Puisi kasih biarlah berpada-pada

Puisi ini berpesan kepada kita, jika kita memiliki seseorang, terimalah sedanya. Kenapa mesti kita terlalu mengharapkan kesempurnaannya sedangkan tanpa kita sedar, dalam diri kita turut punyai cacat dan cela. Akan sia-sialah suatu perhubungan sekiranya kita terlampau mengagumi dan menganggapnya amat istimewa. Sebetulnya, pandanglah dirinya hanya sekadar manusia biasa.



Jika kamu menadah air, berpada-padalah. Jangan kamu menganggap ianya teguh lantas kamu mengisi tadahanmu terlalu tinggi sehingga melimpah-ruah. Sesungguhnya, terlebih harap akan keupayaan bekas takungan tersebut hanya akan memburukkan keadaan. Cukuplah sekadar keperluanmu.


Sekali ia retak, amat sukar bagimu untuk menampalnya, dek kerana gasakan keras dari limpahan air takungan tersebut. Sedangkan, jika takungan tersebut memadai sekadar keperluanmu, kamu bisa memperbaikinya dan mungkin ia masih dapat digunakan lagi di hari-hari yang mendatang.



Berpada-padalah dalam menyanjungi seseorang


Sekiranya kamu memandangnya terlalu tinggi, sekali dia melakukan kesilapan; bukan mudah bagimu untuk menerima dan memaafkannya. Begitulah akhir cerita bagi sebuah perhubungan yang terlebih anggar terhadap pasangannya. Hati mula dirudung kekecewaan, lalu dengan mudah kamu pergi meninggalkannya.


Fitrah wanita suka memuji-muji orang yang dikasihinya

Perbuatan yang ramai di antara kita (wanita) sering lakukan tapi jarang sekali kita menyedarinya. Kerana ia berlaku dalam situasi bersahaja dan spontan, hanya terdorong oleh perasaan kasih terhadap suami/kekasih. Tak dapat dinafikan mesti ada di kalangan kamu yang bosan mendengarkan cerita yang sama berulang kali terbit dari bibir rakan kamu menceritakan perihal suami ai sporting, suami ai hemsem, suami ai tak kedekut, suami ai setia,tak layan perempuan dan macam-macam lagi.

Akhirnya, bila berlaku sesuatu yang bertentangan dari apa yang dihebah-hebahkannya sebelum ini, "Biar betul, suami you ada anak luar nikah?" misalnya; mulalah diri termalu sendiri dan jatuh tenggelam ke dalam lubuk kekecewaan.


Isu teruna-dara kian memanaskan telinga-telinga yang mendengarnya

Apabila akad sudah dilafazkan, makanya, nothing else matter. Ya aku mengerti, Memang mudah bagi aku mengatakannya, kerana aku tidak berada dalam situasi tersebut. Tapi berbalik pada unggapan puisi di awal tadi, jangan lah kita meletakkan suatu expectation terhadap insan yang kita miliki itu, anggaplah dia hanya manusia biasa yang pernah suatu ketika dahulu terhanyut dan lalai; yang kini sudah kembali berpaut pada akar yang kukuh yang akan menahannya dari terus dihanyutkan oleh arus deras.


Isteri merupakan benteng api neraka bagi suami

Bukan kecil peranan isteri. Isteri dikatakan sebagai perisai terhadap suami dari dijiliat api neraka! Katakan kamu kini sebenarnya adalah akar yang dia sedang berpaut itu. Tega kah kamu bertindak mereputkan akar tersebut supaya terlucut tangan yang memaut? Lalu membiarkan dia terhanyut oleh arus deras..tegarkah?

Ya aku mengerti sekiranya jawapannya “Ya”. Betul. Lebih mudah berkata-kata daripada memikulnya sendiri. Tapi jika di tanyakan kepadaku, maka “Aku terimanya sebagai suatu ujian dari Allah” adalah jawapku.

Yang penting usaha kita dalam memelihara dirinya daripada mengulangi kesilapan yang sama dengan menyemai benih-benih iman di dalam hatinya. Sememangnya sebuah tanggungjawab yang berat terutamanya bagi wanita. Suami mendidik isteri; perkara biasa kerana wanita memang terlahir untuk dipimpin dalam rumahtangga. Tetapi bagi seorang isteri? Tugas mendidik suami itu adalah suatu tugas yang amat-amat sukar untuk dilaksanakan namun tidaklah ia mustahil.



Annur berkata: Bila terlampau mengharapkan kesempurnaan dari seseorang, silap yang kecil-kecil pon akan diperbesar-besarkan hingga menjejaskan rasa kasih dihati. Cinta pada bunga, bunga akan gugur. Cinta pada Allah jualah yang hakiki, dan kekal abadi.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Thank you sudi komen kat blog Hana... Hahahah! Tu bukan perangai pelik sebenarnya,tu perangai comel.BTW style makan orng memang berbeza2 pun. :D

    BalasPadam
  2. Correct. Sakit rasanya bila yg disanjung teramat tinggi then buat hal. Allah kecewa amat sangat. Sebab tu jgn terlalu letak percaya 120% ☺

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y