaftaran Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang juga sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pesakit yang telah mendapat rawatan mental sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut dan disahkan oleh Pakar Psikiatri sebagai Kurang Upaya Mental. 

Kurang Upaya Mental merujuk kepada keadaan penyakit mental teruk yang menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sebahagian atau sepenuhnya. Semua ini adalah berdasarkan penilaian pakar ke atas tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit. Skim bantuan praktikal dan pemulihan penyakit mental oleh agensi pemberi bantuan sama ada kerajaan atau NGO adalah berdasarkan kepada penilaian ke atas keperluan bantuan tersebut.

Bagi pesakit mental kanak-kanak, bergantung kepada diagnosis pakar dan kategori OKU mereka. Terdapat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas dan Pusat Kebajikan bagi tujuan pendidikan, jagaan dan perlindungan sama ada secara harian ataupun penjagaan institusi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18, No 55,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
03 - 8000 8000 
pro_jkm@jkm.gov.my
https://www.kpwkm.gov.my

2. Badan Perkhidmatan Sokongan Swasta

Selain mendapatkan bantuan dan sokongan mental dari pusat kesihatan mental kerajaan, kalian yang mempunyai status kewangan yang baik atau mempunyai perlindungan insurans dan takaful, bolehlah cuba mendapatkan bantuan daripada ahli psikologi klinikal berbayar atau pakar psikiatri swasta seperti berikut :

A. Kin & Kids Marriage, Family and Child Therapy Center

Dengan pasukan berpengalaman yang terdiri daripada pelbagai disiplin termasuklah ahli psikologi klinikal, ahli psikoterapi berdaftar serta kaunselor berlesen dan berdaftar, pusat terapi ini mampu menyediakan perkhidmatan kaunseling dalam pelbagai bidang termasuklah hal pengantaraan keluarga dan juga kaunseling penjagaan anak bersama selepas perceraian. 

Jika kalian merancang untuk berkahwin, pusat terapi ini juga ada menawarkan servis bagi membantu diri dan pasangan mengenalpasti dan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk membina keluarga yang bahagia dan berkekalan melalui Penilaian Perhubungan Peribadi Pra-Perkahwinan.

Kin & Kids Marriage, Family and Child Therapy Center
 10-8, Binjai 8 Premium Soho, 
No. 2, Lorong Binjai, 
50450 Kuala Lumpur, 
or 
5-05-03, Block 5, VSQ @ PJ City Centre, 
Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya.
+6019-380 0902 or +6018-667 0902
enquiries@kinandkids.com
http://www.kinandkids.com/

B. The Mind Psychology Services & Training

Pusat psikologi ini mempunyai pasukan besar yang terdiri daripada ahli psikologi klinikal, ahli psikologi sukan dan kesihatan serta kaunselor. Ini membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih meluas seperti terapi untuk kanak-kanak dan keluarga serta kumpulan sokongan untuk anda yang mengalami masalah berat badan dan gangguan tidur. Pasukan yang sama juga menyediakan perkhidmatan latihan teknik kesedaran dan cara berkesan untuk menguruskan tekanan.

The Mind Psychology Services & Training
C-41-11, Jaya One, 
Jalan Universiti, 
46200 Petaling Jaya.
+603-7931 8436
contact@themind.com.my
http://www.themind.com.my

C. InPsych Psychological & Counselling Services

Selain daripada ahli psikologi klinikal dan kaunselor berdaftar, pusat kaunseling ini juga menyediakan perkhidmatan psikologi pendidikan (pakar dalam hal melibatkan pembelajaran dan motivasi) serta perunding seksualiti. Buat anda yang mengalami gangguan kebimbangan seksual atau pun sebarang isu yang berkaitan dengannya bersama pasangan, pakar perunding seksualiti di sini dapat membantu.

