Advertisement

Cara Mengeluarkan KWSP Taraf Berpencen 2023

keluar duit kwsp selepas 3 tahun
Cara Mengeluarkan Wang Simpanan Pekerja, EPF | Kebetulan Syu dah tamat pemotongan KWSP dalam slip gaji, so sekarang ni tengah berkira-kira lah nak mengeluarkan tabungan tu haha. Pantang ada duit kan? pengeluaran kwsp taraf berpencen   
cara pengeluaran kwsp 2022, cara pengeluaran kwsp 2022 one off cara pengeluaran kwsp 2022 terkini
cara pengeluaran kwsp 2022, cara pengeluaran kwsp 2022 one off cara pengeluaran kwsp 2022 terkini,cara keluar duit kwsp, pengeluaran-kwsp-taraf-berpencen
cara pengeluaran kwsp 2022, cara pengeluaran kwsp 2022 one off cara pengeluaran kwsp 2022 terkini



Well, bagi yang berkerja dalam sektor awam, selepas kelayakan taraf berbencen telah diberikan (biasanya paling awal pun 3 tahun berkhidmat), caruman EPF atau KWSP akan diberhentikan. Sebab apa?
pengiraan pengeluaran kwsp taraf berpencen
Iya lah. Kalau kita dah memilih skim pencen, maka kita akan dapat duit pencen saja lah, KSWP kita takkan dapat dah bila kita bersara nanti. 
keluarkan KWSP Taraf Berpencen
Kecuali kalau kita memang memilih skim KWSP, so caruman KWSP anda akan terus berjalan sehingga umur minimum pengeluaran iaitu 50 tahun.(err kalau tak silap)
pengiraan pengeluaran kwsp taraf berpencen
Jadi, kali ini, Syu nak cerita lah sedikit sebanyak tentang bagaimana untuk membuat permohonan pengeluaran duit KWSP ini. Berikut adalah cara bagaimana nak membuat pengeluaran duit EPF.

Cara Mengeluarkan KWSP Taraf Berpencen

1. Menerima Surat Pemberian Taraf Berpencen

Setelah cukup masa perkhidmatan, anda akan menerima surat Pemberian Taraf Berpencen daripada SPA atau SPP, bergantung kepada badan mana yang melantik anda dahulu. 
pengeluaran kwsp terkini
Kalau anda pendidik, SPP atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran lah yang akan mengeluarkan Surat Pemberian taraf berpencen kepada anda. Dan begitu juga sekiranya anda di bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, maka surat anda akan dikeluarkan oleh SPA.
borang pengeluaran kwsp taraf berpencen
Syarat utama pengeluaran duit EPF adalah dengan mengemukakan Surat Pemberian Taraf Berpencen ini lah. Selepas menerima surat ini, barulah anda boleh buat permohonan pengeluaran.


2. Borang Pengeluaran KWSP

Borang Permohonan 9J-(AHL) dan Lampiran A | Bagi yang mempunyai masalah cip MyKad yang gagal berfungsi, anda perlu mengisi Borang 9J secara manual. Borang ini boleh didapati secara atas talian di www.i-Akaun KWSP
Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP
Siapa yang masih belum mendaftar akaun KWSP online, sila lah berbuat demikian dengan kadar yang segera. Senang nak check penyata dan kemaskini maklumat penama, alamat surat-menyurat dan sebagainya.
keluar duit kwsp selepas 3 tahun
pengeluaran duit kwsp | cara untuk mengeluarkan wang simpanan kwsp, macam mana nak keluarkan duit kwsp
Pengeluaran KWSP sambung belajar
Seterusnya muat turun Lampiran A, dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Jangan lupa dapatkan tanda tangan ketua jabatan ye. Lampiran A perlu ada pengesahan dari bos dan dicap dengan cop rasmi jabatan. Rujuk gambar di bawah.

borang pengeluarkan kwsp taraf berpencen
Ini adalah Lampiran A. Print dahulu dan isi secara manual. Nak taip guna komputer pun boleh.

