Secara ringkas, perkataan burnout ini digunakan untuk menggambarkan stres di tempat kerja. Saban tahun terdapat peningkatan yang ketara dalam kes 'burnout' di Malaysia. Nak-nak pula dalam situasi pandemik begini, gejala 'burnout' dah macam trend pula, especially di kalangan petugas barisan hadapan.
Term burnout ni didefinisikan sebagai satu keadaan di mana seseorang individu itu mengalami keletihan fizikal, emosi, dan psikologikal disebabkan oleh pekerjaan.
Dalam sehari dua ni pun Syu perasan banyak post pasal markah SKT atau Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, LNPT di media sosial.
Ada yang post bermegah dan gembira dengan markah prestasi mereka yang tinggi. Yang megah dan riak begitu tidak lah ramai , tapi golongan toksik macam ni ada wujud je di kalangan rakan sekerja kita.
Tapi rata-rata, lebih ramai yang mengadu sedih dengan markah prestasi rendah nau nau. Kebanyakan mereka tidak puas hati markah SKT yang mereka perolehi tidak setimpal dengan usaha dan komitmen mereka.
Katanya kawan mereka yang meraih markah 90% ke atas tu macam tak layak je dapat markah tu.
Rasa amat terkilan dan teraniaya, terutamanya bagi mereka yang merancang untuk memohon kenaikan pangkat atau ingin sambung belajar dengan biasiswa JPA.
Haa sampai berparang-parang kau! Tak puas hati markah SKT rendah dari tahun lepas |
Maksud Berprestasi Rendah
Berprestasi rendah bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meraih markah LNPT kurang daripada 60%. Kalau dalam KPM, pegawai yang berprestasi rendah ini berpotensi untuk tidak naik gred atau lebih teruk, boleh dikenakan exit policy
Mengatasi Rasa Terkilan
Tak mengapalah awak, Awak lebih tahu cara kerja awak level mana. Allah melihat semua tu. Kalau waktu ni, awak masuk ke bilik penyelia meminta penjelasan kenapa dapat markah yang rendah, semua itu akan jadi sia-sia. Confirm seribu alasan akan diberikan jika kita mempersoalkan markah kita.
Lagipun mereka takkan ubah pun markah tu. So, tak payah lah membazir masa dan air liur. At the end kita juga akan jadi lebih tertekan.
Cuba Untuk Menjadi Lebih Positif
Yer faham jer. Kebanyakan yang menyuarakan rasa terkilan, sedih dan kecewa tu sebenarnya sebab merasakan markah yang diberikan tu sangat bersifat peribadi dan based on emotion semata-mata, bukan dari hasil penilaian kerja yang sebenar.
Tak mengapalah. Sebagai seorang pemimpin, mereka akan dipersoal di hadapan Tuhan, dan dia akan dapat bahagian dia di sana nanti. Allah dah janji, doa hamba yang teraniaya akan dimakbulkan.
Betulkan Niat Kenapa Kita Berkerja
Kita berkerja untuk mencari rezeki yang halal untuk keperluan anak-anak. Kerja hakiki kita itu juga merupakan ibadat. Dengan membetulkan niat utama kita berkerja, insyaAllah hati kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.
Peringatan Buat Tukang Beri Markah
Kepada pemberi markah, kalau kalian terbaca penulisan ini, mohon pergilah ulangkaji semula SOP penilaian dan tatacara pemberian markah kepada anak buah kalian.
Andai pegawai bawah seliaan kalian bermasalah dari segi waktu kerja dan keberadaannya di tempat kerja, kalian sebagai ketua wajib menegur dan memberi sekurang-kurangnya tiga kali amaran.
Bukan pergi mencanang keburukan anak buah kalian serta membawang sana sini.
Sikap sebegini tidak mencerminkan ciri pemimpin yang sebenar, malah ia juga dilihat seperti "menyelak kain" menunjukkan kelemahan sendiri kerana kalian gagal handle anak buah kalian dengan bijaksana.
Namun sekiranya pegawai di bawah kalian sejenis yang problematic dalam melunaskan tanggungjawab hakikinya, kalian berhak bagi dia prestasi rendah.
Penjawat awam spesies sebegini akan menyusahkan rakan sejawatan, yang terpaksa menanggung kerja mereka.
