Ini baby Araa, or lebih tepat lagi my little angel Hawraa'. I baru ini seorang je anak perempuan, dan dia juga merupakan anak yang paling kecil I so far. Taknak sebut ini yang bongsu ahaks. Takut nanti ada pula lagi lepas ni.hikhik. So excited nya tu lain sikit lah dari abang-abang nya dulu. My only girl, dan paling kecil dan semestinya paling manja.
Kalau you guys follow, blog I ada content Milestone Monday di mana semua catatan tentang perkembangan baby Araa sejak lahir sampai hari ni I himpunkan di bawah label Milestone Monday tersebut. Masa zaman kecil abang-abang dia I tak ada pulak terfikir nak buat catatan milestone macam ni. haha nampak sangat kan keterujaan tu tahap mana? hiks. Baru dapat anak perempuan lah katakan. Excited terlebih!
So hari ini Hawraa' genap 1 tahun 4 bulan dan 10 hari atau bersamaan dengan 16 bulan. Sebenarnya I menulis entri ini dah lama, sejak bulan Mac lalu ketika Hawraa genap umur setahun. Tapi dalam kesibukan menguruskan rutin harian as a mom alone (ayahnya kerja jauh dan tak tinggal sekali) so tulisan I ni di peram sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, ada juga kelapangan I nak update milestone baby Araa hari ini.
Tak tahu duduk diam seminit!
Sorry sayang. Ibu terpaksa 'kandang' kan you |
Sebenarnya baby Araa mula 'dapat kaki' pada usia 1 tahun. Sejak itu lah dia semakin ligat berkawat seluruh rumah. Pastu seminit pun tak reti duduk diam. Berlari ke sana, berjalan sini. Itu takpe lagi. Tapi I is surrender bila masuk bab memanjat sofa dan meja kopi! Boleh bikin ibu kurus tau duk mengejar dan guard dia daripada terjatuh.
Paling tak tahan bila dia sampai ke dapur. Habis dilembang nya segala tupperware dan cawan yang bersusun di atas rak. aduuii. Tak kurang juga kain baju di dalam bakul! Kita dah elok lipat, dapat dek dia, habis di selerakkan kain baju tu ke lantai. Ya Allah. *Sabarr..sabar..sambil urut dada*
Suka melaram dan faham erti cantik
Paling ketara bila Araa masuk usia 16 bulan ni, dia sangat suka kalau I letakkan tudung, headband atau topi di kepalanya. Bila dipakaikan aksesori ke badan dia, dia akan teruk menghala ke cermin dan melihat diri dia sambil tersenyum. hihi Araa akan sebut "atikk" yang pada fahaman I bermaksud cantik.
Araa juga dah pandai pakai seluar sendiri. Pastu bila abangnya balik dari mengaji, dia akan ambil kopiah abang Naufal dan dipakainya di kepala. Kena elok lah pulak cara dia mengenakan kopiah tu. Tersengih-sengih je bila berjaya letak kopiah atas kepala. Nak-nak pula kalau kita puji dia cantik, dan-dan tu dia letakkan tangan ke pipi sambil kepala terlentok ke sisi. Koya lah kau dik! bhahaha
Sifat keakuan yang comel terserlah
Start masuk setahun hari tu, Araa jelas nampak makin bijak. Bijak dalam mempamerkan emosi, bijak dalam berkomunikasi dan menuntut hak. Macam minggu lepas masa dalam kereta, si abam Naufal saja gedik gi rampas mainan ulat (soft toy panjang macam ulat) kepunyaannya.
Disyorkan Untuk Anda : Tudung Kanak-kanak Perempuan Jenama The Els Tanpa Gosok
Dari cermin pandang belakang, I nampak Araa mengamuk sambil melonjak-lonjakkan badannya dari baby seat untuk merampasnya kembali. Tak sampai seminit, dengar abam Naufal menangis pulak. Hah! Apa jadi?!