Kalau MyKad anda tak mempunyai masalah, dan boleh dibaca oleh alat pengimbas dekat kaunter KWSP, anda boleh buat pengeluaran dengan mudah tanpa perlu isi borang 9J tadi. Pengeluaran yang hassle-free katanya ahaks. So, kalau nak senang, better anda pastikan MyKad anda dalam keadaan baik sebelum berurusan di kaunter KWSP.


3. Surat Pengesahan Perlantikan

Pastikan juga anda ada surat pengesahan lantikan. Ingat, surat lantikan ye, bukan pengesahan dalam jawatan ye. Kedua-dua ini tak sama tau. surat lantikan adalah surat pertama kita mendapat lantikan dan ditempatkan untuk berkhidmat. Bahasa mudah nya, orang selalu sebut 'surat posting'.
Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

4. Dokumen sokongan yang diperlukan

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama ketika hendak membuat permohonan adalah seperti berikut ::

    1. Surat lantikan (ori dan fotokopi)
    2. Surat pemberian berpencen (ori dan fotokopi)
    3. Borang 9J dan Lampiran A 
    4. Slip gaji terkini
    5. Salinan buku bank pilihan untuk dikreditkan duit.
Pengeluaran KWSP Untuk bina rumah

5. Hantar Ke Kiosk KWSP Berdekatan

Setelah dokumen tadi disediakan, boleh terus ke kaunter KWSP yang berhampiran untuk di hantar dan buat permohonan. Masa yang diambil hanya beberapa minit sahaja. 
faedah persaraan skim kwsp selepas bersara
Pegawai di kaunter memaklumkan, duit tersebut akan di kreditkan ke akaun dalam tempoh sehingga 21 hari bekerja. Eh, tiba-tiba dalam 15 hari berkerja gitu je duit dah ada dalam bank. Allah~ Syukur nya. 
cara keluarkan duit kwsp online
Apa lagi. Open table jom! haha
cara keluarkan duit kwsp i akaun
pengeluaran KWSP 10 ribu 2022

6. Penyata Perlepasan caruman Kerajaan

Penyata perlepasan ini akan anda terima setelah pemotongan EPF dalam slip gaji telah diberhentikan. Namun jika anda membuat pengeluaran sebelum potongan KWSP diberhentikan, anda hanya akan menerima surat ini setelah pengeluaran dibuat. 
keluar duit kwsp akaun 1
Selepas transaksi duit berjaya dipindahkan ke akaun bank anda, anda akan menerima penyata pelepasan caruman kerajaan yang dihantar terus ke alamat semasa yang anda bekalkan kepada KWSP.
Cara-cara keluarkan duit KWSP

Pengiraan Bayaran KWSP Taraf Berpencen Pekhidmat Awam

Selepas mendapat taraf berpencen daripada JPA (selepas 3 tahun), pekhidmat awam boleh membuat pengeluaran penuh caruman KSWP. Namun seberapa banyak yang boleh dikeluarkan?

Walaupun ia disebut sebagai pengeluaran penuh 100% tapi ia bukan beerti kesemua jumlah tabungan KWSP kita boleh dapat. Sebagai penjawat awam, kita hanya akan dapat baki simpanan KWSP selepas pengembalian syer kerajaan.

Kalau anda memilih option caruman 9% maka jumlah yang bakal diterima adalah 45% daripada jumlah keseluruhan simpanan.

**note: sejak 2018 caruman pekerja diberi pilihan 9% atau 11% manakala caruman .ajikan 13%

Contoh : 
   [jum.Ak 1 + jum.Ak 2]
   RM 21,000 - RM 9,000
= RM 30,000.00

45% x 30,000 = 13,500 (jum. yang diperolehi)

Penyucian Duit KWSP Perlu Dilakukan.

