7 Cara Berdepan Manusia Toksik

maksud sifat toksik,cara hadapi orang toksik,cara berhadapan dengan orang negatif,ayat perli sentap untuk kawan
Dalam kehidupan ini, kita akan dikelilingi oleh kelompok manusia dengan pebagai karenah, dan karenah tersebut boleh menjadi positif mahupun negatif kepada kita.
Sentap Ayat Deep Untuk Kawan Tikam Belakang
Andai kata circle kita ramai yang bersifat energetik dan memiliki pemikiran yang positif, ia bukan sahaja menjadi dorongan untuk kita jadi lebih maju, malah bagaikan sebuah nikmat dunia akhirat yang tidak ternilai.
Sindiran buat Teman Palsu Fake Friends
Tapi kalau kita berada dalam kelompok yang majoritinya mempunyai tingkah laku toksik, maka adalah lebih baik kita segera meninggalkan mereka demi kesihatan mental kita.
cara mengatasi masalah rakan sekerja
Membuang dan melepaskan manusia yang toksik dari hidup kita bukan bermaksud kita kena membenci dan bermusuhan dengan mereka. Tapi kita menjarakkan diri dari mereka adalah kerana kita mengambil berat akan kesejahteraan sosioemosi kita sendiri.
sakit hati dengan rakan sekerja
Sebelum Syu kupas lebih lanjut tentang cara-cara menangani individu toksik, jom kita kenali dahulu ciri-ciri dan sifat orang toksik.

— Mengadu domba

— Mengaibkan secara terbuka

— Lepas tangan dan bermuka-muka

— Mencari salah / menuding jari

— Berat sebelah / memilih bulu

— Memanipulasi keadaan

— Tak menerima cadangan



Maksud dan Takrifan Individu Toksik maksud manusia toksik

Maksud orang toksik adalah manusia yang memberi implikasi negatif terhadap diri kita seperti mencederakan emosi, menjejaskan perkembangan kognitif serta merendahkan maruah, jatidiri dan keyakinan diri.

Kenali Perilaku dan Sifat Individu Toksik

1. Mengadu domba

Watak utama manusia toksik adalah suka melagakan orang dengan tujuan untuk pecah-belahkan sesebuah kesatuan atau kumpulan.
cara menghadapi rekan kerja toxic
Mereka ini akan usaha mencari tahu apakah 'perkara' yang boleh buat seseorang atau sesebuah group itu triggered. Benda tu mereka akan jadikan sebagai senjata untuk provok emosi kita sampai kita hilang semangat berpasukan. hasad dengki dalam pekerjaan

Mereka ini suka melebihkan klik-klik mereka saja, dan merendahkan kumpulan yang lain. Akibatnya persaingan yang tidak sihat, dengki-mendengki dan iri hati akan tercetus dalam komuniti. Suasana macam ni memang tak best!


2. Mengaibkan secara terbuka

Mereka takkan rasa serba salah menegur dan merendahkan kita di depan rakan yang lain. Mereka akan merasa puas bila dapat point out our flaws secara public, dan ramai dapat mendengar serta menyaksikannya. 
tips memilih kawan
Serius! Ia amat memalukan bila nama kita tiba-tiba dipetik dan dilaporkan sekian-sekian hal di khalayak ramai, kononnya dengan alasan dan niat murni mahu menasihati.
ayat sentap untuk toxic friend 
Namun untuk kalian yang pernah berhadapan dengan si mulut jahat begini, ada ayat deep yang sesuai bagi meredakan emosi kalian:
ayat deep untuk haters
 ― "Don't destroy yourself by allowing negative people add gibberish and debris to your character, reputation, and aspirations. Keep all dreams alive but discreet, so that those with unhealthy tongues won't have any other option than to infest themselves with their own diseases."
hubungan toksik adalah
Dapat sesuatu?
So jangan bimbang sekiranya ada orang yang mengaibkan kalian secara terbuka, sebab lambat-laun kata-kata beracun mereka itu akan memakan diri mereka sendiri.


