Seronoknya pusing-pusing pekan Sekinchan, rasa macam balik kampung halaman sendiri!

Māmy Syu
19
Sekinchan, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Sabak Bernam yang sangat terkenal dengan suasana damai kampung dengan hamparan sawah padi yang saujana mata memandang. Special nya Sekinchan ni, ia terletak tak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur tau. Kalau korang travel by car dari KL, dia ambil masa dalam 1 jam setengah gitu jer so sesuai sangat lah untuk korang yang dah biasa duduk di bandar hirup udara yang tercemar asap kereta untuk pergi ke Sekinchan pulak hirup udara segar. Aumm.


Seronoknya pusing-pusing pekan Sekinchan, rasa macam balik kampung halaman sendiri je!

sekinchan-paddy-field
Memang cantik dan hijau, sejuk mata memandang!

Sekarang ni nak tengok sawah padi, tak payah pergi jauh-jauh ke Kedah nuh. Kat Selangor ni pun dah ada. Yela.. Orang KL mana selalu tengok real depan mata kan siap ada yang tak pernah tengok pon ada. Macam anak buah aku, kerbau pun dikatanya lembu.haha tak kenal sebab tak pernah tengok. Elok sangat kalau korang bawa budak-budak lawat muzium Padi dan tempat proses padi jadi beras. Kat situ boleh belajar dan find out camne nasi yang di makan hari-hari tu diproses. Barulah lepasni, anak-anak tahu yang beras tu berasal dari pokok padi, bukannya pokok beras. 😄 Selain tu boleh terapkan nilai murni agar kita sama-sama hargai makanan. Nanti takdelah bila balik KL nanti korang banyak bazir makanan especially nasi. Bukan senang diorang nak tanam dan proses padi tu hokey?! 


Makan? Apa yang special di Sekinchan

Pasal makanan korang tak perlu risau, kat Sekinchan ada Seafood Street iaitu tempat banyak kedai makan seafood. Kat situ korang boleh jumpa masakan ketam segar, siput lala, udang dan sotong besar-besar lengan pun ada! Bolehlah korang makan puas-puas dan banyak choice kedai makan yang korang boleh pilih. Kalau nak rasa angin bayu membawa diriku macam lagu legend Feminin tu korang boleh pergi ke Pantai Redang Beach. Bukan Pulau Redang ye tapi Pantai Redang kat Sekinchan. Sesuai sangat kalau korang nak bawak family sekali bercuti bawak budak-budak enjoy the moment. 

seafood-street-sekinchan-sabak-bernam-selangor
Sumber : www.sekinchan.org

Alami suasana perkampungan nelayan di Fisherman Wharf

Dah sampai sana nanti korang jangan lupa lak lawat Fisherman Wharf, kat situ korang boleh tengok nelayan-nelayan ni balik bawak hasil tangkapan diorang. Kat sini juga asalnya ikan-ikan yang korang beli kat pasar selama ni. Aku rasa masa korang tengok nanti korang mesti appreciate sangat kat nelayan-nelayan sebabkan diorang ni la yang berusaha demi mencari sesuap nasi untuk menangkap ikan di laut dan tolong kita supaya kita pun dapat makan ikan yang sedap-sedap. 

fisherman-wharf-perkampungan-nelayan-sekinchan.jpg

Penginapan yang unik dan pelbagai variasi

Bagi korang yang cintakan alam, memang tak sah kalau korang tak tidur bermalam sehari dua gitu kat Sekinchan ni. Sebab pengalaman pipi korang dihembus bayu laut pada waktu malam tu, lain tau feeling dia berbanding waktu siang. Rugi kot kalau datang sini, balik hari. Walaupun namanya pekan kecil, tapi jangan risau! Kat Sekinchan ada banyak hotel kot yang boleh korang pilih. Sekinchan ni bukanlah pekan cowboy sangat.

Cuba korang search Best Sekinchan hotels of 2017 kalau nak buat survey hotel mana yang sesuai atau selesa untuk korang, tak kisah korang datang sorang je ke atau datang bersama hubby tersayang ke atau bersama keluarga korang. Kemudahan booking hotel leni dah mudah. Semuanya di hujung jari je, contoh macam kat Traveloka tu, kan..kan?. Kemudahan dah ada kan, so kita guna je la kan? haha banyak nye kau punya "kan" Annur wey! bhahaha..

hotel-menarik-di-sekinchan
Gila tak best korang?? Celik-celik mata terus nampak padi berayun ke kiri ke kanan.

