5 Jenis Nafkah Anak Bapa Sering Culas Lepas Cerai

Māmy Syu
0

Wah wah ayah kau, bila dah nak bernikah baru, tiba-tiba nafkah anak pun berkurang, silap-silap terus buat-buat lupa sebab sibuk menanggung nafkah anak tiri je. Nak ambil hati isteri baru la katakan. Tapi benda ni selalu ditutup sebelah mata oleh bapa setelah bercerai. Waris sebelah bapa seperti datuk, nenek dan adik beradik bapa itu sendiri pun bersepakat mendiamkan diri bila nafkah anak diabaikan oleh lelaki ini, biarpun mereka mengetahuinya.

nafkah anak lepas cerai

Apabila jumlah nafkah anak selepas cerai dikurangkan, orang tua sebelah bapa sepatutnya menasihati anak mereka agar lebih bertanggungjawab menafkahi anak mereka selepas bercerai. Namun apa yang berlaku, mak ayah dan adik beradik semua bersubahat dengan dosa culas anak dan saudara mereka. 

nafkah anak lepas cerai

Inilah realiti sekarang yang berlaku. Keluarga sebelah lelaki bukan nak campur tangan demi nak memperbetulkan keadaan, malah kalau ada pun campur tangan, adalah untuk mengeruhkan lagi keadaan.

nafkah anak lepas cerai

"Bekas isteri kau tu dah kahwin baru dengan lelaki kaya, biar je lah!"

"Tu, duit nafkah tu baik kau bagi mak je, daripada kau bagi ex kau dia yang joli duit kau, bukan dapat kat anak kau"

nafkah anak lepas cerai

Begitulah beberapa contoh "campur tangan" keluarga yang hanya sekadar nak mengeruhkan lagi keadaan.

nafkah-anak-selepas-cerai,bapa tak bayar nafkah anak,ayah tak bertanggungjawab tak bayar nafkah anak,bapa culas nafkah anak,hukum culas nafkah anak

Apakah yang Dimaksudkan dengan Nafkah?

Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak-anak serta orang di bawah tanggungannya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan dan perubatan.


Siapakah yang Wajib Menanggung Nafkah Anak?

Seorang bapa WAJIB menanggung nafkah anaknya. Jika bapa tiada, atau bapa cuai mengadakan peruntukan nafkah dengan munasabah bagi anak-anaknya, maka tanggungan akan berpindah mengikut susunan tertib wali.


Apakah Faktor yang Dipertimbangkan dalam Penentuan Kadar Nafkah Anak?

Ada tiga faktor dalam penentuan kadar nafkah. Pertama, pendapatan dan tanggungan pihak yang kena tuntut. Kedua keperluan anak-anak. Ketiga, umur anak-anak.


Berapa Lama Tempoh Perintah nafkah Anak Berkuatkuasa?

Secara umumnya, perintah nafkah anak berkuat kuasa sehingga usia anak 18 tahun; atau sehingga suatu tempoh yang diarahkan mahkamah. Bagi anak perempuan pula, perintah nafkah tersebut berkuatkuasa selagi anak itu belum berkahwin.


Tak adil potong nafkah anak sebab nak kahwin lain.

Baiklah tanpa berleter panjang lagi, jom Mamy kongsikan penulisan dari seorang Peguam Syarie, Fahmi Ramli yang dipetik dari Facebook. Mamy tertatrik nak share penulisan beliau sebab ia berjaya creating awareness mengenai pemberian nafkah anak yang dikurangkan selepas si bapa nak berkahwin semula selepas perceraian. 

nafkah anak lepas cerai

Jom skrol ke bawah dan BACA SAMPAI HABIS TAU!

bapa culas nafkah anak selepas bercerai

Tak adil potong nafkah anak sebab nak kahwin lain. Banyak bapa yang masih belum ‘aware’ tanggungjawab menafkahi anak bukan terlepas kepada ibu khususnya, bila berlaku perceraian. Tapi, ada juga isu yang lebih ‘worse’ atau lebih teruk.

nafkah anak lepas cerai

Bila seorang ayah yang masih dalam perkahwinan, cuba ‘cut off’ perbelanjaan wajib ke atas anak hanya semata-mata nak kahwin lain. Maksudnya, dia nak poligami, tapi catu hak anak.

nafkah anak lepas cerai

Asalnya ada tanggung belanja ‘tuition’ anak, kemudian potong. Asalnya ada bagi nafkah sebulan RM1000, tapi bila nak kahwin lain, potong bagi jadi RM500 sebulan.

nafkah anak lepas cerai

Ini termasuklah bagi kes pasangan yang dah berlaku perceraian. Asalnya boleh bagi nafkah anak setiap bulan, tetapi, hanya disebabkan nak kahwin lain, belanja nafkah anak pun dikurangkan sebab nak pikul nafkah isteri baru.

nafkah anak lepas cerai

Pada saya, nafkah anak tetap wajib dan tak sepatutnya dipotong atau dikurangkan. Sebelum ini boleh sahaja bayar Tadika Swasta. Tapi lepas cerai, tiba-tiba nak daftar sekolah biasa sebab nak kahwin lain

nafkah anak lepas cerai

NAFKAH ANAK SELEPAS CERAI ATAU KAHWIN BARU YANG BAPA SERING KURANGKAN

Ada 5 jenis nafkah anak yang selalu bapa kurangkan bila berlaku perceraian atau berkahwin lain:

nafkah anak lepas cerai

1. TEMPAT TINGGAL

Biasanya hak jagaan anak selepas cerai akan diletak dibawah ibu. Tapi, banyak bapa yang pentingkan hal nafkah tempat tinggal ini sebabnya, bekas isteri tinggal bersama anak tersebut.

