Suami Isteri Tak Puas Hati Apa-apa, Cakap!

Māmy Syu
18
Topik ni adalah topik yang takkan habis sampai mati. Haha. Selagi kita bergelar pasangan suami isteri, mesti akan ada rasa tak puas hati terhadap pasangan dalam kehidupan kita sehari-harian. Menipu benor lah kalau ada pasangan yang claim diorang sweet sweet setiap saat dan ketika. Sedangkan gigi yang sering bersama dengan lidah pun kadang-kadang tergigit!

komunikasi berkesan dalam rumah tangga komunikasi suami isteri


Mamy ni nak kata "love expert" itu, tidak lah. Kaunselor rumah tangga lagi lah, jauh sekali. Cuma Mamy bercerita berdasarkan pengalaman saja. Sebab bagi I, setiap masalah atau salah faham mesti akan selesai bila kita boleh sepakat dan bawak bincang. Perhati tengok, selalunya bila argue kita laki bini yang berlarutan berhari-hari tu,  kerana apa?

Setuju tak kalau I kata kerana ego?

Yelah.
Masing-masing sedikit pun tak mau mengalah. Pastu sengaja memberikan silent treatment terhadap pasangan pulak tu dengan niat menghukum.

Sanggup jadi stonewall lagi daripada bawak berbincang. fuff~

So, tak salah rasanya kalau I kata pucuk pangkal keharmonian rumah tangga adalah bergantung kepada komunikasi antara suami isteri ketika keadaan tegang. Selalunya bila ada tak puas hati, kita bertindak dingin dan ignore pasangan kita.

Hey, pernah dengar ayat ni?

 Silent treatment is a relationship buster.


Perkongsian I kali ni merupakan teknik paling asas dalam komunikasi saja sebenarnya. Rata-rata kita semua sedia maklum akan hal ini, cuma ramai yang lupa nak praktikkan dalam rumah tangga je.

So jom semua pasangan suami isteri tak kira lah you all dah level otai-otai ke atau level pengantin baru ke, ayuh sama-sama kita open our minds, buang ego masing-masing supaya mudah ilmu melekat.


Tak Puas Hati Bab Kewangan Keluarga

Percaya atau tak, rata-rata kisah rumahtangga yang terbubar / bercerai ni banyak berpunca oleh duit. Fitrah sebuah perkahwinan, keperluan keluarga dan anak-anak perlu ditanggung-urus oleh seorang ketua keluarga. So bila berlaku sebaliknya, confirm lah tak puas hati dan 'bengkek' hati si isteri. 

Mungkin pada awalnya dah setuju untuk berkongsi-kongsi pendapatan. Suami bayar bil-bil utiliti dan ansuran rumah, manakala isteri pula membayar hutang kenderaan dan membeli keperluan dapur. Tapi mungkin atas faktor-faktor tertentu, nak balik kampung contohnya. Bajet nak kena adjust dan money flow perlu diselraskan semula. Haa pada ketika tu lah timbul stres dan tak puas hati!


Tak Puas Hati Apa-apa, Terus Suarakan.

Bila timbul konflik macam ni, kita selalunya ambil pendekatan mendiamkan diri. Konon nya nak balik kampung dalam keadaan harmoni, dan hepi-hepi je. Konon!

Sedangkan OTW balik kampung tu, mood kita kelaut. Dalam kereta, anak-anak bergelak-ketawa pun habis dijerkah nya! Muka pula, tak payah cakap lah. Masam, cebik! Mengalahkan muka gorilla naik minyak.

Dah kalau kita rasa kita terpaksa keluar belanja lebih untuk perjalanan balik kampung tu, cakap je lah kat suami. Bukan berdosa pun. Cuma nada dan cara pendekatan tu kenalah jaga.

Jangan ditempik-tempik pula suami tu. Caranya macam ni. Malam sebelum balik kampung tu, you all ajaklah suami meeting. Selepas makan malam, beres-bereskan dapur dan tidurkan semua anak, boleh lah start meeting tu.

Peraturan dan garis panduan meeting yang harus dipatuhi baik suami mahupun isteri :

  1. Mesti ada 'kepala' yang mengetuai
  2. Jadualkan meeting pada setiap bulan,waktu malam
  3. Letakkan satu objektif/agenda meeting
  4. Sesi pembentangan
  5. Sesi soal jawab
  6. Tak boleh beredar sebelum meeting selesai



Mesti ada 'kepala' yang mengetuai

Biasanya siapa yang memendam rasa tak puas hati tu lah kena initiate meeting tu. Yela, macam kat tempat kerja jugalah. Bila timbul isu kewangan, dah tentu jabatan kewangan yang akan adakan meeting tergempar. Bukan unit HR atau unit pemasaran, betul kan?