Rupanya si budak Hawraa ni dah mengetuk kepala si abang dengan botol air yang ada di dalam poket belakang seat kereta ni hahaha. Kesian campur nak tergelak ibu tau. Ye la. Padan lah dengan muka si abang pon! Sibuk nak ambil mainan adik, padahal mainan dia sendiri pun berlambak.
Dah reti bermain olok-olok (pretend play)
Carta ABC dan 123 yang dilekatkan di dinding untuk pembelajaran abang Naufal dan Nufael tu dah jadi tempat favourite Hawraa. Bila masuk je bilik tu, automatik dia akan ke carta tu sambil pointing dengan jari telunjuk kat setiap abjad dan bercakap "ataa, ta, tey, tey, tey.".
Sebijik macam cikgu tengah mengajar. Fuh kagum seketika ibu kau! Sebab selama ni bila ibu mengajar abang-abang nya, dia seolah-olah tak beri perhatian. Rupanya dalam diam, dia 'tangkap' dan imitate perbuatan ibu ye. Sama jugak kalau telefon. Tak kira lah remote TV ke, remote aircond ke, semua dia letakkan ke telinga, olok-olok macam sedang bercakap telefon.
Hawraa semakin sensitif terhadap perubahan emosi
Hawraa dah mula memahami emosi dan empati terhadap orang sekeliling. Contohnya bila dia makan biskut kegemarannya, I acah-acah minta sedikit. Seperti dijangka, dia memang tak bagi, dan lari menjauhkan diri. Pastu I buat-buat menangis, dia pun berpaling semula dan datang suapkan sedikit biskut tu ke mulut ibu dia yang mengada ni hahahah. So, dari situ I nampak dia dah reti kasihankan orang.
Macam tu juga bila ibu bertempik memarahi abang Naufal or abang Nufael. Dia yang tengah ralit bermain pun akan bangkit dan menuju ke arah abang-abangnya, berpegangan tangan lalu menangis sama. Aawww. So sweet.
Selain tu, dia juga faham intonasi suara ibu bila ibu sedih, bila ibu marah dan bila ibu nak bermanja-manja. Malah hanya melalui reaksi muka ibu saja pun dia dah boleh 'tangkap' emosi ibu pada dia ketika tu. Subhanallah~
Perkembangan pertuturan dan bahasa
Setakat hari artikel ini ditulis, Hawraa dah menguasai beberapa perkataan ringkas. Dia berjaya menguasai kemahiran dalam sebutan, kefahaman dan bila patut menggunakan perkataan tu. Antaranya :
Nak - sebutan ni paling jelas dan fluent. Dia sebut bila dia minta sesuatu dari tangan kita
Nah - perkataan informal bagi menunjukkan dia nak memberikan sesutau barang.
Atik - Cantik.
Nono - dia faham sebagai kata larangan
Amam - disebut bila dia nak makan
Pah - merujuk kepada Opah.
Mau - merujuk kepada kucing. dia sebut dengan suara halus mirip bunyi kucing
Anyah - Angah. Dia sebut bila nak memanggil abang Nufael
Perkembangan pertuturan Hawraa ketika usia 16 bulan ni nampak agak terkebelakang sikit berbanding abang Naufal dulu. Naufal masa dia seusia Hawraa ni dulu, dah boleh menyebut 'ibu' dengan fasih. Dan selalu bertanya 'apa tu' bila nampak sesuatu yang asing. Yelah, memang setiap anak takkan sama. Pengalaman melahirkan ketiga-tiga orang mereka ni pun masing-masing berbeza pengalamannya.
So memang tak adil la kalau I nak push Hawraa untuk petah bercakap serupa abang Naufal dulu. Bahkan, angah Nufael pun sekarang masih ada pelat-pelat bila bercakap biarpun dah umur 4 tahun. I just kena sabar banyak-banyak dan dalam masa yang sama, kena bagi rangsangan untuk Araa upgrade skill bertutur dan perbanyakkan perbendaharaan kata dia dengan cara membacakan buku cerita kepada dia sekerapnya.