Memang bekas isteri tak perlu ditanggung nafkah tempat tinggal, tapi sekurang-kurangnya hulur lah juga duit belanja untuk anak tersebut. Hal ini kerana, anak itu juga akan guna elektrik dan air di rumah, bukan bekas isteri sahaja.

nafkah anak lepas cerai

2. MAKAN MINUM

Sepatutnya, kita semua cakna harga makan minum sekarang makin naik. Hinggakan ada inisiatif kerajaan untuk ‘Menu Rahmah RM5’. Maksudnya secara tak langsung nak tunjukkan, sekali makan sahaja paling minimum pun RM5.

Kalau sehari tiga kali makan pun sudah RM15. Kalau sebulan RM450. Macam mana ada bapa yang berfikiran makan minum untuk seorang anak cukup kalau RM200 sebulan.

Apakah si bapa ini nak suruh anak berpuasa dan dia boleh kahwin baru dengan aman?

nafkah anak lepas cerai

3. PAKAIAN RAYA

Kadang-kadang baju raya yang setahun sekali pun tak disediakan. Kalau ada pun jenuh minta, macam-macam alasan. Belum kira lagi pakaian harian.

Kena ingat, pakaian ini bukan baju sahaja. Ubat gigi, sabun, bedak semua tu pun pakaian wajib. Tapi banyak juga yang dilepas pandang. Kalau bagi alasan kata baju raya sekarang mahal dan tak mampu nak beli, sekurang-kurangnya beli lah setakat yang mampu.

Hairannya, bila cakap tak mampu tapi time raya, banyak pula bapa yang pakai ‘menghebat’. Baju dia tak nak kalah. Sepasang Bulan Bintang raya pertama, sepasang lagi Elrah raya kedua.

nafkah anak lepas cerai

4. KEPERLUAN SEKOLAH

Yang ini paling banyak kena ‘sunat’. Anak sedang sekolah agama elok-elok yang sebelum ini bapa boleh bayar, tiba-tiba nak hantar ke sekolah biasa sebab sudah tak mampu bayar.

Kalau isunya bapa itu kena potong gaji ke atau ada isu kecemasan tertentu mungkin boleh diterima. Yang tak boleh nak hadam bila kahwin lain dan kemudian tanggung nafkah anak tiri.

Barang sekolah dan yuran sekolah anak sendiri, si ibu tanggung konon bapa ada liabiliti baru.

nafkah anak lepas cerai

5. MEDICAL CARD & SAVING

Sebelum ini sangat ‘aware’ tentang keperluan insurans kesihatan dan simpanan masa depan anak. Tak pernah ‘miss’ untuk bayar secara bulanan.

Dia tahu kalau jadi apa-apa kepada anak, akan ada perlindungan kesihatan. Sudahlah kos perubatan dan kesihatan semakin meningkat.

Bila sudah bercerai, itulah perkara yang pertama bapa itu akan lakukan. Potong insurans dan simpanan Takaful anak. Kalau bekas isteri nak potong, fahamlah sebab bekas isteri. Alasan nak kahwin lain, boleh je hantar anak ke hospital kerajaan.

nafkah anak lepas cerai

INGATLAH! BERPISAH DENGAN ISTERI BUKANNYA BERCERAI ANAK

nafkah anak lepas cerai

Sebenarnya ada banyak lagi yang selalu dipotong berkaitan dengan belanja nafkah anak ini. Khususnya bila si bapa bercerai dengan ibu atau si bapa nak berkahwin lain.

Ingatlah, tanggungjawab nafkah anak ini sangat penting dalam Islam. Kita boleh berpisah dengan isteri, tapi sama sekali tidak akan bercerai dengan anak.

nafkah anak lepas cerai

Sangat zalim dan tidak adil seorang bapa nak ‘potong’ atau ‘sunat’ perbelanjaan nafkah anak sedia ada, hanya semata-mata nak kahwin lain. Boleh kalau nak kahwin, tiada masalah. Cuma syaratnya, bukan potong perbelanjaan tapi cari lebihan pendapatan. 

nafkah anak lepas cerai

Penulis Asal: Fahmi Ramli, Peguam Syarie,Facebook 

nafkah anak lepas cerai

Post a Comment

0 Comments

Please Select Embedded Mode To show the Comment System.*

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!