Kenali Suplemen vs Ubat

Māmy Syu
4
Suplemen vs Ubat | Suplemen atau dikenali sebagai makanan tambahan sekarang ni macam dah jadi trend masa kini, dalam mengejar kecantikan semata-mata, dan bukannya atas sebab kesihatan lagi. Jom ikuti penerangan mengenai suplemen dan ubat supaya minda kita lebih terbuka lepas ni dalam memilih suplemen mengikut keperluan.

suplemen atau ubat

1. Apa yang dimaksudkan dengan suplemen? Adakah ia ubat?

Ubat dan suplemen mempunyai perbezaan.

Definasi ubat : 

bahan aktif yang berfungsi untuk merawat, mengawal, melawan jangkitan dan mencegah penyakit.

Definisi suplemen : 

Sebarang produk digunakan sebagai tambahan untuk mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan tubuh. Ia hadir dalam bentuk unit dos seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair. Biasanya ia tak disediakan dalam bentuk sediaan sterile (bebas kuman/ aseptik) seperti suntikan dan titis mata. 

Ia mungkin mengandungi satu atau lebih kombinasi vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotics, bahan-bahan bioaktif, bahan ekstrak semulajadi tumbuhan, haiwan dan mineral dan bahan sintetik yang telah dibuktikan selamat untuk digunakan.

2. Bagaimana pendirian KKM mengenai suplemen?

KKM tak pernah mengharamkan suplemen. Tapi korang perlu tahu, bahawa suplemen tak merawat penyakit. Suplemen cuma berfungsi membantu meningkatkan kesihatan umum. JANGAN MENGGANGGU PESAKIT-PESAKIT KRONIK DENGAN SUPLEMEN. 

Para doktor dan anggota kesihatan di hospital yang merawat pesakit-pesakit kronik (penyakit kronik : kencing manis, darah tinggi, jantung, kanser) menyatakan kebimbangan ke atas trend penjualan suplemen kepada pesakit-pesakit kronik ini. Pesakit-pesakit ini meninggalkan rawatan atau ubat yang dibekalkan oleh hospital dan lebih percaya kepada penjual-penjual suplemen yang pandai bermain dengan psikologi pesakit.

Peringatan ulangan, buat penjual-penjual suplemen di luar sana, sekali lagi kami nak menegaskan JANGAN GANGGU PESAKIT-PESAKIT KRONIK! Jangan guna kesusahan diorang untuk kau mengaut keuntungan atas dasar rawatan alternative. Janji-janji manis dan jaminan yang melampau oleh penjual-penjual suplemen ni biasanya akan menyusahkan para doktor yang merawat. Disebabkan janji-janji dan jaminan yang bukan-bukan oleh penjual suplemen, pesakit cenderung untuk menolak rawatan hospital.

 

3. Perlu atau tidak suplemen ini?

Andai kata vitamin dan garam mineral dalam badan kita dah cukup, mengambil makanan tambahan merupakan perbuatan membazir. Ia hanya akan membebankan organ perkumuhan seperti buah pinggang dan hati.

Ambil suplemen boleh membantu meningkatkan kesihatan secara umum. Tapi jika tak ambil pun ia tidak memberi impak besar dalam kesihatan sebab ia boleh didapati daripada diet kita. Ini yang dikatakan sebagai memenuhi kehendak. Contoh suplemen omega 3 atau fish oil. Bukan satu kemestian untuk kita ambil. Cukup sekadar dapatkannya dari sumber ikan dari pemakanan harian.

Namun ia berlainan sekiranya ia keperluan. Sebagai contoh ibu mengandung yang didiagnos kurang darah atau anemia. Maka perlu ambil suplemen seperti ferus atau zat besi dan asid folik bagi meningkatkan penghasilan darah. Kekurangan vitamin D di kalangan pesakit warga tua selepas ujian darah dilakukan, maka ada keperluan untuk mengambil suplemen vitamin D untuk menampung kekurangan tersebut. Penting! Bezakan atara kehendak dan keperluan.

Suplemen vs Ubat.

4. So tak boleh ke nak ambil suplemen ni?

Boleh. Tapi elakkan perkara-perkara berikut:

  • Suplemen yang tak berdaftar

  • Ubat tradisional tak berdaftar

  • Suplemen yang menjanjikan penyembuhan penyakit kronik seperti kanser.

  • Suplemen yang menyatakan untuk tujuan rawatan seperti menurunkan paras gula dalam darah,  tekanan darah, gout, sakit-sakit sendi, dan masalah kesuburan.

  • Suplemen dengan kenyataan melampau dan tak masuk akal (20 penyakit yang tidak boleh diiklankan)

  • Penjualnya mengarahkan pengguna supaya ambil suplemen dengan dos yang tinggi

  • Suplemen yang mengandungi bahan terlarang



5. Apakah contoh-contoh suplemen yang biasa digunakan? Sebagai panduan.


• Glucosamine – untuk membantu memelihara rawan pada sendi-sendi

• Kalsium – untuk kesihatan dan kekuatan tulang dan otot (khususnya warga tua dan wanita mengandung)

• Probiotik – untuk kesihatan usus dan kesihatan umum tubuh

• coQ10 – untuk kekalkan tenaga dan memelihara kesihatan jantung

• vitamin E – untuk kulit dan system kardiovaskular

• vitamin C – untuk kesihatan tubuh

Dos vitamin C – 70 – 100 mg, boleh didapati di dalam makanan sihat, tidak mengurangkan risiko mendapat flu atau selesema, tidak meningkatkan imunisasi, tidak mencantikkan, malah ada risiko pembentukan batu karang pula.

Namun takde masalah kalau nak ambil vitamin C dengan syarat korang mesti dapatkan suplemen dari premis-premis yang sah dan mendapatkan maklumat berkaitan cara pengambilan dan dos yang betul daripada doktor, ahli farmasi atau pakar pemakanan.

Bagi yang berkemampuan untuk membeli suplemen maka bolehlah membeli dan menggunakannya. Kalau tak berkemampuan, maka pengambilan suplemen tadi bukanlah satu kemestian. Pada pendapat aku, alangkah bagusnya duit yang digunakan untuk membeli suplemen tadi digunakan untuk membeli makanan-makanan segar yang sihat.


6. Kesimpulan

Berkenaan dengan suplemen, bezakan antara keperluan dan juga kehendak. Ingatan lembut sekali lagi, kepada penjual-penjual suplemen, jangan ganggu pesakit-pesakit kronik.


7. Dapatkan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut korang boleh jadi salah seorang dari ahli Gu Cakna Ubat

• Whatsapp 011-1318 4808, hantar "Yes Gu" untuk join.
• Telegram Channel Gu Cakna Ubat


Mamy Syu : Banyakkan pembacaan bahan-bahan ilmiah, supaya kita jadi lebih "cerdik" dan tak mudah ditipu oleh penjual-penjual suplemen yang bertujuan mengaut keuntungan. Yang paling penting, dapatkan maklumat yang tepat, sahih dan genuine dari ahlinya.


Post a Comment

4 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Betul, pesakit kronik selalu diganggu dengan penjual supplemen yang ntah mana-mana datangnya ni. Dah bagitahu tak boleh, kita pulak kena marah kata taknak ikhtiar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabahlah Auni.
      Diorang tak faham, diet pesakit renal failure cemana. Diorang cuma tahu nak buat sale je

      Delete
  2. Kesian yang pesakit kronik bila ambil memudaratkan balik badan. Jangan main2 dengan ubat dan supplement

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!