Upin Ipin Luarbiasa : Terbaik karnival Upin Ipin 2017 di MAEPS Serdang

Māmy Syu
2
#upinipinluarbiasa : Terbaik karnival Upin Ipin 2017 di MAEPS Serdang | Sabtu baruni Annur berkesempatan bawak anak-anak ke Karnival Upin Ipin 2017 di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Serius meriah wehh! Bukan budak-budak je excited, mak dan ayah budak pun sama excited tau haha. Katanya Karnival Upin Ipin 2017 ni adalah yang ke 3 diadakan sejak 2014. Tapi di media sosial, ramai ibu bapa akui yang tahun ini adalah paling meriah.



Boyot-boyot pun tak susah weh nak bawa diri kat sini. Petugas diorang very helpful.

Karnival yang sarat dengan aktiviti

Karnival yang bertemakan #UpinIpinLuarBiasa ni sebenarnya berlangsung selama 3 hari iaitu bermula dari hari Jumaat 24 November hingga lah hari Ahad, 26 November 2017. Tapi bagi aku 3 hari tu tak cukup kot. Walaupun ia dibuka dari pagi sampai ke 10 malam, tetap jugak aku rasa macam tak sempat nak explore semua aktiviti. Bak kata orang kuat Les’ Copaque Production, Hj.Burhanuddin "Lain tahun kami kena buat karnival selama seminggu agaknya". Betul,betul,betul! hehe ^_^


Penampilan istimewa Ultraman

ultraman-ribut


Bagi aku, tarikan utama kali ni opkos la penampilan Ultraman Ribut dan rakan-rakan Ultra. Masa persembahan Ultraman, penuh orang kat keliling stage woo! Nasib baik kami satu family dapatkan tiket VIP dan dapat tempat betul-betul depan stage. Korang kalau nak duduk tempat special macam kitorang ni, korang haruslah tempah tiket awal secara online melalui UpinIpinStores. Berbaloi tau korang, sebab korang boleh dapat shortcut access tau. tak perlu bersesak-sesak beratur. Pulak tu, anak-anak pun selesa nak duduk, plus puas hati dapat tengok persembahan dari dekat.


Crew-crew dan petugas karnival yang ramah dan mesra

Kalau korang dah biasa dengan selok belok MAEPS ni, memang satu bonus lah bagi korang. Tapi, untuk first-timer pun sebenarnya taklah teruk sangat pun. Sebab kat mana-mana pun ada je crew yang sedia membantu. Diorang ni friendly sangat okey! Kadang tu, tak sempat nak gi tanya pun diorang sediri dah approach kita, dan membantu. Good job crew UI! Kiranya korang tak yah susah hati la kalau nak bawak anak-anak kecil berderet-deret pun. InsyaAllah selamat je.



upinipinluarbiasa
Naufal & Nufael bersama maskot #Upin

Jumpa lagi tahun depan ye korang!

  • karnival-upin-ipin
  • karnival-upin-ipin
  • karnival-upin-ipin
  • karnival upin ipin
  • karnival upin ipin
  • karnival upin ipin
  • karnival upin ipin
  • karnival upin ipin
  • karnival upin ipin
  • karnival upin ipin
  • karnival upin ipin
Bagi korang yang tak berkesempatan nak sertai kemeriahan karnival pada tahun ni, jangan risau. Tahun depan akan ada lagi. Karnival Upin Ipin ni dah pun officially dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara tau! Maklum lah, adik beradik kembar Upin Ipin ni kan dah jadi duta perlancongan Malaysia, seiring macam Yuna jugak ha. Kerlass kau botak! haha So, better be prepared for next year punya karnival. Pakat-pakat follow facebook rasmi Upin dan Ipin untuk dapatkan maklumat berkenaan aktiviti sebelum karnival berlangsung. 


Annur: Pstt..dengar kata taman tema Upin Ipin bakal dibina di Lembah Klang. Best nya! Semoga terus sukses Les' Copaque! ^_^



Post a Comment

2 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Sally tak dapat nak pergi...hahahaha...padahal dah tua bangka ni pun masih happy tgk Upin Ipin..hahahaha..nampak macam banyak gila aktiviti...ruginyaaaa tak dapat join sama kat karnival!

    ReplyDelete
  2. Karnival yang menyeronokkan. lagi-lagi untuk kanak-kanak :D

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!