Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Kakitangan Kerajaan (LPPSA)

proses permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan
Ramai rakan-rakan staf di jabatan kerajaan yang Syu bertugas sekarang ini riuh bertanya tentang prosedur atau cara-cara pembelian rumah menggunakan LPPSA. Terasa seakan-akan pesta membeli rumah secara beramai-ramai pula kaedahnya hahaha. 

Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Kakitangan Kerajaan (LPPSA)

Syu nampak ini merupakan impak positif terhadap usaha kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk merancakkan semula pasaran hartanah pasca pandemik COVID-19.
PEMBIAYAAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM KERAJAAN
Dalam nak menjawab persoalan-persoalan mereka tentang LPPSA, Syu jadi terfikir ada kemungkinan masih ramai yang tak mengetahui tentang pinjaman perumahan kerajaan yang telah dicipta khas untuk penjawat awam ini. Berdasarkan laporan berita pun dikatakan masih ramai penjawat awam yang belum memiliki kediaman sendiri.
syarat pinjaman ubahsuai rumah lppsa 
Sedih kan?
pengiraan loan rumah lppsa
Namun, insentif berupa pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama bawah RM500K telah dimumkan dalam Bajet 2021 selepas negara menyaksikan kemerosotan pada transaksi hartanah kediaman dalam dua tahun kebelakangan ini.
semak kelayakan lppsa
Insentif ini memberikan penjimatan sekurang-kurangnya 10% kepada pembeli yang mengidamkan rumah pertama mereka dan seharusnya peluang ini segera direbut sebelum harga naik semula menjelang Disember 2025 nanti!
kos guaman beli rumah
Baik, berbalik semula cerita kita tentang loan perumahan kerajaan, LPPSA.
pengalaman beli rumah pertama
Memandangkan masih ramai pegawai khidmat awam yang masih kabur tentang loan kerajaan ini, jadi hari ini mamy nak ulas dengan jelas tentang takrifan LPPSA, manfaat daripada pinjaman LPPSA, bagaimana prosedur memohon pinjaman ini dan apakah kelayakan yang diwajibkan bagi pemohon. 
kos guaman beli rumah pertama

Apa itu LPPSA ?

LPPSA telah ditubuhkan sejak tahun 2016. Sebelum ini badan yang menguruskan pinjaman perumahan ini adalah di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Bermula tahun 2016 BPP telah dinaiktaraf ke Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA). 
Kos Beli Rumah Subsale Di Malaysia Kos Membeli Rumah
LPPSA merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan pembiayaan perumahan bagi penjawat awam. 

Terdapat tujuh jenis pinjaman yang disediakan oleh LPPSA, iaitu:

    1. Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
    2. Membina rumah di atas tanah sendiri
    3. Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
    4. Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
    5. Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
    6. Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
    7. Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman
proses permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Manfaat Skim Pinjaman Perumahan LPPSA

    • Margin pembiayaan sehingga 100% (full loan)
    • Kadar faedah rendah sekitar 4%
    • Peminjam layak untuk mohon pembiayaan kedua jika yang pertama selesai bayar
    • Ansuran bulanan dihadkan pada 50% gaji pokok sahaja (dapat elak keterhutangan melampau)
    • Tempoh bayaran balik panjang (300 - 360 bulan)
    • Had umur maksimum sehingga 90 tahun
    • Faedah dikenakan atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan. Maka faedah akan berkurangan setiap bulan
    • Untuk rumah atas tanah yang baru, peminjam tak perlu membuat bayaran balik sehingga rumah siap 100%
    • Boleh digunakan untuk pembiayaan individu untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian.
    • Pembiayaan secara individu dibenarkan walaupun Perjanjian Jual Beli (S&P) mengandungi dua nama.
    • Pembiayaan untuk pembelian rumah kos rendah yang dalam pembinaan dibenarkan, dengan syarat.
    • Pembiayaan untuk pembelian petak rumah yang telah siap tetapi belum memiliki hakmilik Strata dibenarkan, dengan syarat ia dibuat dibawah pembelian harta sekunder assignment, dan pembeli tidak dibenarkan menjual petak rumah tersebut kepada orang lain sehingga hakmilik Strata dikeluarkan.
    • Pembiayaan untuk pembelian hartanah oleh adik-beradik dibenarkan.
    • Pembiayaan pembinaan rumah atas tanah kepunyaan pasangan dibenarkan, tetapi dengan syarat pasangan merupakan pemilik bersama tanah tersebut.
    • Boleh buat pinjaman bersama pasangan di sektor swasta melalui kerjasama MBSB dengan LPPSA
kos guaman beli rumah second hand