Akhir sekali, setelah menerima wang simpanan anda, jangan lupa untuk membersihkan hasil/dividen dari simpanan anda ini. Ini perlu dilakukan demi keberkatan rezeki kita. Pun, tindakan membersihkan simpanan KWSP ini hanya untuk individu yang tidak memilih option Simpanan Shariah. 
Salinan Opsyen bagi Skim KWSP
Bagi yang memang sudah bertukar kepada Skim Simpanan Shariah (diperkenalkan tahun 2015), menurut fatwa anda tidak perlu lagi untuk melakukan pembersihan wang ini

i) Cara bersihkan Dividen Haram/Syubhah

pengiraan syer kerajaan kwsp
Nilai RM yang perlu dibersihkan = 70% x jum dividen  
(jum dividen yang layak dikeluarkan ahli - rujuk penyata pelepasan caruman kerajaan)

Contoh: 70% x RM 933.80
                       = RM 653.66


ii) Cara mengeluarkan zakat (sekiranya jumlah pengeluaran melebihi kadar NISAB semasa)

Bagi yang jumlah keluarannya lebih dari nilai nisab semasa, berikut cara kiraan untuk mendapatkan jumlah yang perlu dizakat kan.
tempoh surat Pemberian Taraf Berpencen
 Jumlah zakat yang perlu dibayar = 2.5% x [jum.Keluaran - Nilai di (i) tadi]

Contoh : 
   [jum.Keluaran - Nilai di (i) tadi]
   RM 20,975.16 - RM653.66
= RM 20,321.50

  [Jumlah zakat yang perlu dibayar]
  2.5% x RM 20,321.50
= RM 508.04

   
Kadar nisab semasa perlu rujuk Majlis Agama Islam di negeri tempat anda bertugas, bukan negeri asal / kampung halaman anda ye. Contoh, Xu mencari rezeki di Perak, jadi kena rujuk jadual nisab bagi negeri Perak. Maklumat ni, di lawan web MAIPk pun ada.
tempoh surat Pemberian Taraf Berpencen
pengeluaran duit kwsp | cara untuk mengeluarkan wang simpanan kwsp
Paling latest, nilai simpanan yang perlu dikeluarkan zakat adalah RM 13,539.15

Nota: Ada khilaf mengatakan duit yang dikeluarkan dari KWSP ni tak perlu zakat sebab ianya masih belum cukup tempoh setahun berada 'dalam tangan' kita. Wallahua'lam. Untuk lebih detail, sila rujuk kepada ahlinya.
cara keluarkan duit kwsp online
Semoga bermanfaat. Dimana ada salah silap Syu dalam penulisan, mohon betulkan di ruangan komen ya. Mohon jangan segan jangan silu untuk menegur kesilapan saya.
pengeluaran khas kwsp 2022


Catat Ulasan

36 Ulasan

  1. Tanpa Nama19:15

    Tq for sharing. Cuma nak tanya yg bahagian pengembalian syer kerajaan selepas diberi taraf perpencen tu la puan, disebabkan ada i-lestari, i-citra sblum ni. Adakah dia akan kira balance amaun kwsp yg ada dlam akaun 1 & 2 kita sahaja then tolak 45%? Atau dia akan kira potongan dari mula kita start berkhidmat dgn kerajaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 45% tu akan termasuk juga lah yg pernah dikeluarkan.

      Padam
  2. Kalau tidak silap saya...bermula kite berkhidmat kerajaan bertaraf tetap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama20:16

      Mknanya, nilai 45% bkn la kot kn? Sbb sblm krjn kerja swasta..

      Padam
  3. Tanpa Nama10:02

    Terima kasih atas post ini. Sangat membantu. Saya dah buat permohonan pengeluaran hari ini. :)

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama15:32

    Maksudnya sekiranya telah diberi taraf berpencen, maka bahagian kwsp yg perlu dikembalikan kepada kerajaan adalah 55% daripada jumlah akaun 1&2, betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita pilih potongan 9%, so ya.

      Padam
    2. Nadia20:15

      Tumpang tanya. Kalau sebelum tu kita kerja swasta? Tolak45%? Sbb ada yg kata tolak duit yg start kerja krjn je..