3. Sifat lepas tangan & bermuka-muka

Manusia toksik sering merasakan diri mereka betul dan kerap kali lepas tangan serta menyalahkan orang lain dalam setiap perkara. Modus operandi mereka adalah dengan menyalahkan orang lain atas kesilapan yang berlaku. Sedangkan kesalahan itu asalnya berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.
perilaku toksik adalah busuk hati
Sikap ini membuatkan kita yang berhubung-kait dengan mereka merasa tidak selamat (insecure) untuk meletakkan kepercayaan dan pengharapan terhadap mereka.

Mereka juga licik mengelakkan diri daripada dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang terjadi. Dalam bahasa mudahnya, bangsa toksik ini gemar 'menjual' nama orang lain demi membersihkan nama sendiri, sekaligus menampakkan diri mereka suci.
orang toksik adalah bermaksud
Seperti kata-kata Bassey Johnson ― "Someone who smiles too much with you can sometime frown too much with you at your back.” Ayat ini menerangkan dengan tepat tentang persahabatan toksik di mana kadang-kadang kawan gelak-tawa dan rapat dengan kita itulah sebenarnya yang banyak mengaibkan kita tanpa pengetahuan kita.

Arwah Opah Syu pun pernah berpesan, jangan berkumpul dengan orang yang kuat mengumpat. Nanti, kalau kamu tiada di situ, kamu pula yang diumpat mereka.~


4. Berat sebelah perilaku pekerja toksik

Pernah jumpa tak manusia yang bias dan suka memilih bulu dalam setiap pekerjaan mereka? Mereka cenderung untuk mempunyai orang-orang tertentu sebagai favorite mereka.

Ia bukan seperti hubungan rakan karib atau sahabat tapi lebih kepada faktor peribadi, sama ada gender bias, racism, budaya jahiliyah as-sobiyah yang suka berpuak-puak, semangat kenegerian dan kepartian, serta faktor kepentingan peribadi.


5. Memanipulasi Orang Terdekat

Manipulate orang – Ianya memang bakat semulajadi bagi bangsa toksik. Mereka akan memanipulasi orang lain untuk kepentingan sendiri atas nama persahabatan. Mereka ini sangat gemar menggunakan keikhlasan sebagai alasan untuk memaksa orang lain (secara halus) supaya membuat sesuatu demi memenuhi kepentingan mereka sendiri.

Contoh paksaan secara halus ialah mereka menanam idea yang kita wajib menolong mereka semula setelah mereka menolong kita. Mereka akan ungkit, canang dan hebohkan jasa pertolongan mereka hingga orang sekeliling nampak kitalah yang berperangai teruk bilamana kita tak penuhi apa yang mereka mahukan.

Padahal semua orang tahu yang namanya ikhlas itu sifatnya diam dan sembunyi. Kalau heboh sana sini itu bukan ikhlas, tapi iklan namanya.

Tapi apa boleh buat. Situasi begini sudah lama sebati dalam masyarakat Melayu. 'Aku tolong kau, esok-esok kau tolong aku pula'. Iya. Memang dianjurkan dalam Islam agar memudahkan urusan orang lain namun, biarlah kita buat dengan ikhlas, bukan semata-mata untuk membayar semula bantuan yang pernah mereka hulur sebelum ini.

Disyorkan Untuk Anda Baca : Tanda-tanda Anda Mempunyai Bos Toksik


6. Tak mahu terima cadangan

Ciri lain yang terdapat pada individu toksik ialah, mereka sering mengabaikan cadangan dan idea orang lain, dengan menganggap bahawa idea mereka sendiri lebih mantap, padu dan betul.

Mereka langsung tidak berminat untuk mendengar. Bila kita cuba menyuarakan sesuatu, mereka akan cepat-cepat cantas kata-kata kita, sama ada dengan kata-kata juga atau melalui mimik muka. 

Orang toksik sentiasa akan merosakkan mental dan melemahkan keyakinan diri kita melalui sikap unsupportive mereka. Apabila individu toksik melihat usaha kita ke arah potensi yang baik dan positif, mereka lebih gemar mengejek dan memerli.

Potensi diri seseorang itu boleh jadi tersekat dek kerana sikap ini.

Jadi kalau kalian mendapati seseorang itu mempunyai 6 ciri yang disebutkan, maka dia merupakan salah seorang individu yang berada dalam kategori toksik. So macam manakah cara untuk kita menghadapi individu toksik ini? 