InPsych Psychological & Counselling Services
Alamat: 41-3, Jalan 1/137B, 
Resource Industrial Centre, 
Off Old Klang Road, 
58200 Kuala Lumpur
 +6017-331 1216
inquiry@inpsych.com.my
http://www.inpsych.com.my/

D. The Mind Faculty

Kesemua 25 pakar perunding dan pengamal psikiatri di The Mind Faculty mempunyai kelayakan dan kemahiran yang hebat dalam pelbagai cabang mental health. Kedua-dua ahli psikologi klinikal dan pakar psikiatri berganding tenaga membentuk pasukan sokongan yang mantap bagi menjamin kesejahteraaan mental kalian yang berkunjung ke sini.Penilaian psikologi kanak-kanak juga boleh dibuat di sini bagi menentukan kesediaan untuk pembelajaran atau kelewatan perkembangan. 

 The Mind Faculty
11, Jalan Solaris 4, 
Solaris Mont’ Kiara, 
Jalan Solaris, Off Jalan Duta Kiara, 
50480 KL.
+603-6203 0359 or +603-6203 0733
enquiries@themindfaculty.com
https://themindfaculty.com


E. Rekindle Centre for Systemic Therapy

Pusat terapi ini memilih pendekatan sistematik yang popular di Amerika Syarikat, iaitu dengan menggunakan pelbagai terapi yang berbeza untuk membantu keluarga yang bermasalah. Sebagai contoh, sementara ibu bapa cuba menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan pakar terapi perkahwinan, anak-anak mereka pula boleh melibatkan diri dalam permainan atau terapi kanak-kanak. Seluruh keluarga itu kemudiannya akan menjalani sesi terapi bersama melalui pakar terapi keluarga dan pakar psikologi.

Rekindle Centre for Systemic Therapy
42-2 Jalan 25/70A, 
Desa Sri Hartamas, 50480 KL.
+603-6201 7488 or +6019-369 8519
enquiries@rekindletherapy.com
http://rekindletherapy.com/



3. Institusi Berasaskan Komuniti atau Volunteer

A. Grace Community Services

Di sini mereka menjalankan Birthright, iaitu perkhidmatan sokongan dan kaunseling buat kaum ibu yang tidak berkahwin untuk menggalakkan mereka meneruskan kandungan sehingga proses kelahiran dan terus menjaga anak mereka. Usaha ini banyak membantu mengurangkan kemurungan dan gejala b*nuh diri di kalangan gadis yang hamil luar nikah. Pusat komuniti ini juga berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan telah membantu lebih 800 ibu yang tidak berkahwin dari pelbagai latarbelakang sepanjang kandungan mereka.

Grace Community Services
No. 7, Jalan Dendang 1, 
Kawasan 16, Berkeley Town Centre, 
Klang 41300, Selangor.
+603-33414044 or +603-33414055
inquiry@gracecommunityservices.my
www.gracecommunityservices.my
https://www.facebook.com/Grace-Community-Services-128107253928755/

B. Befrienders KL

Kumpulan sukarelawan Befrienders telah menjadi tempat perlindungan buat masyarakat sejak tahun 1970. Dengan bantuan profesional daripada ahli psikiatri dan psikologi, mereka memberikan bantuan dan sokongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa prejudis. 


Sama ada kalian kesunyian, mempunyai perasaan untuk memb*nuh diri atau sekadar memerlukan seseorang untuk berbual, boleh terus dapatkan sokongan emosi daripada tiga cabang Befrienders iaitu menerusi talian telefon hotline 24 jam setiap hari, bersemuka melalui janji temu yang telah ditetapkan terlebih dahulu, atau emel sahaja kepada mereka.

Befrienders KL
95 Jalan Templer, Petaling Jaya,
46000 Selangor.
+603-76272929 
sam@befrienders.org.my or admin@befrienders.org.my
https://www.befrienders.org.my




4. Bantuan Sokongan Melalui Talian Hotline

A. All Women’s Action Society (AWAM) – Telenita

Mangsa gangguan dan penderaan seksual serta keganasan rumah tangga boleh mendapatkan bantuan daripada AWAM. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma dan AWAM menggunakan khidmat sukarela kaunselor pelatih yang sedang dalam peringkat Ijazah Sarjana untuk memberikan kaunseling dan sokongan emosi. 

Badan ini juga bekerjasama dengan Pusat Bantuan Guaman KL & Selangor dalam menyediakan khidmat nasihat guaman secara percuma. Selain daripada itu, mereka turut menjadi pusat rujukan buat mangsa yang memerlukan perkhidmatan daripada organisasi lain seperti pusat perlindungan dan terapi keluarga.

