Lenggang perut,doa selamat,solat hajat

Anonymous
0
Melenggang perut- aku tak pernah ada pengalaman dalam keluarga di Perak mengadakan upacara lenggang perut. Baik untuk kakak aku, mahupun menghadiri majlis lenggang perut saudara-mara terdekat. Ini la pengalaman pertama aku terlibat dengan majlis lenggang perut.

Kalo ikut adat orang dulu-dulu, lenggang perut diadakan bila kandungan menjangkau 7 bulan, dan diadakan masa bulan hala turun (15 haribulan ke atas- mengikut tahun Hijriah). Jadi Mak ngan Ayah mertua aku buat arini Sabtu 5 Januari 2013 bersamaan dengan 22 Safar, memang kene sangat lah tu..seminggu selepas bulan penuh.

Orang dulu-dulu bersalin dengan tok bidan, jadi rasional upacara lenggang perut ni lebih kurang macam nak booking tok bidan la. Tapi sekarang dah tak lagi, semua kena bersalin kat hospital. Tapi amalan ni masih lagi diteruskan kat kampung Pusu Tiga ni, cuma beberapa upacara-upacara yang cenderung kearah khurafat tu dah tak diamalkan lagi umpama upacara yang pakai buah nyior dan lain-lain. *aku pon tak pasti cemane upacara nye*

Apa yang aku tahu, pada hari kejadian, tok rasa perut aku, nak tahu kedudukan anak. Kemudian mandikan aku dengan air limau nipis satu gelen, dan air solat hajat satu gelen. Pastu tok bagi aku telur ayam kampung untuk dimakan setengah masak. Untuk selusuh katanye.

Lepas zohor, ade la makan-makan sikit. Antara menu nye : Nasi kuning, gulai ikan aya (ikan tongkol), ayam goreng rempah, sambal belacan. Laksa Terengganu kuah merah, laksa Terengganu kuah putih, laksa Penang, bubur kacang, kuih cream puff. *tak sempat nak capture menu tuk kenuri. I'm so busy oke hehe*

Tetamu terakhir yg datang makan pukul 8:30 PM. Dan alhamdulillah semua makanan selesai, tiada pembaziran. At the end of the day, kami empat beranak 'tido kerah kong' keletihan sampai ke pagi.. Papepon, mekasih kat Mak, Ayah, Incik Asben dan geng-geng dapur yang terlibat.

Minggu depan I'm going back to Perak..babai semua orang kampung!. Jumpa pulak lepas bersalin nanti. ^_^ 

Annur: Ada satu lagi selusuh yg agak famous. Orang sini panggil, sanggul siti fatimah. Sejenis tumbuhan macam rumput gitu, rendam dalam air, minum hari-hari bermula bulan ketujuh kehamilan sampai la cukup bulan. Doakan aku selamat melahirkan ^_^
Tags

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!