      Padam
  5. Caruman 9% tolak sebanyak 45% dari akaun 1 + akaun 2
    Kalau caruman 11% berapa ya kena tolak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama21:00

      Aah nak tahu juga kalau 11% berapa % akan dapat

      Padam
  6. Tanpa Nama13:39

    Terima kasih atas perkongsian dan penerangan. Sangat membantu 😊

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama10:27

    nak tanya, kalau dapat surat PTB tapi KWSP belum putus adakah lebih tunggu putus dulu? atau boleh submit. ada dengar cerita orang lama nnt tak dapat semua?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah betui2. Mamy pun pernah dpt nasihat daripada senior. Macam tu jugak la katanya. Better tunggu berhenti potong KWSP dulu dlm slip gaji tu

      Padam
  8. awannano22:23

    salam. klo kwsp dah stop potong dr payslip, perlu urus dgn phk epf dgn kadar segera atau kita diberi tempoh tertentu utk uruskan pengeluarkan duit kwsp?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama21:33

      Tak silap pegawai kwsp tu cakap, duit mesti dituntut dalam tempoh 2 tahun selepas berhenti bayar. Sebab kalau x tuntut dalam 2 tahun selepas berhenti bayar, duit tu masuk dalam pencen nanti, seingat saya la

      Padam
  9. Tanpa Nama16:51

    Berapa lama untuk tunggu dapat surat pemberian taraf berpencen tu selepas isi borang cukup 3 tahun tu?

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama21:07

    assalamualaikum nak tny contoh sblm bekerja dgn kerajaan, kita pernah bekerja dgn sektor swasta..jadi jumlah keseluruhan yg kerajaan akan potong tu tmasuk simpanan kwsp kita semasa kerja swasta ke? or dikira utk 3 tahun tu shj..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama16:55

      Dlm tempoh 3 tahun saja. Selebihnya dia bagi full kalau ada dgn swasta

      Padam
  11. Tanpa Nama00:35

    Maaf nak tanya… kalau perna keluarkan icitra,ilestari, isinar dan pengeluaran khas mcmna …baki kwsp hanya tinggal 15k… brpa syer majikan perlu di kembalikan?

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama19:24

    Nak tnya sy dah kluarkan duit tu 2013 tp ni sy tgk dlm akaun 1 ada duit lagi rm1695, boleh ambil ke? Akaun 2 mmg kosong

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama16:14

    Asalamualaikum mohon penjelasan sis ,erm kawan saya dh buat mcm ni smua dh, so dia kata yg pngeluaran khas 10k tu termasuk jugak potongan haa mksud dia kira hutang , betul ke? Maaf la klau pertanyaan sya kurang jelas

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama08:51

    Boleh ke duit kwsp yg dpt ni…tranfer semua ke ASB bukan ke akaun bank

    BalasPadam
  15. Sunyisepi23:52

    Nak tanya .. sebelum kerja kerajaan .. majikan ada carum.. adakah ditolak juga?

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama01:48

    Nak tanya, kalau saya dah keluarkan kwsp masa pengeluaran khas 10k tu, and then saya terminate kwsp untuk skim taraf berpencen. So, soalan saya dalam balance kwsp tu kita akan dapat berapa ye dan kwsp akan kenekan denda tak pasal keluarkan 10k sebelum ambil taraf berpencen

    BalasPadam
    Balasan
    1. KONSEP PENGIRAAN AWAL SYER KERAJAAN

       Jumlah caruman bagi tempoh wajib mencarum semasa berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam perlu diasingkan. Caruman pekerja akan dikekalkan di akaun ahli dan caruman majikan kerajaan akan dipindahkan ke Akaun Syer Kerajaan. Amaun di Akaun Syer Kerajaan akan dihantar ke Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) apabila ahli bersara dari perkhidmatan awam. Sekiranya terdapat caruman yang diterima daripada majikan swasta sebelum, semasa dan selepas tempoh wajib ini, caruman tersebut juga akan dikekalkan di akaun KWSP ahli.

       Sekiranya terdapat kesilapan dalam maklumat tempoh perkhidmatan di dalam Lampiran A dan bahagian syer kerajaan telah diasingkan ke Akaun Syer Kerajaan, KWSP tidak akan membuat pengiraan semula. Pelarasan akan hanya dibuat apabila ahli bersara (setelah pengiraan akhir syer kerajaan dibuat).

       Dalam keadaan di mana ahli didapati terhutang dengan kerajaan (sebahagian syer kerajaan telah terambil melalui pengeluaran sebelum ini), kerajaan akan mendapatkan semula jumlah yang terhutang itu melalui potongan ganjaran dan/atau pencen bulanan ahli semasa bersara kelak.

