Cara memohon kebenaran pulang awal satu jam bagi pegawai wanita hamil | Dalam Bajet 2018 yang dibentangkan pada bulan Oktober 2017 lalu, PM ada mengumumkan satu berita baik buat penjawat awam wanita yang mengandung untuk pulang awal satu jam dari waktu kerja biasa. Masa pekeliling ni diumumkan, kandungan aku memang dah genap 5 bulan pun. Maka tersenyum-senyum kambing lah aku membayangkan alangkah bahagianya kalau dapat balik kerja awal.ahaks!
Cara memohon kebenaran pulang awal satu jam bagi pegawai wanita hamil |
Siapa yang layak mendapat kemudahan pulang awal satu jam ni?
Okey, kemudahan pulang awal satu jam ni diberikan kepada semua pegawai kerajaan wanita yang mengandung 5 bulan ke atas, termasuk yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Kemudahan ni jugak turut dipanjangkan kepada suami pegawai wanita tersebut (yang juga penjawat awam) dengan syarat si suami mestilah berkerja berdekatan dengan isteri.
Dokumen apa yang diperlukan semasa memohon?
Takde apa pun yang korang kena sediakan. Korang cuma perlu dapatkan borang permohonan (Lampiran A dari surat Pekeliling bil 11/2017) dari pembantu tadbir dan lengkapkan butir-butir diri korang. Lepastu, korang fotostat muka depan buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung (buku pink) tu sebagai dokumen sokongan yang membuktikan kehamilan korang dah 5 bulan lebih atau bersamaan dengan 22 minggu ke atas.
Bila boleh mula memohon?
Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017- Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung, pegawai wanita yang berhasrat pulang awal satu jam hanya perlu membuat permohonan sekali je sepanjang tempoh kehamilan.
Maknanya, bila masuk je bulan Januari 2018, dan kandungan korang hampir atau dah masuk 5 bulan, korang boleh la kemukakan borang permohonan kepada ketua jabatan.
Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk memproses borang?
Sebaiknya, korang kemukakan borang permohonan tu seminggu lebih awal dari tarikh yang korang berhajat nak start balik awal. Semua ni penting untuk memastikan kelancaran urusan pihak pejabat yang manage borang kita.
Lagipun, proses kelulusan ni kena melalui ketua jabatan (iaitu bos besar jabatan) di mana borang korang tu mungkin perlu melalui prosedur pengeposan atau perlu di dispatch out.
Bila dan bagaimana suami nak memohon?
Bagi suami yang nak mohon pulang awal bersama isteri yang mengandung pulak, korang kena tunggu permohonan si isteri diluluskan dulu. Bila borang isteri dah disahkan dan diluluskan ketua jabatan, baru korang boleh mula memohon pulak bagi diri korang.
Sebab untuk suami, korang kena hantar borang permohonan korang yang dikepilkan bersama salinan fotostat borang isteri yang dah diluluskan.
kemudahan pulang awal satu jam di bulan Ramadan
Perlaksanaan kemudahan pulang awal satu jam di bulan Ramadan?
Ia tak berfungsi macam 1 jam awal, ditambah pula lagi setengah jam, menjadikan waktu balik kalian 1jam 30 minit lebih awal. Bukan!
Disebabkan kedua-dua kemudahan ni pun adalah membenarkan pegawai pulang awal dari waktu berkerja biasa, maka preggy mom yang ambil kemudahan balik sejam awal tidak layak nikmati kemudahan Waktu Berkerja secara Berperingkat (WBB) Bulan Ramadan. So, untuk bulan Ramadhan nanti, kalian hanya boleh pilih salah satu kemudahan je.
kemudahan pulang awal satu jam di bulan Ramadan
Saya seorang cikgu yang bertugas dari jam 7 pagi hingga 2 petang? Adakah saya layak memohon?
Untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru), kalian boleh baca petikan dari Pekeliling yang aku quote kan di bawah :
Bagi Perkhidmatan Pendidikan yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa di sekolah atau institusi pendidikan, dan perkhidmatan yang waktu bekerjanya berlainan daripada waktu bekerja pejabat seperti waktu bekerja syif, Ketua Jabatan boleh menyediakan peraturan dalaman berkaitan kemudahan ini yang bersesuaian dengan kepentingan perkhidmatan masing-masing.
Okey lah. Aku harap info yang aku sampaikan ni boleh la sedikit sebanyak membantu korang memahami pekeliling yang baru diumumkan ni. Biasalah, setiap perkara yang baru, mesti ramai yang still blur-blur lagi cemana cara perlaksanaan dia kan?
Aku pun, masa nak mohon itu hari, PT (pembantu tadbir) kat opis tu pun blur jugak nak dapatkan surat pekeliling dari mana.huhu~ Kebetulan dalam jabatan aku tu, aku sorang je yang preggy dan aku merupakan pegawai pertama yang nak mohon kemudahan pulang awal satu jam ni. huhu aku akui, memang agak troublesome lah jugak masa aku nak mohon aritu. *phew* Ambil masa sampai 3 minggu tau! Papepun, akhirnya dapat jugak aku merasa kemudahan balik awal ni, biarpun aku cuma sempat merasa balik awal dalam seminggu lebih je huu~
Ehh..lupe pulak. Andai kata PT kat tempat keje korang takde Borang Lampiran A tu dalam simpanan diorang, jangan risau dan jangan meroyan ok. Korang boleh je download dan print borang tu dari sini - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017- Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
pembetulan sikit. wbf ramdan tak sama dgn balik awal sejam megandung. wbf ramadan awal setengah jam sahaja. tu pun ditolak waktu rehat setengah jam.
ReplyDelete