Jangan buang masa lagi, jom ikuti 7 cara yang mungkin berkesan untuk berhadapan dengan individu toksik ini.

―7 Cara Berdepan Manusia Toksik―

blogger toksik, manusia toksik penuh hasad dengki, better jauhkan diri dari manusia toksik, kesan berada di kalangan kawan toksik,cara buang kawan toxic

1. Cari tahu kenapa kita jadi sasaran manusia toksik

Tak dinafikan kadang tu kita sengaja ambil pendekatan, 'Ahh layankan saja'. Sebabnya, kita malas bergaduh dan panjang-panjangkan kes. Tapi dalam tak sedar, sikap kita tu rupanya menjadikan diri kita sebagai sasaran mudah bagi individu toksik ini untuk melepaskan negative vibes mereka.

Pada mata mereka, kita ni nampak terlalu baik dan kelihatan tiada pendirian atau jati diri yang kukuh. Jadi mulai sekarang, kita perlu ubah sikap agar kita tidak lagi dimanipulasikan dan dipergunakan sewenang-wenangnya.

2. Usah ambil kata-kata Toksik sampai masuk ke hati

Ingat. Spesies manusia toksik ini berkeluakuan negatif bukan dekat kita je. Tapi kepada semua orang yang mereka berinteraksi. Walaupun perbuatan mereka nampak seakan-akan menyerang peribadi dan membuatkan kita merasa terhina secara langsung, usah ambil ia secara peribadi.

Bangsa toksik ni memang begitu. Mereka cakap apa yang mereka mahu cakap dan biasanya ia tiada kaitan dengan mereka pun. Kelakuan negatif mereka sepenuhnya berdasarkan pada refleksi diri mereka sendiri.

Ingat, don't take it personally. Jangan sampai masuk ke hati, sebab ia hanya akan mengganggu mental kita. Sedangkan manusia toksik tersebut, lepas habis, dia habis di situ saja.

3. Percaya saja pada diri sendiri

Ya, memang ramai antara kita yang sekian lama terkurung dalam perhubungan toksik kerana kurang keyakinan diri. Kita sebenarnya sedang membiarkan diri kita dibuli dan sering memaafkan serta memberikan peluang yang tidak berasas kepada bangsa toksik ini.

Mulai saat ini, hentikan daripada terus dibuli dan didera secara emosi. Cukup-cukuplah berfikiran positif setiap kali mereka menunjukkan kelakuan negatif mereka. 

Berfikiran positif dan memaafkan memang bagus, tapi ada hadnya juga. Jangan sampai keadaan di mana mereka memijak kepala kita.

4. Adakan had sempadan antara si Toksik

Dalam hidup, kadang kita terpaksa berhadapan dengan individu toksik setiap masa. Boleh jadi ianya rakan sepasukan, atau adik -beradik sendiridi mana kita terpaksa hadap kerenahnya setiap hari.

Cara terbaik adalah dengan menetapkan sempadan tertentu bagi kelakuan mereka yang dirasakan melampau. Tak perlu la sampai nak berkasar atau biadap dengan mereka.

Cukup sekadar menunjukkan sifat tegas dan tetap pendirian. Bagi terguran secara terus terhadap apa yang salah tentang perlakuan mereka.

Tapi kalau memang kita terpaksa hadap atau hidup dengan orang yang bertoksik, pastikan kita ada masa untuk un-wind, bersantai, berehat, dan pulih semula. Menghadapi manusia toksik ini amat meletihkan. Silap haribulan, mereka boleh mempengaruhi kita dan menjadi murung.

5. Jangan asyik justify tindakan toksik mereka

Jangan tipu diri sendiri dengan menganggap tingkah laku toksik mereka itu nomal dan ok. Jangan menormalisasikan setiap tindakan salah yang dilakukan oleh individu-individu toksik ini.
Tak perlu pun untuk mengiyakan segala kata-kata mereka. cara-cara buang kawan toxic serta cara mengatasi masalah dengan kawan
Salah tetap salah! Tak kira lah sama ada mereka merupakan kaum keluarga terdekat, orang tua mahupun sahabat karib. Kebanyakan dari kita, selalu mengamalkan tokxic positivity demi nak justify perbuatan toksik mereka sebagai 'halal'.


