Dalam keghairahan bakal-bakal pengantin dalam menyediakan persiapan perkahwinan, ramai yang memandang remeh akan checklist barang dan urusan yang diperlukan pra-perkahwinan. Bagi Syu, membuat senarai semak ni dah terlalu sebati dengan diri. Malah nak membeli belah 2- - 3 barang pun aku akan sediakan list supaya tak terberbelanja lebih.
Bukan nye sebab aku rajin, tapi kita kan manusia. Biarpun otak kita masih muda dan berkeupayaan mengingat dengan baik, tapi kadang-kala faktor kesibukan dan stress boleh buatkan kita terlepas pandang akan perkara-perkara kecil tapi penting.
Checklist barang perkahwinan PKP
Jadi, ini antara checklist yang aku sediakan, moga-moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.. Aminn..
1. KEPERLUAN ASAS PENGANTIN
Prosedur Pernikahan
Kursus pra-perkahwinan
Maskahwin
Wang hantaran Surat Akuan Bujang Hubungi & tempah jurunikah Wali & Saksi Ujian kesihatan (HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan Cincin tunang Cincin kahwin Barang kemas
Busana Pengantin
Baju pengantin lelaki
Baju pengantin perempuan
Baju salinan pengantin lelaki Baju salinan pengantin perempuan Tanjak dan samping Keris? Tudung Veil Barang kemas Kerongsang Kasut Safety pin ________________
Andaman & Tatarias
Tempat duduk pengantin (semasa akad nikah)
Tempah juruandam / jurusolek
Pelamin dan aksesori Bunga pahar Bunga manggar Bunga pegang (hand bouquet) Hiasan bilik tidur Pintu gerbang Inai Payung ________________ ________________
Hantaran
Tempah penggubah hantaran / DIY
Jika DIY : Beli barang di kedai kraf
Sewa dulang hantaran Hiasan dulang
Idea Barangan Hantaran (Lelaki)
Sirih junjung
Potpurri
Al Quran Kain pelikat Baju (sepersalinan) atau kemeja Songkok Sampin Kasut Jam Ipad Iphone/smartphone Kek Tali leher
Tali pinggang
Jersey sukan e.g. Baju Manchester United
Set Penjagaan diri seperti set pencukur atau minyak wangi
Idea Barangan Hantaran (Perempuan)
Telekung / sejadah
Beg tangan
Jam Set peralatan solek Set penjagaan diri Barangan kemas seperti rantai, gelang, subang Buah-buahan Manisan/Cokelat Kek Pulut kuning Buah-buahan Minyak wangi
Pengapit pengantin
Pengapit pengantin lelaki
Pengapit pengantin perempuan
Bulan Madu
Ambil cuti
Sewa kenderaan
Tempah hotel, tiket kapal terbang Rancang aktiviti sepanjang bulan madu
2. PENGURUSAN TEMPAT
Sewa Lokasi
Sewa kanopi
Sewa jalan
Sewa dewan Sewa hotel / taman Sewa meja dan kerusi Sewa sistem PA Mikrofon Pembesar suara Kipas Lampu
Hiasan Lokasi
Upah penghias
Hiasan meja
Hiasan kerusi Alas meja Skirting Hiasan meja pengantin ________________ ________________ ________________
3. MAKANAN
Tempah katerer
Tempah tukang masak (gotong- royong)
Nasi
Lauk pauk Buah-buahan Minuman Kuih-muih Kek Menu makan beradab Penanggah pengantin Penanggah tetamu Makanan untuk orang gotong-royong (sebelum & selepas majlis) ________________ ________________ ________________
4. PROTOKOL
Cara Jemputan
Senarai tetamu ibubapa
Senarai tetamu sendiri
Senarai tetamu adik beradik Kad jemputan Setem Facebook RSVP Emel E-kadPengurusan Majlis Aturcara majlis Tempah pengacara majlis
Skrip pengacara majlis
Tempah penyelaras majlis (floor manager)
Panduan penyelaras majlis
Penyambut tetamu Pengiring tetamu kehormat Panduan tempat duduk majlis resepsi Pemberi ucapan Pembaca doa
Perunding majlis perkahwinan (wedding planner)
________________
________________
5. CENDERAHATI
Tetamu
Cenderahati rombongan pengantin
Cenderahati tetamu istimewa
Cenderahati tetamu biasa Bungkusan makanan (berkat)
Pembantu
Cenderahati ibubapa
Cenderahati adik beradik
Cenderahati saudara-mara/ Jiran ___________________________ ___________________________ ___________________________
6. RAKAMAN MEMORI
Tempah jurufoto
Panduan jurufoto
Pembantu jurufoto
Tempah juruvideo Panduan juruvideo Pembantu juruvideo
7. HIBURAN
DJ
Formasi kompang
Silat pengantin
Kumpulan marhaban / berzanji Persembahan multimedia ________________ ________________
8. PENGINAPAN TETAMU
Tempah hotel atau homestay (rombongan pengantin)
Tilam / alas tempat tidur
Bantal
Selimut
9. PENGANGKUTAN
Sewa kenderaan (perjalanan pergi balik rombongan ke majlis bertandang)
Sewa kenderaan (hantar dan ambil pengantin dari tempat majlis)
Kereta khas (untuk kecemasan / warga emas / kanak kanak)
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
thank you atas sharing...doakan perkahwinan saya
ReplyDelete