Final Exam : Week 2
Isnin ni aku bakal mengadap exam OSPE. Beratus-ratus nama ubat kena ingat oii. Bukan takat nama je! Strength, dosage, side effect, indication dan contra-indication dia sekali kena hapai. Dari awal tahun dah mula bermain dengan generic name & trade name ubat-ubat ni. Tapi sampai lar ni~ bulan 11 masih lagi tak dapat betul-betul nak master. Syioknye lahai kalau memori aku ni macam computer memory yang boleh stored up to thousand of Gigabytes dan takkan hilang selagi tak di delete!
Orang yang kuat memori selalunye kita panggil orang tu PANDAI atau genius. Jadi kalo kita mampu upgrade memori kita, mesti kita boleh jadi pandai kan..insyaAllah. Tapi sebagai manusia, manalah boleh nak disamakan macam computer yang boleh di upgrade-upgrade RAM. ahaks! Tapi apa yang kita mampu adalah mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada poor memory load atau bahasa kasarnya benak:
So apakah dia perkara-perkara yang boleh membuatkan kita benak? Jom kita scroll satu persatu hokey!? Punca memori low yang paling kerap kita lakukan tanpa kita sedar adalah
So apakah dia perkara-perkara yang boleh membuatkan kita benak? Jom kita scroll satu persatu hokey!? Punca memori low yang paling kerap kita lakukan tanpa kita sedar adalah
-> Tidak menjaga pandangan.
Abah aku selalu pesan "Kakcik, tengok-tengokkan adik tu siket, ape dia
buat main internet lama-lama. Kut tengok benda-benda tak elok ke ape dalam
tenet tu. Sok kalo da bese tengok benda-benda macam tu, susah nak ngaji.."
**[bahasa abah aku~ Ngaji = Belajar]
-> Ghairah pada hal-hal keduniaan.
Berangan jadi kaya. Berangan hidup mewah. Fikiran selalu melayang dengan angan-angan yang menjurus ke arah duniawi macam nak jadi orang penting, famous, nak mewah macam artis dan sebagainya.
-> Melakukan maksiat.
Remaja zaman sekarang ni tak sah kalo takde couple. Boleh kira dengan jari budak-budak yang masih jomblo atau single.
Trend sekarang ni gini tau! Mana-mana kawan yang ade pasangan, diorang bangga! Sedang yang single pulak, duk gelisah tak sudah (takut-takut jodoh takde sampai ke tua) [Pesanan utk diri ak jugak]
Sebenarnye, kapel tu sendiri pon dah haram.. apetah lagi berpasang-pasangan dan pada masa yang sama, buat maksiat. Mula-mula memang la terpegang tangan je, lama-lama makin banyak 'ter' dan 'ter' dan...last-last ter-chekin ehh tiba-tiba dah terlanjur. Sama-sama la pikirkan.
Trend sekarang ni gini tau! Mana-mana kawan yang ade pasangan, diorang bangga! Sedang yang single pulak, duk gelisah tak sudah (takut-takut jodoh takde sampai ke tua) [Pesanan utk diri ak jugak]
Sebenarnye, kapel tu sendiri pon dah haram.. apetah lagi berpasang-pasangan dan pada masa yang sama, buat maksiat. Mula-mula memang la terpegang tangan je, lama-lama makin banyak 'ter' dan 'ter' dan...last-last ter-chekin ehh tiba-tiba dah terlanjur. Sama-sama la pikirkan.
So bagi sapa yang dah 'ter'couple tu ~ terpulang la kat hangpa nak putus ke nak paused kejap hubungan tu ke, ikut hangpa la. Yang penting, nak dating kaluu, bawak la kakak ke adik ke abanglong ke. Tak pon hangpa kurangkan je kekerapan hangpa berdating. Terutama perempuan, kalo "pakcik" hangpa asyik ajak nak jumpa je, tolak la dengan memberi pape alasan. Jual mahal itu tanda keanggunan hokey! hehe..
-> Banyak dosa.
Setiap dosa yang kita buat akan meninggalkan titik hitam pada hati, kesannya cahaya
ilmu gagal menembusi hati kita. Bila banyak dosa, hati akan sukar menerima & faham ilmu. Jadi keraplah lakukan solat sunat taubat ye kawan-kawan. Mudah mudahan dosa kita diampunkan.
-> Memakan / mengambil benda yang haram.
Contohnya korang makan makanan yang dikhuatiri halal atau haram, atau memang haram.
Atau menggunakan harta yang bukan hak kita (mencuri). Orang melayu sekarang ni, kalo dah ade berita yang menyebarkan sesuatu produk yang haram atau status produk tu was-was, tetap
jugak nak justify berita tu dan buat ayat menyedapkan hati sendiri~ "Ala, emel berantai tu biasanya propaganda syarikat pesaing je tu. Dah syarikat dia jual ubat gigi tak laku, dia sebarkan la fitnah tentang syarikat ubat gigi ni" Padahal, hakikat dalam hati dia dah ragu-ragu dah. Kata-kata tadi tu sengaja diucapkan untuk mewajarkan diri dia untuk meneruskan penggunaan produk tersebut. Alahaaiii...
