Review Susu Nestlé Nutren Junior untuk Anak Picky Eaters

Māmy Syu
0
Ulasan produk susu nutrisi lengkap Nestlé Nutren Junior | Ibu mana tak resah kalau mempunyai anak bawah 6 tahun yang cerewet makan dan berat badannya sentiasa dalam julat berat badan yang membimbangkan? Dipercayai kanak-kanak yang picky eater berisiko tinggi menghadapi masalah malnutrisi seperti anemia, petumbuhan terbantut, gusi berdarah dan kulit bersisik**. So dapatkah susu nutrisi lengkap Nestlé Nutren Junior membantu menampung kekurangan zat anak kita?

**[Dr Charlotte Jane Joseph @doktorbudak.com]

nestle-nutren-junior-review-and-price
Nestlé Nutren Junior boleh didapati di mana-mana store Guardian atau dipesan secara online melalui Lazada

Nekad mencuba semua tips yang orang cadangkan
Dulu, ada la seorang ibu ni cadangkan aku supaya bagi Naufal minum susu murah je, sebab susu murah katanya tinggi kandungan gula. So berat anak akan cepat naik. Hmm aku fikir logik jugak kan.~ Benda manis-manis kan boleh buat kita jadi obese. So aku pun tanpa fikir panjang terus cuba.

Aku terlupa yang si Naufal ni budak preemie, so perut dan usus dia tak macam budak normal. Usus dia sangat sensitif oii~ Dua minggu dia cirit birit tak henti-henti. Nyesal gila aku masa tu. Konon nak bagi anak gemuk la sangat kan?! Tiba-tiba end up, anak jadi dua kali ganda lebih keding dari sebelumnya sebab cirit birit. Adoiy..


Saranan oleh pegawai zat pemakanan
Disebabkan Naufal ada masalah berat badan, dan berat tak naik 3 kali berturut turut semasa lawatan ke klinik , jururawat yang menjaga terpaksa menetapkan tarikh temujanji untuk bertemu pegawai zat makanan. Masa sesi kaunseling tu, pegawai zat makanan syorkan dua pilihan susu nutrisi lengkap yang available kat pasaran Malaysia ni. Pertama, susu Nutren Junior, dan kedua, susu Pediasure. So masa tu aku pilih Nutren Junior sebagai susu penambah zat untuk abam Naufal. Well, pengguna tegar produk Nestlé katanya hahaha, Jadi begitulah alkisahnya macam mana aku boleh kenal susu Nutren ni.


Nutrisi lengkap untuk kanak-kanak cerewet makan
Susu Nutren Junior ni dilengkapi dengan semua makro dan mikronutrien yang seimbang untuk kanak-kanak 1 hingga 10 tahun. Ia juga bebas laktosa, so korang tak perlu bimbang kalau perut anak korang jenis yang lactose intolerant jugak macam Naufal ye. InsyaAllah susu ni takkan menyebabkan anak korang cirit-birit.

Selain tu, probiotik (Bifidobacterium Longum & Lactobacillus Paracasei) dan prebiotik (PREBIO-1-Plus) juga ditambah ke dalam susu ni bagi membantu menguatkan pertahanan dalam sistem pencernaan anak. Bukan nak sembang kencang, tapi Annur dah bagi abam Naufal bertin-tin dah susu Nutren Junior ni. Alhamdulillah, takde laa tercirit birit lagi budak tu. Dan kesannya pun memberangsangkan. BMI Naufal dah capai bacaan yang normal, dan bukan lagi underweight macam dulu. 

nestle-nutren-junior-feedback
Dari seorang budak yang luahkan balik nasik bila disuap, sekarang dia pulak yang datang kat ibu, mintak nasik. 

Isi kandungan susu Nestlé Nutren Junior
(Vanilla): Air, Maltodextrin, Gula, Protein Susu Dipekatkan, Minyak Soya Less; Than 2% Of Whey Protein Concentrate, Minyak Canola, Trigliserida (dari sumber Kelapa dan/atau Kelapa Sawit), Artificial Flavor, Kalsium Sitrat, Lecithin Soya, Kalium Klorida, Magnesium Fosfat, Natrium Fosfat, Kolin Klorida, Kalium Hidroksida, Natrium Askorbat, Kalium Fosfat, Carrageenan, Garam, Taurina, Alpha-Tocopheryl Acetate, Inositol, L-Carnitine, Ferum Sulfat, Zinc Sulfat, Kalsium Pantothenate, Niacinamide, Vitamin A Palmitate, Vitamin D3, Mangan Sulfat, Thiamine Mononitrate, Pyridoxine Hydrochloride, Riboflavin, Kuprum Sulfat, Beta-Karoten, Asid Folik, Biotin, Kalium Iodida, Chromium Chloride, Sodium Molybdate, Sodium Selenate, Vitamin B12.


Ulasan Annur
Setakat hari entri ni ditulis, abam Naufal sangat berselera makan nasi, dan selalu cepat lapar. Tak pasti sama ada kesan dari minum susu Nestlé Nutren Junior atau bukan. Yang pasti, kandungan beberapa vitamin B (niacin, riboflavin, thiamine, pyridoxine dan B12) sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan metabolisma sekaligus menaikkan selera makan jugak. 


Susu Nutren Junior. Recommended!

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!