So di sini, encik suami tak boleh guna kuasa veto "aku ketua keluarga, aku taknak ikut dalam meeting yang isteri buat". Nonono. Tak boleh macam tu bang. Peraturannya jelas. Bila isteri ajak meeting, automatik isteri adalah 'kepala', dan suami adalah ahli wajib mesyuarat tersebut. Tak boleh excuse.


Jadualkan meeting pada setiap bulan, waktu malam

Meeting ni nama je meeting, tapi sebenarnya ia lebih kepada sesi slow talk bersama pasangan. Tidurkan anak awal-awal. Mandi dan bersihkan diri, lebih afdal kalau dalam keadaan berwuduk. Harapannya bila kita dalam wuduk, kita lebih tenang dan kurang sikit gangguan syaitan. 

Jadualkan meeting ini setiap bulan, tak perlu tunggu ada isu or gaduh besar baru nak meeting. Macam aku, aku buat meeting bila suami balik. Biasanya dia balik cuti pada minggu pertama setiap bulan. Oh ya, pada readers yang 1st time baca blog Mmay Syu, kami pasangan suami isteri PJJ. Suami cuma balik rumah sebulan sekali. Memang ngam elok masa tu masing-masing baru masuk gaji. Mamy selalu gabungkan terus meeting "luahan perasaan terpendam" ni dengan meeting agihan belanjawan. ahaks!


Letakkan satu objektif /agenda meeting

Matlamat luahan perasaan terpendam ini adalah nak memperbaiki hubungan kita suami isteri. Segala keluh-kesah yang bermain dalam hati selama ni, kita nak zahirkan di hadapan pasangan supaya dia tahu isi hati kita, dan berubah ke arah yang lebih baik.

Please kawal emosi, dan jangan wujudkan situasi tuduh-menuduh dan salah-menyalahkan antara satu sama lain. Kita nak jernihkan keadaan tau. Bukannya nak mencari siapa salah, siapa punca atau siapa yang mula. Kita cuma nak luahkan perkara yang kita tak suka dia buat. Thats all.


Sesi pembentangan (luahan)

First thing first, niatkan musyawarah kita ni semata-mata demi membahagiakan pasangan kita lillahita'ala. Jangan sebab nak jaga hati mentua, dan jangan pula sebab anak-anak.

Semasa sesi ini, fikir dan susun ayat elok-elok ketika meluah. Satu persatu. Taknak gelojoh. I tahu memang banyak benda yang terpendam dalam hati lebih-lebih lagi kalau dah lama benor tersimpan. 

Kemudian bercakaplah dengan tone yang paling rendah, kalau terpaksa berbisik pun takpe. Kita taknak anak-anak terjaga dek suara kita kan? Pastikan seorang bercakap, dan seorang lagi tadah telinga, dengar, dengar, dengar dan serap. Jangan potong cakap. Ini sangat penting!

Bayangkan guys. Kalau you tengah mengadu letih kerja, menguruskan anak-anak dan rumah tangga, pastu orang sampuk "eleh macam you sorang je kerja" atau "alahh, you tu yang manja sangat." Aduhh, boleh terbakorr tahu?! Akhirnya, agenda meeting kelaut! Luka di hati tak terubat malah naik pulak luka baru lagi. apa cerita? haa



Sesi soal jawab Suami Isteri

Bila masing-masing dah meluahkan isi hati, so boleh dah la nak brainstorming untuk mencari kaedah penyelesaian. Jangan sesekali mencadangkan 'bawa haluan masing-masing' sebagai salah satu jalan penyelesaian. No way!

Kita nak perkahwinan kita till jannah right? Ke you all memang suka kahwin setahun dua, cerai; kemudian kahwin lagi for another 5 years kemudian cerai and so on? Taknak kan? So control amarah, dan campak jauh-jauh ego (actually ego ni nafsu) tu ke laut.


Tak boleh beredar sebelum meeting selesai

#SilaDudukJanganLari katanya hahaha. Kot rasa macam tak tahan dengan hujah dia, kancingkan gigi ketat-ketat, gamkan mulut rapat-rapat.

Diam.
Sabar.