Tapi andai kalian bagi dia markah rendah atas faktor nak tunjuk kuasa, dendam, iri hati atau atas dasar tidak sebulu sama ada berlainan pegangan atau negeri asal misalnya, haa mohon cermin-cerminkanlah diri dan audit semula hati tu.
Adakah kalian termasuk dalam kategori toxic boss?
Jika iya, segeralah bertaubat. Berhentilah mendera emosi dan menganiaya orang bawahan kalian.
Ingatlah, kuasa itu hanya pinjaman sementara. Ancaman yang dahsyat dijanjikan kepada pemimpin yang tak adil dan lalai dalam amanahnya.
Pemimpin / Boss Toksik Boleh Dikenali dari 10 Ciri ini
Ciri Boss Toksik 1: Dia saja yang betul
Mereka merasakan mereka mengetahui segala-galanya. Dia akan tatang dan angkat pekerja yang mengampu dan menyokongnya membabi buta, biarpun tindakan itu salah. Pada pekerja yang berpendirian mempertahankan hak dan bersuara, akan dianggap mencabar dia sebagai ketua dan mereka akan diturunkan.
Ciri Boss Toksik 2: Pilih bulu (bias)
Dia cenderung untuk mempunyai beberapa orang staf favorite dia. Bukan gemar atau suka atas dasar performance kerja. Tapi lebih kepada dasar personal, sama ada gender bias, racism, budaya jahiliyah (as-sobiyah berpuak-puak/semangat kenegerian) dan juga faktor kepentingan peribadi.
Ciri Boss Toksik 3: Suka provok dan mengadu domba
Mereka cari tahu apa yang boleh buat kau triggered. Dan bila dia dah tahu, dia akan jadikan itu sebagai senjata dia untuk provok emosi kau, sampai kau hilang semangat berpasukan. Memang sejenis manusia toksik ini suka manipulate orang, dan kalau boleh dia nak control semua! Dia suka melebihkan sekumpulan staf kegemarannya saja, sebaliknya kumpulan staf yang satu lagi dia abaikan. Akhirnya tercetus persaingan yang tidak sihat dalam organisasi. (dengki mendengki)
Disyorkan Untuk Anda Baca : Personaliti Narsistik Seperti Sudah Menjadi Epidemik di Malaysia
Ciri Boss Toksik 4: Mengaibkan secara terbuka
Orang atasan yang narsis dan toksik tidak rasa serba salah menegur dan merendahkan anda di hadapan rakan sekerja yang lain atau point out kelemahan anda di dalam mesyuarat umum. Haihz serius amat memalukan bila di dalam meeting ramai-ramai, nama kau tiba-tiba dipetik dan dilaporkan sekian-sekian hal di khalayak ramai.
Ciri Boss Toksik 5: Tak pernah memberi rangsangan moral
Berat sekali mulut dia untuk menghargai apatah lagi nak memberi pujian atas pencapaian anda. Yeap, they never give you constructive feedback or helpful advice on how to improve. Never!
Ciri Boss Toksik 6: Suka ambil nama
Dia sejenis licik. Sudah lah tak pernah bagi recognition kat staf. Lepastu segala hasil kerja kita, susah payah kita, dia yang dapat nama. Kita yang bertungkus-lumus pagi sampai ke petang, last-last reputasi dan credit, dia je yang kaut! Nama kita, langsung tak sebut. hmmm
Ciri Boss Toksik 7: Pandai berkata belakang
Yerr dia memang CEO of talking about people behind their back! Budaya gosip ni merupakan environment toksik yang terbesar di tempat kerja. Sesiapa saja takkan suka bila ada orang bercakap atau mengumpat kita di belakang, apatahlagi ianya datang dari mulut seorang ketua.
Ciri Boss Toksik 8: Mimik muka sinis
Bos jenis ini suka memberikan komen dan bahasa tubuh yang menyakitkan hati. Contohnya seperti, mencebikkan mulut tatkala kita bangun menyuarakan pendapat kita. Atau memutarkan anak mata ke atas (rolling eyes) bila kita mengadu atau melaporkan sesuatu padanya.
Ciri Boss Toksik 9: Tak mengaku kesalahan
Atas dorongan keegoan dan keangkuhan yang tinggi, dia tidak pernah nak mengaku kesilapan dia, apatahlagi nak bertanggungjawab ke atas kegagalan tersebut. Sebaliknya dia lebih memilih untuk mencari 'kambing hitam' untuk dipersalahkan.
