Vaccine MMR dan AEFI Vol.1

  • vaksinasi imunisasi dan AEFI


Assalamualaikum,

17 Mei 2016 || SELASA
Itu hari AS ke klinik bawak baby check up dan cucuk first dose MMR (umur 9 bulan) ada sorang kakak marah-marah pada sorang nurse.

"Saya taknak anak saya divaksinkan! Awak tahu ke kandungan vaksin tu apa?"

"Saya tak tahu puan"

"Ha! Awak pun tak tahu suka-suka je nak inject anak saya!"

Aikk! Pelik! Sejak bila staff nurse jadi pakar vaksin sampai tahu semua kandungan dalam vaksin tu? Pertanyaan kakak tu samalah macam kereta takleh start tapi pi tanya kat abang carwash.!? So, dimanakah rasionalisasi nya soalan tu..perghhh! Rasionalisasi kau! haha

Ok..ok..kembali pada topik asal. Jadi kenapa nak kena vaksin? Dalam dunia ni ada anak-anak yang memang tak boleh divaksinkan atas faktor-faktor tertentu, jadi anak-anak yang divaksin mampu membantu anak-anak yang tidak boleh divaksinkan ini daripada dijangkiti penyakit merbahaya.

Yang kedua, semua dari kita adalah pembawa virus. Kita semua bawa penyakit, dalam ertikata lain kita semua perumah bagi virus membiak! Semua orang boleh dijangkiti, membawa dan memindahkan virus. Jadi apa berlaku..adalah anak-anak yang tidak boleh divaksinkan itu berkongsi udara, taska atau taman permainan dengan individu yang dijangkiti penyakit merbahaya lalu dia juga dijangkiti. Kesin kan..

Tapi, andai kata individu tersebut dah menerima suntikan imunisasi kepada penyakit merbahaya itu terlebih dahulu, sel-sel imun atau askar dalam badan individu tersebut sudah mula bertindak terhadap virus pada peringkat mula-mula ia menghinggap..melemahkannya, malah ada juga yang telah ditelan dan dicerna oleh askar-askar tu tadi.

Nampak tak, dengan bantuan vaksin, askar-askar boleh direkruit dengan lebih pantas dan memulakan serangan dulu sebelum virus meletuskan pemberontakan atau mencetuskan peperangan besar. Siapa yang faham, awak memang cerdas! Siapa yang belum paham, sila banyakkan lagi makan kismis dan buah kurma..hihi~ Sori jangan marah ea uolls.

Habbatussauda, kurma, madu, kismis, minyak zaitun tu semua memang bagus. AS sendiri akui, malah tak pernah mempertikai pun. Tapi kan..ermm pernah ke dalam Islam mengajar kita untuk mengabaikan ubat-ubatan moden dan lainnya.

Saidina Ali juga kata didiklah anak mengikut zamannya. Kalau lah Islam abaikan semua kaedah moden, tidak perlulah Ibnu Sina bersusah payah menjadi tokoh perubatan Islam dan bertungkus-lumus membuat kajian macam-macam!. 

Bukankah Ar-Razi yang mendapat penemuan tentang perbezaan antara penyakit cacar air dan campak?? Dan terdapat sesuatu agen yang menyebabkan jangkitan penyakit. Lalu menyatakan bahawa sesiapa yang pernah sekali terkena penyakit cacar air, individu itu tidak akan lagi akan terkena buat kedua kalinya? Nah..bukan nye tu konsep vaksinisasi ea??

Eh! Ada pulak orang kata: Nabi dulu takde vaksin pun, lalu saya kata zaman Nabi dulu mungkin belum ada TB, H1N1 dan juga rubella? Soal halal haramnya, rujuklah apa kata jumhur ulama' berdasarkan dalil-dalil dan nas-nas yang soheh. Tolong..please.. jangan berpandukan logik akal semata. Ada cabang-cabang yang kita tak tahu. Ada hukum maslahah mursalah yang mungkin kita tidak peka. Jadi, rujuklah pada yang ahli. 

Kalau kereta rosak, kita tak google sendiri untuk baiki. Lantas mengapa berkenaan kesihatan diri  dan anak yang merupakan amanah Allah ini kita rela bertanya pada yang bukan ahli? Sanggupkah kelak dipersoalkan di akhirat sana?

Jangan lupa dalam isu ini, ia melibatkan nyawa masyarakat dan kemaslahatan ummah secara kolektif. Ayuh, jadilah seorang muslim yang menjiwai ruh Islami sebenar dengan meletakkan kepentingan masyarakat lebih dari diri sendiri. Moga Allah fahamkan saya dan fahamkan kita semua umat Islam. Amin..

Orang yang demam tu bukanlah orang yang sakit.


Artikel berkaitan : *null*

Catat Ulasan

0 Ulasan