Telenita AWAM
85, Jalan 21/1, Sea Park, 
Petaling Jaya, 
46300 Selangor.
+603-7877 0224
telenita@awam.org.my or awam@awam.org.my
https://www.awam.org.my/
cara mendapatkan rawatan di hospital kerajaan

B. Talian Kasih

Talian Kasih menyediakan perkhidmatan kecemasan untuk mereka yang menderita akibat didera, diabaikan atau keganasan rumah tangga. Mereka juga menyediakan khidmat kaunseling melalui talian hotline. Selain itu , Talian Kasih turut memberikan sokongan untuk ibu tunggal, miskin dan cacat atau kurang upaya.

Talian Kasih 15999
taliannur@kpwkm.gov.my
http://www.lppkn.gov.my/index.php/talian-nur.html
https://www.facebook.com
Talian-Kasih-15999-626443040869224/
cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan

C. Women’s Aid Organisation (WAO)

Jika kalian sedang didera oleh pasangan dan memerlukan perlindungan serta sokongan, bolehlah mendapatkan bantuan dari WAO. Sejak ditubuhkan pada tahun 1982, organisasi ini telah memberikan perlindungan dan kaunseling secara percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga dan kes dera.

Women’s Aid Organisation
+03-7956 3488 / +6018 988 8058 (Whatsapp atau SMS)
womensaidorg@gmail.com
https://wao.org.my/
cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan

Walaubagaimanapun, senarai ini tidak muktamad dan butiran mungkin tertakluk kepada perubahan. Jika kalian mempunyai info dan maklumat mengenai mana-mana pusat atau kumpulan sokongan mental yang lain, sila emel kepada penulis dan maklumat tersebut akan ditambah dari masa ke semasa. 

Akhir kalam, suka Mamy nak mengingatkan semua pembaca bahawa Mamy Syu ini bukanlah doktor atau pengamal psikiatri. Mamy cuma seorang single mom of 3 kids yang juga penderita MDD dan anxiety related to PTSD yang masih lagi juggling the demands of my family with my mental health problem and everything in between. Serius tak mudah!!

Kadang-kadang kita berkongsi bukan sebab nak tunjuk kita pandai, tapi dengan berkongsi, kita boleh healing sama-sama, serta cuba untuk lebih menghargai hidup dan insan di sekeliling. Semoga dengan perkongsian ini, lebih ramai lagi akan cakna dan aware tentang kesihatan mental masing-masing, dan peka terhadap kesihatan mental insan tersayang yang berada di sekeliling kita.

cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan
#KesihatanMental #MentalHealth #SuicidePrevention #ReachOut

Happiness is our choice. If you want to be happy, learn to accept failures, pains, disappointments and all negative aspects in life, forgive yourself , and forgive those who gives you that pains. 

Move on and love ureself.. Pray, pray harder, coz God's destined you, to be stronger ,to be tougher, coz, He has something prepared for u.

I know how it feels to be depressed, mentally illed coz I've been there... Since, I surrendered it fully to my God,Allah...all become smoothly falling in places.. I , forgot the feeling of pain and hurt. 

Believe me, its just calmness and peace.. it's all in process, and until now, im still healing myself.

Love,
Mamy Syu


Sumber & rujukan : 
“Laporan Teknikal Prestasi Penjagaan Kesihatan Mental Malaysia 2016” oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Disember 2017, [i]
“Tanda-Tanda Amaran Penyakit Mental” oleh Ranna Parekh M.D., M.P.H., Julai 2018, [ii]
“Penyakit Mental dan Keluarga: Mengenali Tanda-Tanda Amaran dan Cara Untuk Menanganinya” oleh Kesihatan Mental America, [iii]
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2009). 20 Mei. [iv]
Larson, J.E., & Corrigan, P. (2008). The stigma of families with mental illness. Academic Psychiatry: the Journal of the AmericanAssociation of Directors of PsychiatricResidency Training and the Association for Academic Psychiatry, 32(2), 87-91

Catat Ulasan

0 Ulasan