      Padam
  17. Tanpa Nama07:45

    Saya pernah bekerja di sektor sawata selama 20 tahun baru saya dapat bertugas sebagai penjawat awam, selepas mendapat surat sah jawatan dan berpencen, bagaimana dgn simpanan kwsp saya 20 tahun sebelumnya di sektor swasta?... Dpt dikeluarkan di acc 1&2 atau simpanan di akaun 2 saja? .

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama12:51

    Bukankah penolakan 45% tu bermula 3tahun terakhir dari tempoh sah jawatan?contoh 10tahun bkhidmat hingga skrg tp yg potong 55% tu hanya 3tahun terakhir

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama15:12

    salinan penyata bank perlu disahkan oleh bank ke?

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama18:38

    Kebiasaanya berapa bulan masa diambil untuk kwsp stop potong dari gaji setelah dapat surat PTB

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama22:13

    nak tanya sis, saya dah buat permohonan pada jumaat lepas, then bila saya check , permohonan dah diluluskan tpi terima bayara kepada KWAP, adakah saya tidak dapat duit saya ?

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama15:17

    Berapa lama tempoh dari dapat PTB untuk keluar kan tu? Sbb ada dengar kalau PTB dah lebih 2 tahun tak boleh keluarkan dah jadi akan kekal dlm kwsp

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama08:09

    assalamualaikum puan...nak tanya mcm pihak pengurusan jabatan saya mereka kata tiada potongan baru boleh buat pengeluaran kwsp

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama10:47

    Terima kasih atas perkongsian. Nak tnya sikit, tandatangan ketua jabatan untuk guru sekolah rendah siapa? guru besar atau PPD? klau logiknya guru besar tpi PTJ under PPD

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama19:31

    45% tu untuk yg pernah kerjaa kerajaankan sblm memilih taraf berpencen

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama17:59

    Terima kasih atas perkongsian. Sekira kita dapat PTB bulan 5 maka bulan still ada pemotongan ke??

    BalasPadam
  27. PENGIRAAN AWAL SYER KERAJAAN (Pre-PEN)

    TUJUAN
    Pengiraan Awal Syer Kerajaan ini membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah diberikan taraf pekerja berpencen yang berumur 55 tahun, melaksanakan permohonan pengiraan awal Syer Kerajaan sebelum umur persaraan bagi mengurangkan risiko terambil bahagian Syer Kerajaan (terhutang).

    KELAYAKAN MEMOHON
    i. Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan
    Perkhidmatan Awam (JPA);
    ii. Ahli mencapai umur 55 tahun;
    iii. Ahli ialah warganegara Malaysia;
    iv. Belum pernah membuat Pengeluaran Pekerja Pencen (SPPB) atau Pesara Pilihan(SPP)

    KONSEP PENGIRAAN AWAL SYER KERAJAAN
     Jumlah caruman bagi tempoh wajib mencarum semasa berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam perlu diasingkan. Caruman pekerja akan dikekalkan di akaun ahli dan caruman majikan kerajaan akan dipindahkan ke Akaun Syer Kerajaan. Amaun di Akaun Syer Kerajaan akan dihantar ke Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) apabila ahli bersara dari perkhidmatan awam. Sekiranya terdapat caruman yang diterima daripada majikan swasta sebelum, semasa dan selepas tempoh wajib ini, caruman tersebut juga akan dikekalkan di akaun KWSP ahli.

     Sekiranya terdapat kesilapan dalam maklumat tempoh perkhidmatan di dalam Lampiran A dan bahagian syer kerajaan telah diasingkan ke Akaun Syer Kerajaan, KWSP tidak akan membuat pengiraan semula. Pelarasan akan hanya dibuat apabila ahli bersara (setelah pengiraan akhir syer kerajaan dibuat).

     Dalam keadaan di mana ahli didapati terhutang dengan kerajaan (sebahagian syer kerajaan telah terambil melalui pengeluaran sebelum ini), kerajaan akan mendapatkan semula jumlah yang terhutang itu melalui potongan ganjaran dan/atau pencen bulanan ahli semasa bersara kelak.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y