Perceraian. Siapa pun menang, yang menjadi mangsa tetap anak-anak

Sungguh. Dalam perceraian tidak kira siapa benar siapa salah di antara si isteri dan si suami, yang terluka dan menjadi mangsa tetap anak-anak. Berikut merupakan petikan perkongsian dari Puan Aini (bukan nama sebenar) melalui laman facebook bercerita tentang kisah hidupnya. Semoga menjadi pedoman buat kita semua. Ingatlah, anak-anak itu harta yang tidak ternilai harganya. Tanpa sedar rupanya kita telah banyak melukakan mereka

"Salam cikgu. Saya terbaca post cikgu tentang kebobrokan suami dalam rumahtangga yang seterusnya meruntuhkan mahligai kami. Saya salah seorangnya."

"Suatu hari saya dihubungi seorang perempuan yang memaklumkan saya bahawa dirinya merupakan teman wanita kepada suami saya." puan Aini memulakan cerita.

 "Perempuan itu menuntut janji suami saya untuk berkahwin dengannya. Reaksi saya? Saya tidak mengamuk mahupun memaki hamun perempuan tersebut kerana hati saya sudah lama menghidu akan perkara ini. Saya juga kena kuat menahan emosi ketika menerima berita ini, memandangkan pada masa itu saya masih di tempat kerja."

"Saya bekerja sebagai pegawai bank dalam bidang khidmat pelanggan jadi secara hakiki saya sudahpun terlatih dalam mengawal emosi."

"Saya ringkaskan cerita saya ya cikgu."

"Akhirnya saya dan suami bercerai semasa anak kami berumur empat tahun, iaitu setelah setahun 'rahsia' suami terbongkar."

"Saya masih ingat waktu awal-awal perkahwinan kami cikgu"

"Suami bekerja dalam bidang kontraktor, jadi duit memang mewah lah. Setelah bercerai, entah di mana silapnya, kariernya merudum jatuh. Kontraktor yang tiada job, umpama hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang."

"Sehinggakan dia terpaksa menyewa bilik sebab tak mampu untuk menyewa sebuah rumah"

"Ironinya cikgu, ex-husband saya tak berkahwin pun dengan perempuan tu. Nasibnya umpama yang dikejar tak dapat. yang dikendong berciciran."


"Berbeza dengan hidup saya"

"Alhamdulillah, dalam tempoh setahun selepas menjadi janda dan berstatus ibu tunggal, saya berjaya dapat kunci rumah pertama saya dan dikurniakan rezeki untuk memiliki beli kereta baharu."

"Walaupun begitu, saya tidak menaruh dendam terhadap ex-husband sebab demi menjaga hati anak, hubungan saya dan bekas suami baik. Kami mengambil kata sepakat untuk sentiasa berkomunikasi secara rasional dan profesional demi kebaikan anak tunggal kami."

"Sekarang anak sudah berumur 10 tahun dan baru-baru ni, tiba-tiba anak saya bertanya semula apa sebenarnya yang terjadi dulu. Suatu hari, saya lihat ada nota yang ditulis.

Lebih kurang begini   
"Why did he cheated"
"How does he felt?" 
"He loves her more than mommy and me"


"Sedih saya membacanya. Saya sangkakan walaupun saya masih baik dengan bekas suami, hati anak saya takkan tercalar."

"Tapi saya salah! 

Dalam hubungan suami isteri, sama ada suami menang atau isteri menang, yang kalah tetap si anak."

"Saya izinkan cikgu share cerita & nota anak saya sekiranya cikgu nak guna untuk nasihat pada suami isteri dan bakal pengantin. Terima kasih sudi baca".

Kredit: facebook

Dalam hubungan suami isteri, sama ada suami menang atau isteri menang, yang kalah tetap si anak
hak penjagaan anak selepas bercerai perasaan lelaki selepas bercerai pengalaman selepas bercerai memulakan hidup selepas bercerai kesan perceraian

3 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. allahuakhbar.. itula disebalik akad ketika nikah datangnya dgn tanggungjawab yang berat. lagi2 bila dah ada anak2.. kehidupan bukan hanya suami dan isteri saja.. mmg anak2 akan jadi mangsa. tapi soal penceraian ni sangat subjective. memang perit tp kadang2 inilah jalan terbaik..

    ReplyDelete
  2. betul tu..anak tetap jadi mangsa tapi berbeza kalau suami dan isteri bercerai dengan cara baik. even bercerai pun masih berbaik..insyaallah takkan beri tekanan pada anak2. tak perlu nak burukkan antara sesiapa depan anak2

    ReplyDelete
  3. betul tu syu.
    jiwa anak tercalar, tapi seperti mak ayah yang berusaha rahsiakan perasaan kecewa, anak anak juga biasanya akan simpan perasaan mereka, namun sedikit sebanyak jiwa mereka tetap tercalar.

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.