6. Berikan teguran terhadap mereka

Stand for yourself. Berdepan dengan bangsa toksik ini ramai yang cenderung untuk berdiam diri apabila ada yang mula menunjukkan perangai toksik sehinggalah ada yang mula menegur. Selagi tak ditegur, semakin menjadi-jadi.

Jadi kitapun kena mula beranikan diri, tegur.

Tapi kena bersedialah dengan reaksi yang bakal kita terima. Ada yang menggunakan amarah, ada yang buat-buat tak dengar, atau mungkin mereka cuba mengganggu dengan cara bercakap negative tentang sesuatu yang peribadi atau benda yang kita sayang.


7. Teruskan hidup tanpa mereka

Sejenak, cuba duduk dan tanyakan pada diri sendiri. Adakah manusia toksik ini masih kita perlukan dalam hidup kita?

Yer betul, memang kadang-kadang kita perlu memaafkan, bersabar dan memberikan mereka peluang masa, dengan harapan agar mereka dapat berubah secara perlahan-lahan. Tapi soalannya nak tunggu sampai bila? 

Nak tunggu sampai Abang Jamil mampous? 

Kalau nampak macam tiada harapan nak berubah, so jangan buang masa menunggu lagi. Tinggalkan mereka, reruskan hidup dan move on je. Kena ingat satu benda,bahawasanya dalam hidup ini ada masanya lebih baik kita melepaskan sesuatu daripada terus merana memegangnya.

Bila baca, Macam Mudah Saja Kan Nak Menangani Individu Toksik?

Yerr awak! Secara teori memang mudah. Bila masuk part nak mengaplikasikan teori dan tips-tips itu yang payah.

Apa yang Syu boleh kata, secara ringkasnya teknik paling berkesan bila berhadapan dengan orang yang toksik adalah jangan berikan mereka layanan. 

Nenek aku kata: 
when you face a toxic people, don't engage

Itu sepupu nenek sebelah abah aku la yang kata. Nasihat orang lama penuh hikmat. So lebih baik jangan kalian abaikan. ahakss~

Akhir kalam, jangan lupa untuk check diri sendiri juga ya guys!

Manalah tahu dalam duk usaha nak membendung daripada jadi mangsa Si Toksik, tiba-tiba rupanya diri kita sendiri tu yang sebenarnya toksik dan narsistik! 


Bila dah sedar, mujurlah. Syukur alhamdulillah sebab mudah untuk kita perbaiki diri. Yang jadi  masalahnya, kalau jenis yang tak pernah nak muhasabah diri. Maka sampai dunia kiamat pun dia takkan sedor-sedor diri la kaedahnya oii.

Ingat ya. Hati manusia umpama kaca. Sekali pecah, susah nak sambung semula. Kalau berjaya disambung dengan gam sekalipun, masih terzahir akan garisan retak di situ. Jadi sama-samalah kita hati, jaga lidah dan jaga silaturrahim. Bereh dok?

Jadi mamy akhiri entri penuh toksik ini dengan serangkap pantun

Kalau mencari tempat mandi,
pertama telok kedua pantai
kalau mencari teman sejati,
pertama perangai elok kedua pandai.

 manusia toksik,maksud orang toksik,ayat toksik,maksud sifat toksik,toksik in english,rakan sekerja toksik,kawan toksik,

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tanpa Nama19:56

    Terbaik entry ni… 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana hadir membaca di sini.

      Padam
  2. Narin12:35

    Bagus entri ni saya baca hingga masuk dalam hati.. dalam situasi sy, sy kena hadap keluarga suami yg sangat toksik.. terutamanya ibu mertua, kakak ipar dan abg ipar. Hampir hari2 sy kena hadap. Sy lebih banyak buat Hal sendiri dan abaikan mereka.. terpaksa sy lakukan begitu, walaupun dengan ibu mertua.. boleh bagi sy tips untuk hadap keluarga suami yg toksik tak? Ke konsep dia sama macam dalam entri ni? Terima kasih.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y