Keep continuing pandang wajah dia, wajah kesayangan yang pernah buat kita jatuh cinta dulu. Paling tidak pun, kalau tak mampu nak kontrol air muka pun, just angguk-angguk je lah sebagai isyarat 'saya faham' dan 'saya mendengar'.

Jangan bangkit pergi sebelum perbincangan selesai. Tamatkan meeting dengan penutup yang damai. Paling penting, bak kata orang tua-tua, biar kita suami isteri masuk tidur dalam keadaan bahagia, tanpa selisih faham yang masih bersarang di hati.

That's why elok buat meeting ni waktu malam. Supaya kita tak memanjang-manjangkan konflik kita sehari suntuk. At least beberapa jam sebelum masuk tidur, kita dah capai kata sepakat dan boleh lena sambil tersenyum gittew! haha.


Akhir kata dari Mamy Syu

Perkongsian I ni sekadar memberi ilham/idea je pada pasangan suami isteri di luar sana. I'm no expert okay. I share pengalaman sendiri saja, dengan harapan ada yang terinspirasi untuk perbaiki hubungan instead of pilih jalan untuk bercerai-berai.

Bukan niat membuka pekung rumah tangga sendiri, tapi I yakin bukan I seorang yang pernah meniti saat sesebuah hubungan yang retak menanti belah. I tak malu nak akui itu, sebab kita manusia biasa, banyak khilaf nya.

Pun kena terima hakikat, pasangan kita bukan malaikat. Dia insan yang ada emosi, ada ego, dan juga nafsu. 

suami isteri Tak Puas Hati Apa-apa, Cakap!
Setiap masalah pasti akan ada jalan.


Pertahankan mahligai rumahtangga kita. Jangan mengalah.

Me myself 10 tahun hidup PJJ (perkahwinan jarak jauh) dengan suami. Tahun 2018 sebumbung kejap, and sekarang kami kembali berstatus PJJ semula. Percayalah, walau serumit mana hidup berumahtangga korang, rumit lagi rumahtangga yang suami jauh di utara, isteri pulak di selatan. So, keep fighting! Kekalkan perkahwinan kita sehabis mampu!

Cuba amalkan tips yang I bagi ni, dan you all boleh lihat sendiri outcome dia macam mana. Pun dalam Islam memang ada konsep syura, di mana ia menggalakkan musyawarah kan? Betulkan I kalau I tersilap.




Minda lebih positif bila perasaan tak puas hati sudah terlerai

Seronok tau! Bangun pagi, hati ni berbunga-bunga je macam pengantin baru. Yelah, pengantin baru kan sibuk berkasih sayang je, mana ada masa nak bersengketa.

Apa tidak nya, rasa tak puas hati yang ditanggung dalam dada ni dah tak ada lagi. Hati rasa lapang selapang-lapangnya. Bersemangat je nak buat kerja apa pun, takde mengeluh.

Sambil buat sarapan pun duk tersenyum-senyum tak habis lagi. Bersalaman dengan suami masa nak pergi kerja pagi tadi, macam taknak lepas hahahah. Dalam perjalanan gi kerja pun dah mula rindu. Gediks hokey! hiks. 

But itulah penangan meeting dengan suami malam tadi. syukur padaMu ya Robb. Engkau maha Mendengar setiap doa hambaMu.

Nota kaki : Jangan pernah jemu untuk berkomunikasi dengan pasangan dan mendengar luahan isi hati secara dua hala. Mudah-mudah lenyaplah segala tidak puas hati dan perkara yang terbungkam di hati, amin~.


Post a Comment

18 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. wahhh satu pengajaran utk kite yg plan nak mendirikan rumah tangga. hiks :D

    ReplyDelete
  2. Setuju! Kalau tak puas hati, better cakap! Jangan pendam, jangan ego, jangan poyo. Hahaaha! Cx pon bukan jns direct to cakap apa yg tak puas hati, cx akan tgk keadaan. kalau ianya memudaratkan keadaan, kita kena pilih time lain. Biar tenang², relaxx², then sit and talk. Time tu mmg ada sikit gasuhlah tp at the end, kena sama² say sorry and admit mistake.

    ReplyDelete
  3. hehe comel jee gaya perkongsian ni. but yes mmg betul pon, and tbh as for me mmg amalkan bgtau je apa yg tak puas hati tu, tak kisahlah dlm hubungan suami isteri mahupun other relationship mcm dgn kwn2 ke, ank / adik beradik / semualah. confront & bincang, try to resolve the matter, tu mmg pendekatan qeela. 😊

    ReplyDelete
  4. Excatly, COMMUNICATION IS KEY! I keep on telling org lain yg duk komplen psl husband/wife kat kawan-kawan tapi tak diskas dgn pasangan sendiri. and Sabar.

