Suami Perlu Lebih Banyak Memberi



Memberi kepada pasangan kita bererti memberi kepada diri kita sendiri. Bukankah perkahwinan itu menyatukan dua hati? ~ Shortnote ceramah Ust Pahrol Mohd Juoi.

till jannah loving couple


Ya, apabila suami isteri saling memberi, keserasian dan keharmonian akan bersemi. Akhirnya, terciptalah apa yang dikatakan dua hati, satu rasa dalam berumahtangga. 

Percayalah, dalam hidup ini, memberi akan lebih menggembirakan kita berbanding asyik menerima saja. Asalkan kita memberi tu disertai dengan kasih sayang, pasti kita tidak akan lelah memberi. Tanpa kasih sayang kita akan sukar memberi. Justeru itu mutakhir ini sering berlegar di media sosial yang mempromosikan "Hidup untuk memberi, tapi jangan beri semu, simpan sedikit untuk diri"

Lihat sahaja Rasulullah SAW dan para sahabatnya, mereka ini adalah individu yang sangat banyak memberi. Itu semua kerana sifat kasih sayang mereka yang tersangat tinggi kesan daripada iman yang begitu mendalam kepada Allah SWT dan hari akhirat.

Rasululah SAW dan para sahabatnya dapat menikmati syurga rumah tangga (biarpun dalam serba kekurangan) kerana mereka sentiasa berusaha menciptanya dengan sikap saling memberi.


Yakin kepada Allah yang Maha Pemberi – al-Wahhab. 


Beriman kepada al-Wahhab adalah dengan percaya bahawa Allah memberi kepada kita untuk kita memberi kepada makhluk-Nya yang lain. Sebab itu mereka menjadikan rumah tangga sebagai medan memberi kasih sayang, perlindungan, kemesraan, cinta dan segala-galanya kepada semua ahli keluarganya.

Rasululah SAW bersabda:

  “Yang terbaik dalam kalangan kamu adalah orang yang paling baik pergaulannya dengan ahli keluarganya.” 

Justeru, beringat-ingatlah jika kita kurang memberi kepada ahli keluarga – itu petanda kurangnya kasih sayang. Dan kurangnya kasih sayang adalah petanda kepada lemahnya iman. Ketahuilah sebenarnya dan sesungguhnya orang yang lemah iman sentiasa mementingkan dirinya sendiri dan kurang memikirkan kebajikan orang lain. 

Walaupun pada zahirnya dia kelihatan mencintai pasangannya tetapi hakikatnya dia mencintai kesenangan dirinya sendiri. 

Dia tidak ikhlas memberi kerana Allah SWT. Tetapi, dia memberi hanya untuk lebih banyak menerima dan untuk nampak mulia.

Oleh itu, dia akan berhenti apabila tidak mendapat balasan atau ganjaran yang setimpal mengikut apa yang telah “dilaburkannya”. Akhirnya, dia sentiasa fokus kepada haknya sahaja, dan bukan peranan dan tanggungjawabnya. 

Ini satu kesalahan besar dalam berumahtangga justeru bijak pandai telah menyatakan 
 
“Kita hidup dengan apa yang kita terima, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.” 

Mereka berkata lagi:

 “Kita membina rumah dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina rumah tangga dengan apa yang kita berikan!” 



Berikanlah Kasih Sayang Setulusnya. 

 Janganlah memberi dengan motif menuntut balasan kerana apabila tidak mendapat balasan, kita mula rasa letih, merungut, menyesal dan sampai ke satu tahap memberhentikan belaian yang pernah diberikan. 

till jannah loving couple

Hubungan kasih sayang sesama suami isteri bukanlah hubungan perniagaan, yang keuntungannya ditagih daripada modal yang diberikan.

Jangan dikira segala-galanya dalam bentuk angka kerana kasih sayang bukan barang niaga tetapi ia adalah pemberian ikhlas untuk mendapat sesuatu yang lebih berharga daripada Allah SWT akhirat kelak. 

Mereka memberi kerana benar-benar ingin melaksanakan tanggungjawab dan amanah daripada Allah SWT. Adakah pemberian mereka dibalas, itu soal kedua. 

Maksudnya, suami dan isteri yang beriman akan mempraktikkan apa yang dikatakan unconditional love – Cinta tanpa syarat dan alasan serta tidak mengharapkan balasan. Itulah praktik cinta orang beriman! 

Ertinya, hanya orang-orang yang percaya kepada Allah SWT dan beriman kepada-Nya sahaja yang dapat mempraktikkan unconditional love dengan penuh keikhlasan. Buatlah apa saja hanya semata-mata kerana Allah SWT, bukan mengharapkan balasan manusia sekalipun daripada pasangan hidup mereka.

Semoga bermanfaat~

Catat Ulasan

0 Ulasan