Tempoh Ideal Untuk Hamil Selepas Pembedahan Caesarean

Bilakah masa yang sesuai untuk hamil semula selepas pembedahan Ceserean? | Sekarang ni makin ramai ibu melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, sama ada dilakukan secara elektif atau kecemasan. Pembedahan Caesarean elektif didefinisikan sebagai pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan bayi dalam rahim pada tarikh yang dirancang, manakala pembedahan kecemasan pula merupakan pembedahan caesarean yang dilakukan serta-merta kerana bayi dalam kandungan atau ibu yang hamil berada dalam keadaan terancam.


Kehilangan darah melalui prosedur pembedahan

Dianggarkan seorang wanita yang menjalani pembedahan Caesarean akan kehilangan antara 300ml hingga 1500 ml darah. Jika ia dilakukan secara kecemasan, darah yang hilang mungkin lebih banyak lagi! (source: “Estimation of Blood Loss During Caesarean Section: Journal Pakistan Medical Association 2006" Fauzia and Mueenullah Khan, et al)


Kecederaan dan kerosakan fisiologikal akibat pembedahan

Dalam prosedur pembedahan caeserean dijalankan, banyak otot pada abdomen dan saluran darah yang terpaksa dipotong untuk memberikan ruang agar bayi dapat dikeluarkan. Doktor akan memotong kulit, tisu lemak, tisu otot pada abdomen dan memotong otot pada dinding rahim bagi mengeluarkan bayi. *isk~ngilu*

Bilakah masa yang sesuai bagi seorang wanita untuk hamil semula selepas menjalani pembedahan Ceserean?
Bilakah masa yang sesuai bagi seorang wanita untuk hamil semula selepas menjalani pembedahan Ceserean?

Bilakah masa yang sesuai bagi seorang wanita untuk hamil semula selepas menjalani pembedahan Ceserean?

Ramai pakar perbidanan mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara pembedahan perlu menunggu antara 18-24 bulan untuk hamil semula, bagi membolehkan proses penyembuhan berlaku sepenuhnya.Semakin lama masa untuk menjarakkan kehamilan seterusnya, semakin baik untuk proses penyembuhan. Ini kerana proses kehamilan adalah satu proses yang agak mencabar dari segi fizikal dan mental seorang wanita.


Tempoh ideal untuk hamil semula selepas pembedahan caesarean

Proses penyembuhan adalah berbeza bergantung kepada individu. Secara keseluruhannya, penyembuhan otot-otot yang tercedera ini adalah sebanyak 50% selepas tiga bulan dan otot mempunyai kekuatan sebanyak 80% apabila mencapai setahun. Namun harus diingat bahawa kekuatan otot yang telah cedera akibat pembedahan tidak akan kembali seperti keadaan sebelum pembedahan. Tambahan lagi jika wanita itu berusia 35 tahun keatas atau mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti diabetes mellitus, masa yang diperlukan untuk pulih adalah lebih panjang.


Merancang kehamilan sekurang-kurangnya 20 bulan

Merancang membolehkan para ibu berehat kerana membesarkan bayi yang berumur kurang dari setahun bukanlah suatu yang mudah. Selain tu, ia juga dapat memberikan faedah kepada bayi terutama jika bayi itu lahir pramatang atau mengalami masalah kesihatan. Bayi juga dapat disusukan secara ekslusif selama 6 bulan dan diteruskan penyusuan disamping makanan pelengkap sehingga 2 tahun.



Risiko rahim terkoyak dan maut

Jika wanita tidak diberikan masa rehat yang secukupnya untuk penyembuhan luka, terdapat risiko untuk rahim menjadi koyak ketika mereka menjalani proses kelahiran. Ini kerana otot rahim akan mengecut kuat untuk mengeluarkan bayi ketika proses kelahiran normal. 

Ketika ini jika luka pembedahan yang lalu belum sembuh sepenuhnya, otot rahim boleh terkoyak dan menyebabkan musibah yang lebih besar, iaitu pendarahan sehingga menyebabkan kematian.


Risiko mengalami placenta previa

Selain itu, wanita yang tidak cukup rehat bagi kelahiran seterusnya mempunyai risiko untuk mengalami keadaan yang dinamakan placenta previa iaitu keadaan di mana uri berada berdekatan dengan pintu rahim, yang menyebabkan pendarahan yang banyak.


Risiko berlaku preterm birth atau kelahiran pramatang sekali lagi

Keadaan dinding dan otot rahim selepas pembedahan akan mengalami sedikit perubahan akibat parut luka caesarean. Pelbagai komplikasi boleh berlaku seperti pendarahan, pecah air ketuban awal dan jangkitan kuman dimana ketiga-tiga keadaan ini akan memaksa doktor untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan sebelum 37 minggu. 


Pengecualian bagi kes tertentu untuk tak menjarakkan anak selama 24 bulan:

Kes dimana seseorang wanita itu sudah berusia lewat 30an. Jika kehamilan seterusnya ditangguh, dibimbangi akan berlaku masalah ketidaksuburan kerana semakin meningkat usia seorang wanita, risiko untuk mengalami ketidaksuburan adalah semakin tinggi.

Dalam hal ini, wanita itu boleh berbincang dengan doktor untuk menilai keadaannya untuk hamil semula selepas sembilan bulan atau setahun. Begitu juga jika seorang wanita yang muda, secara tanpa diduga telah hamil semula sebelum enam bulan. Kandungan itu tidak perlu digugurkan kecuali ada faktor-faktor lain yang boleh mengancam nyawa ibu. Jadi jangan panik, tetapi berbincanglah dengan doktor yang merawat.

Memang ada sesetengah doktor dan jururawat bersikap agak sinikal terhadap wanita yang hamil sebelum dua tahun dari tarikh kelahiran lepas. Namun percayalah, ramai yang hamil semula kurang dari enam bulan, dan melahirkan bayi yang sihat dan selamat. Oleh itu berbincanglah dengan doktor, lakukan pemeriksaan antenatal dengan lebih kerap dan banyaklah berdoa kepada Allah moga kehamilan anda selamat dan dapat diteruskan hingga saat bayi dilahirkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melaporkan lebih 208 juta kehamilan berlaku di seluruh dunia pada 2008 dan daripada jumlah itu, 41 peratus atau 86 juta adalah kehamilan yang tidak ‘disengajakan’ dengan 33 juta kelahiran tidak dirancang dan 11 juta wanita mengalami keguguran.
Sedihnya, 41 juta kehamilan di seluruh dunia berakhir dengan penguguran dan 50 peratus daripadanya dilakukan dalam keadaan tidak selamat yang kebanyakannya berlaku di negara membangun.

Annur : Dah habis baca? So, fikir-fikirkanlah dan timbang-timbang lah dengan penuh saksama. Mommies! Allah tak suruh kita menzalimi diri sendiri hingga merana badan.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. good info ni.
    hari tu kita nyaris2 kena czer..da masuk OT pun..
    tp alhamdulillah baby nk keluar normal..

    hihihi
    jemput singgah
    http://myaleo.blogspot.com/2014/09/maryamjameela-bt-juleofauzl.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki dapat bersalin normal (=^.^=)

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y