    Kitorang tgk balik video kahwin, plg by nasihat dr org tua-tua dlm video tu is SABAR. So kitorang pun saling mengingatkan masing-masing supaya SABAR selalu.

    ReplyDelete
  5. betu la. kadang-kadang kita bab-bab suami isteri ni memang kena bingcang. tapi tu la takut kang bincang-bincang gaduh. memasing nak menang. macam mana eh? tapi tips ni maybe boleh la cuba kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi I, lebih elok bergaduh gila gila, tapi akhirnya dapat kesepakatan.
      Tak sanggup ohh, memendam perasaan. Alasan, taknak gaduh.

      Delete
  6. Aah btl awak. Sebab tu kita tak suka pendam2. Semua kena cakap. Gaduh besar pn takpe asalkan lepas. Jangan pendam nanti lagi makan hati. Salu camni gaduh sehari je paling lama. Esok baik dah. Hehe

    ReplyDelete
  7. Kuatnya sis! Lama tu PJJ almost 7 tahun. Nad baru je kahwin baru-baru ni. Itu pun sanggup berhenti kerja sebab rasanya PJJ tu perlukan effort yang sangat tinggi dari kedua-dua belah pihak. Terima kasih atas perkongsian ni.. Setakat ni belum ada apa-apa masalah serious dalam perkahwinan kami hahah.

    ReplyDelete
  8. betul tu, dalam rumah tangga memang kena sentiasa saling berkomunikasi dan saling berterus terang. Ada apa-apa kena bawa berbincang dahulu bersama.

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian. kita xleh nak komen banyak sebab xde isteri lagi huhu

    ReplyDelete
  10. Ya, sokong tu! Kena terus terang cakap kalau ada apa2 yang suka atau tak suka, gini barulah dapat hidup lama dengan si suami. Mohon agar si suami pun bersifat bertimbang rasa dan membantu si isteri jugak dalam kerja rumah, pembelajaran anak2, jangan berkira, hormat-menghormati dan sebagainya.

    ReplyDelete
  11. Benda ni la yang saya & pasangan duk saling ingatkan antara satu sama lain. Kalau ada tak puas hati, berterus terang dan confront pasangan. Pasangan pulak kena la terima dgn hati terbuka, jangan mudah melenting. Barulah tak jadi gaduh.

    ReplyDelete
  12. Thank you for this post. I selalu bagi silent treatment bila tak puas hati dan bila suami perasan baru akan ada seisi perbincangan. Itu pun ikut kalau masing-masing dah mula reda, kalau panas memang cari nahas jela. Biasalah pasangan muda, ada je la benda yang tak kena. Tapi kitaorang masing2 tengah cuba improvise diri setiap kali bergaduh.

    ReplyDelete
  13. suami. isteri. faham. tolak ansur.
    tu penting.
    if not, mana kan boleh hidup sebumbung, tido sekatil.
    salah seorang mesti mengalah sekiranya ada satu2 masalah.
    diskus.
    talk.
    inform.
    in shaa Allah, masalah boleh selesai :)

    ReplyDelete
  14. Komunikasi dalam hubungan sangat penting. Kadan-kadang tu memendam perasaan bukannya menyelesaikan masalah, dia jdi jeruk plak. Memang kena bijak mendengar bila dalam hubungan agar tidak tersilap percaturan kan.

    ReplyDelete
  15. bukan setakat suami-isteri je, pasangan bercinta ataupun kawan-kawan pun kena belajar communicate. Perkara tak puas hati atau nak bagi cadangan just bagitahu dan bukan dalam bahasa kiasan. Seminggu sekali should be just nice

    ReplyDelete
  16. Hmm.. Itu pendapat masing2 tentang rumahtangga tp plg Utama ialah salah seorang mesti ada tolak ansur dan mengalah jika ada salah kena mengaku tp kdg2 dtg ego baik lelaki mahupun perempuan yg membuatkan keadaan makin tegang lbh2 lg jika suka tuding Jari pada pasangan msg2 jd ulasan jika bertengkar salah seorang kena mengalah dan duduk bincang baik2

    ReplyDelete
  17. Dalam rumah tangga, komunikasi la paling penting

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!