-> Pemakanan yang menyebabkan otak cepat tua.
Kitab Al Jauhar Al Mauhub ada menyatakan memakan kazbarah basah (daun ketumbar)
boleh mengurangkan daya ingatan. Ada lagi satu, makan tuffah masam (epal hijau)
pon boleh sebabkan kelupaan.
-> Tak menjaga lidah.
Mulut tu selalu cakap benda-benda yang lucah, atau mencarutt. Konon-kononnye cool sangat la mencarut dalam English. Ceh! Cuba hangpa jadi pemerhati pulak dan tengok lagak orang lain duk mencarut-carut gitu, kompom korang pun naik berbulu telinga duk dengar.
Lagi satu, buruk sangka, fitnah dan mengumpat. Pun tak elok juga untuk orang yang belajar.
Perkara-perkara ni boleh menyebabkan kurangnye keberkatan hidup. Bila
kurang berkat, ia akan beri kesan pada kehidupan kita seharian.
-> Sombong dengan ibu bapa.
Dulu masa kecik-kecik, tiap kali nak pegi jejalan ramai-ramai, abah mesti
akan ceramah dalam kete sementara nak sampai ke destinasi kami.
Antara yang slalu disebutnye, tentang inilah! Kisah anak yang sombong
dengan mak bapak. Kata abah, anak-anak yang sombong dengan mak bapak
ni takde untungnye, sebaliknya dapat susah lagi ade. Dalam apa-apa pon
pekerjaan yang kita lakukan, kalo tak diiringi doa dan keredhaan mak bapak, huh!
susah la hangpa nak berjaya. Sama jugak kalo dalam pelajaran! Pastu bila dah
berjaya dan hidup senang nanti, jangan la berkira sangat dengan mak bapak kite.
Walau kita berjaya jadi jutawan sekalipon, tapi kalo sombong dengan mak bapak,
hidup kita takkan selamat. Jadi jangan sombong sangat! Hangpa baru berjaya kat
dunia je akhirat belom pasti. So! Hangpa yang khusyuk membaca ni, dah call mak ayah hangpa dah ke harini?! ahaks!
-> Lokek ilmu.
Ada setengah orang pikir kalo dia share ilmu dia, nanti dia rugi. Contohnya~ kita sekarang dalam study week kan. Ade sorang ni tengah fokus study kat library, tiba-tiba datang sorang kawan dia tanya tentang pelajaran. Then disebabkan dia pun nak stadi, jadi dia kerutkan dahi dan jawab "Aku tak tahu la.." sebab malas nak layan.
Pastu ade jugak spesis yang takut orang lain akan score lebih tinggi dari dia! So dia ambik keputusan untuk tidak mahu share ilmu dia. Tapi yang sebenar-benarnya, perbuatan macam ni lah yg telah merugikan diri sendiri! Sebab apa?! Sebabnye,KEBERKATAN. Sekali lagi soal berkat dibangkitkan. Andai hidup kite takde barokah, memang perjalanan hidup kita takkan dapat bantuan dari Allah. Apapun yang kita buat takkan dipermudahkan Allah. Dan sebab itulah bila ulangkaji pelajaran, kita susah sangat nak ingat.
Cuba kalo kita ikhlaskan hati mengajar / bantu kawan kita yang lemah, InsyaAllah ilmu tu akan bertambah "lekat". Nak-nak pulak kawan yang kite bantu tu senang dan redha dengan kita, pastu dalam hati, dia berdoa untuk kita. Huih bertambah-tambahlah berkat dalam ilmu kita tu. Jadi, aku
nak tekankan kat sini yang, TAKDE PEKDOH NYE KEDEKUT ILMU. Lagipon ilmu yang kita ada ni pon Allah yang pinjamkan. Jangan perasan sangat yang ilmu ni milik awok!!
-> Makan berlebihan.
Makan banyak atau sampai nak pecah perut boleh menyebabkan diri kita unproductive dan
kurang daya tumpuan. Ada setengah orang cakap boleh 'benak hati'.
-> Melihat sesuatu dalam periuk rebusan.
Contohnye rebus sup tulang atau buat tomyam, jangan la hangpa jengah kepala ke
dalam periuk tu, makruh dan boleh menyebabkan seseorang menjadi pelupa. (Kitab Al Jauhar Al Mauhub / Permata pemberian yang Indah)
Okey..selamat meninggalkan amalan-amalan yang boleh membuat korang gelap hati atau benak ye korang! Dan gudlak juak pada ku hakhak. Moga dapat dekan lagi! Aminn..
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
tui tui tui... tanak lah kapel2 nie.. tanak la masak2.. tanak la makan2.. agak2 pandai?? weh ang lupo nak tuleh.. kalu makan semut benak 44 hari.. yati kata..
ReplyDeleteitu sudah lebey..
ReplyDeletetui gak semut mmg wat jadi lupo.
xmkn buley tp x kapel hmmm...buley ke
haha pndai jge dri sudaa ;P