Apa-apa pun I bersyukur dengan kurnia dari Tuhan di atas ketiga-tiga amanah ini. Anak itu amanah. Dan jangan lupa, anak itu juga adalah ujian. Semoga diberikan kemudahan dalam urusan kita mak-mak dalam membesarkan anak-anak. amin~
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
hehe comel..bagus jugak ada coretan milestone dia, nnt dia dh besar boleh baca, mcm so sweet gitu hehe.
ReplyDeleteYe betul. mamy siap buat wasiat email dan password untuk blog ni tau supaya anak-anak boleh sambung legasi mamy dia hihi. Biar blog ni jadi aset passive income untuk anak-anak pula lepasni melalui akaun adsense
DeleteAwak comel la Araa. Bertuah betul ada mak yang catat perkembangan awak. Saya ada baby jugak. Usia 1 tahun 1 bulan baru. Seronokkan tengok hal baru setiap hari. Baby saya mula berjalan di usia 11 bulan. Kemain gedek2 dengan skirtnya. Macam tengok anak sendiri plak. Haha
ReplyDeleteVery well awak. 11 bulan dah berjalan ya. True fighter ni. Besar esok confirm jadi superwoman ni
DeleteComel anak kak, Semoga ia menjadi penyeri hidup buat kak dan suami. Semoga menjadi anak solehah.. AMin
ReplyDeleteaminn..
Deletesekejap je baby Hawraa dah setahun lebih. Tup tup pejam celik pejam celik nanti dah 10 tahun, cepat je masa berlalu.
ReplyDeleteWaktu anak-anak masih kecil ni, memang seronok kita lihat perkembangan mereka.
Kan..tak terkejar kita.
DeleteSementara kecil ni lah mamy nak capture banyak-banyak moment dengan anak. Bila dah masuk sekolah, anak kita akan banyak dengan kawan pula
Hai adik semoga menjadi anak yang solehah dan juga berjaya dimasa dewasa dan dapat memberi kebahagiaan kepada kedua ibu bapa dan juga dapat berjasa pada negara jangan nakal-nakal ok hehehehe...
ReplyDeletenakal nakal manja tak apa hihi
Deletesuka tengok budak-budak membesar kan. boleh tahu sendiri perangai dia apa dia suka buat. time ni lah memang ibu kena rapat dengan anak2 dia.
ReplyDeleteYe Lia. anak dara sorang oii~ Kena cuba jadi kawan dia, supaya dah besar nanti bestfriend dia nombor 1 adalah ibu dia hehe
DeleteComelnya baby moga jadi anak Yang soleh dan kebanggaan keluarga
ReplyDeleteSolehah wak. It's a girl. Solehah girl.hihihi
DeleteKan baby semua cepat membesar, kejap pejam celik pejam celik dah masuk sekolah pun.
ReplyDeleteNanti bila dah besar bolehla buat rujukan, buat bacaan masa dorang dah besar nanti. Masa kanak-kanak cepat sahaja berlalu. Nanti ibu bapa mesti rindu time ada anak kecik kan. Hehe.
ReplyDeleteYeah sangatt! By the time I wrote this pun dah rindu baby Araa
DeleteSuka betul kita baca perkongsian pembesaran anak dr kawan-kawan. Tak salah dengar dan ambil tahukan. untuk pengetahuan masa depan jgak. eh
ReplyDeleteAtikkkk la si Ara ni, boleh lah melaram nak bagi pakai headband comel-comel lepas ni. Ada sesetengah budak, kita letak je dia terus tarik sebab rimas.
ReplyDeletecomelnyaa! geramm hehe btw saya follow sini ye yang ke #517 mind followback if free ya :D
ReplyDeletehttps://sayesyadiya.blogspot.com