Syarat Kelayakan Memohon Pembiayaan LPPSA

syarat-kelayakan-pinjaman-perumahan-kerajaan

Beli Rumah Dengan Pinjaman Kakitangan Kerajaan
Untuk memohon pembiayaan perumahan kerajaan perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
  • Warganegara Malaysia. 
  • Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap. 
  • Sudah menerima surat pengesahan jawatan. 
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun. 
  • Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan. 
  • Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
  • Bukan seorang yg: kelayakan pinjaman perumahan kerajaan
        • Bankrap 
        • Terlalu banyak berhutang 
        • Pemakan gaji tidak berkemampuan 
        • Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib 
        • Bekerja secara kontrak
Bagimanapun Mamy Syu nasihatkan kalian supaya semak kelayakan maksimum pinjaman yang dibenarkan mengikut gaji dan gred jawatan kalian terlebih dahulu sebelum memilih rumah idaman
berapa lama proses beli rumah pertama
Semakan harga pasaran hartanah boleh dibuat di pejabat Jabatan Penilai dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di daerah berdekatan. Sebab masalah akan timbul kalau rumah idaman yang kalian nak beli tu lebih tinggi harganya dari harga pasaran semasa.
kelayakan pinjaman perumahan lppsa 
Akibat sekiranya berlakunya perkara begini, kalian terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk bayar perbezaan tersebut kerana ia tak ditampung oleh loan
 kos guaman beli rumah kedua cara beli rumah subsale tanpa deposit
Contoh rumah dijual pada harga RM300K manakala harga pasaran rumah tersebut hanya RM250K. Perbezaan RM50K itu kalian perlu tanggung sendiri.
kelayakan pinjaman perumahan kerajaan 
Tak lupa juga untuk buat kiraan kadar ansuran bulanan berdasarkan harga rumah yang ingin dibeli dengan menggunakan kalkulator pengiraan kelayakan yang banyak ditawarkan secara online sekarang ini. Penting untuk mendapat gambaran kasar monthly repayment yang bakal dikenakan termasuk interest
jadual syarat kelayakan loan lppsa
Tidaklah nanti di kemudian hari kalian tersepit dengan masalah keterhutangan yang melampau pula.
jadual kelayakan lppsa
kalkulator-pengiraan-kelayakan-pinjaman-perumahan-lppsa
Online Housing Loan Calculator

cara mohon loan LPPSA
Langkah seterusnya, selepas mengetahui kelayakan maksimum pembiayaan serta harga pasaran semasa rumah di daerah kalian, boleh lah lanjut ke step seterusnya.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Disyorkan baca : Cara Untuk Mengeluarkan Duit KWSP Taraf Berpencen

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Prosedur Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

Secara umumnya, prosedur memohon pinjaman LPPSA sangat mudah! Ikuti proses aliran dari mula-mula memohon pembiayaan LPPSA sehingga mendapat surat kelulusan: 
  1. Permohonan secara dalam talian dan penerimaan tawaran 
  2. Pemprosesan dan kelulusan 
  3. Cagaran harta kepada lembaga 
  4. Bayaran premium insurans 
  5. Pengeluaran bayaran 
  6. Bayaran balik pembiayaan 
  7. Pemantauan dan pemulihan ke atas peminjam ingkar (jika berkaitan) 
  8. Penyelesaian pembiayaan sepenuhnya 
  9. Pemulangan dokumen hakmilik 
  10. Pemulangan baki kredit dan tutup akaun 

Dokumen yang perlu disediakan dan diisi dengan lengkap untuk permohonan pembiayaan perumahan sektor awam adalah:

  • Borang permohonan Aqad perlindungan takaful (hanya untuk pemilihan panel takaful) 
  • Surat persetujuan penyelesaian hutang pembiayaan perumahan sektor awam 
  • Semua dokumen sokongan yang diperlukan (akan dimaklumkan melalui peguam)
Selepas permohonan dihantar, proses kelulusan pembiayaan akan mengambil tempoh sekitar 6-21 hari, bergantung kepada jenis pinjaman yang dimohon.


Kos Yang Perlu Ditanggung Sendiri Sepanjang Proses Pembelian

Bagi membeli rumah perumahan baru (undercon), biasanya pemaju akan melantik peguam hartanah siap-siap dan semestinya peguam yang dilantik itu merupakan peguam hartanah panel LPPSA. Segalanya akan diuruskan oleh pemaju, dan sekiranya bernasib baik, pemaju mungkin akan menanggung kos guaman juga (kos tersebut dah dimasukkan dalam pakej harga rumah) dan ini merupakan salah satu pemudahcara buat mereka yang ingin memiliki rumah pertama tapi tiada duit simpanan yang banyak.
pengiraan loan perumahan
Untuk prosedur membeli rumah siap atau rumah sub-sale,biasanya yuran guaman perlu dibayar dengan menggunakan duit poket sendiri. Selain kos peguam hartanah, secara umumnya terdapat beberapa kos lain yang perlu ditanggung oleh pembeli seperti :
  • Booking fee
  • Valuation fee
  • Dokumentasi (setem hasil, kos courier dll)
  • Yuran guaman + duti setem SPA
  • Yuran guaman + duti setem agreement
  • Perbelanjaan am (pengangkutan, caj telefon/fax/fotostat dll)
  • deposit pemasangan paip (sekiranya berkaitan)
Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Kakitangan Kerajaan-LPPSA
**Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama bawah RM500K bermula 1 januari 2021 sehingga 31 Disember 2025 ~ Pengumuman melalui Bajet 2021
keburukan menggunakan loan lppsa
Nanti ada kos-kos tambahan atau disbursement bergantung kepada sesuatu hartanah. Oleh itu Syu cadangkan agar kalian dapatkan quotation dari peguam hartanah yang mahir bagi urusan LPPSA.
proses permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan
Moga bermanfaat perkongsian Syu pada kali ini. Sekiranya masih blur atau masih ada perkara yang kalian ragu-ragu lagi berkenaan skim pembiayaan perumahan kerajaan ini, boleh terus hubungi wakil khidmat pelanggan LPPSA di 03 – 8880 1600 atau kunjungi LPPSA OneStop Center di setiap negeri.
 Cara Jual Rumah yang dibeli dengan Loan Kerajaan LPPSA

Catat Ulasan

0 Ulasan