Area Sekinchan ni masih belum lagi banyak pembangunan dari segi bangunan yang tinggi-tinggi so udara dia masih lagi segar dan bersih, serta kaya dengan oksigen. Masa ni lah peluang korang nak menyedut oksigen banyak-banyak, menerobos masuk ke rongga hidung terus ke dalam paru-paru korang! Hilang habis pening-pening kepala, migrain semua tu bila badan dapat oksigen yang cukup.

Dulu-dulu, bila sebut Sekinchan je korang mesti terbayang hutan je kan? Tapi sekarang ni boleh dikatakan sebagai salah satu port percutian yang bajet untuk sesiapa yang mampu. Hotel-hotel yang ada juga korang boleh pilih based kepada bajet korang. Kat Traveloka korang boleh buat comparison yang mana korang rasa best. Customer review tu korang rajin-rajinlah baca yer untuk dapatkan hotel yang benar-benar ideal untuk korang. Percutian bajet ni aku suggest kepada korang yang rasa-rasa tak pernah tengok kehijaunan alam yang real, tambah ilmu dengan tempat-tempat yang korang visit sekaligus buatkan percutian korang tak sia-sia. 

So apa lagi, buatlah booking cepat-cepat. Book hotel, kasi relax-relax then pergi berjalan-jalan ke tempat yang aku beritahu tadi. Best kot! Mana nak cari tempat yang ada sawah padi dan juga pantai macam kat Sekinchan ni wey? Dua-dua pun aku suka sebab sawah dan pantai merupakan dua unsur alam semulajadi yang mampu memberi ketenangan pada jiwa yang kusut. Ciptaan Tuhan tu memang sempurna kan? Kadang-kadang tu apabila kita tengok alam ciptaan Tuhan ni kita dapat muhasabah diri balik. So lepas ni, balik KL korang pasti akan berubah sedikit demi sedikit dari baik ke lebih baik. InsyaAllah.

Annur: Eh, cuti sekolah seminggu sempena Deepavali akan datang ni, boleh lah korang ambil peluang bawa anak-anak pergi bercuti. Sekinchan jom!!☝

Post a Comment

19 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Tq info..tgk view pon dah cantikkn.. apa lg tgk depan mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ena..nothing to compared to nature.

      Delete
  2. Wah bestnya mmg best Kan suasana kampung gitu. Mama mmg suka pegi area sekinchan Dan Kuala Selangor. Mg mcm balik kg je rasanya

    ReplyDelete
  3. Subhanallah best betul pemandangan..nk akak bawak family bercuti kat sini...sebenarnya negara kita ni banyak tempat best kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui2..tinggal kita je yang nak kena rajin discover kan.

      Delete
  4. Teringin nak pergi Sekichan ni. Dah baca banyak blog update pasal ni. Harap 1 day kesempatan nak ke sana.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lia..sekinchan ni dah makin famous dah di kalangan pencinta kehijauan.
      Selangor tourism pun giat memperkenalkan Sekinchan.

      Delete
  5. Wah bestnyer...memang dah lama teringin nak bercuti ala2 kampung macam ni..tq annur.. info yang sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..welcome2.
      Tunggu apa lagi kekna, booking hotel cepat. lambat-lambat takut full hihi.

      Delete
  6. serius kt skinchan mcm ni? cantiknya view. kg saya pn xmcm ni..

    ReplyDelete
  7. Memang best ke sini. Tenangnya suasana dia. Rasa nak ke sana lagi

    ReplyDelete
  8. Cantik pemandangan di Sekinchan! Pernah lalu je, nanti ada masa boleh juga singgah situ.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. Tempat yang sangat nyaman dan sejuk untuk menghabiskan waktu liburan bersama keluarga.

    ReplyDelete
  10. Wah..bestnya..sapa kata kat Malaysia tak ada tempat menarik..ni contoh sekinchan..pekan kecik je tapi sapa sangka boleh jadi tmpt pelancongan..terutama yg ada bajet tak lebat sangat, boleh la ke sini...dalam Malaysia pun boleh cuti2... ;)

    ReplyDelete
  11. Sekinchan memang terkenal dengan seafood dan sawah padi. Tak yah g jauh2 kalau nk rasa suasana kg. Dekat Sekinchan pun boleh Rasa.

    ReplyDelete
  12. Waduhh waduh tergoda tgk hehehe

    ReplyDelete
  13. Hi AS, mrs pip baru sempat nak dtg melawat ...tempat ni cantik sgt..
    Suka tmpt2 hijau mcm ni ...

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!