Ciri Boss Toksik 10: Mencantas
Dia tak minat mendengar. Bila kau cuba menyuarakan sesuatu, dia akan cepat-cepat cantas kata-kata kau. Dia takkan terima sebarang teguran dari pekerja lapisan bawah, kerana baginya, itu akan mencalarkan kredibilitinya sebagai seorang bos. Umpama anak nak menegur bapak la. "Mana boleh!!" katanya.
Jadi dalam senarai 10 ciri boss yang toksik ini, ada tak mana-mana ciri yang kalian nampak ada dalam diri kalian?
Pentadbir, manager, penyelia, pegawai kanan, pengarah; tidak kira apa jua gelaran kalian, yang pasti, satu je. Kalian ini adalah pemimpin.
Beratnya panggu seorang pemimpin itu, sampai dikatakan sebelah kaki sudah di neraka. Jadi, fikir-fikirkanlah.
Majikan yang bagus, dia akan fikir sampai ke anak kepada staf dia. Dia fikir ke mak ayah kepada staf dia. Dia fikir tentang isteri/suami kepada staf dia. Sebab dia tahu, staf dia berkerja untuk support ahli keluarga mereka sendiri dan dari situ dia akan belajar jadi majikan yang ada 'ihsan' dan bukannya bersifat 'tuan' yang cuma tahu menghukum tanpa rasa 'belas'.
ppsm panel pembangunan sumber manusia tidak puas hati markah skt borang jpa prestasi 3 2002 lnpt laporan nilaian prestasi tahunan sasaran kerja tahunan kesan markah prestasi guru rendah markah lnpt untuk kenaikan pangkat, aduan markah prestasi rendah, pekeliling penilaian prestasi, contoh justifikasi pemberian markah prestasi
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Markah 86.79% ni kira rendah ka ok?
ReplyDeleteSebab aku penah dgr kawan aku ckp yg suaminya x dpt sambung belajar dengan biasiswa bila panel tgk markah dia 86%+- selama 3 tahun berturut2...
bagi aku, skt ni kadang2 merisaukan aku gak sebab aku plan nak sambung belajar dengan biasiswa...kena 85% 3taun beturut2 tak silap aku..baru boleh mohon..kalo dah taun lepas tak capai 85, maknanya lagi 3 4 taun baru bole mohon...
ReplyDeleteBos Mrs. A patut baca nih! eh! muahahahaa...
ReplyDeleteso far so good. markah 90an je. kesian kat penjawat awam yg dpt markah rendah krana pilih kasih.
ReplyDeleteNama pun cari rezeki.cari rr rezeki elok2...jgn jd kaki jilat bos kipas bos...tukang bawak cerita...buruk2 kwn sekerja..makcik bawang hanat..kesian kerani. Letih pala otak keje xputus. harap mengerti..pentadbis ke, AKP ke semua ada tanggungan..dan kerani tunjang pentadbiran..tapi ramai pentadbir tak hargai tu..sebab problem kecik2 je pentadbir hukum potong mrkah lnpt..yg kerani korban cuti sebab nak tlg setel kenaikan pngkat korang tu..tak nampak..pengorbanan yg tak dihargai..bukan mintak duit gaji korang pun..cuma nak secebis penghrgaan..tgok pokok..tahu mana duduknya kerani..dan subur pokok krn tunjang..igt..kerani tunjang pentadbiran..hargai kerani
ReplyDeletei hope this toxic work culture will change.
ReplyDeleteBut for muslim this can become one of the way for you to rack up pahala.
Ever heard that if a person are treated wrongly, their doa will be heard more and easy to be fulfilled. Do doa that this work culture will change and doa for your beloved ones and eases your day to day routine ��.
As for the workload. Because you work harder than everyone else but dont get the pay higher than anyone else. Allah will not let your hardwork goes to waste. This hardwork will in turn change to other form of rezeki. You will notice sometime your children ace in their school, your family are loving and bonding and other form of rezeki coming.
This is just sharing. Im against the kind of this toxic workplace but for muslim who are struggling in this line of work. Remember all your efforts are seen by Allah and he will repay you and judge you way better than human judge you ��