5 Cara Mencuci Muka yang Betul untuk Hilangkan Jerawat

Māmy Syu
0
Cara mencuci muka yang betul untuk hilangkan jerawat | Mencuci muka juga memerlukan ilmu yang betul supaya hasilnya memuaskan hati. Kita kan nak kulit yang cantik dan bebas jerawat. So jom tengok apa dia cara betul mencuci muka dengan betul untuk menghilangkan jerawat.


Cara mencuci muka yang betul untuk hilangkan jerawat

1. Pilih pembersih muka yang betul. 

Pembersih yang akan digunakan mestilah mencuci muka kita dengan lembut & tidak kasar.  Pastikan produk yang andkita a gunakan bebas daripada alkohol untuk mengelakkan kulit menjadi merah dan sensitif. Dapatkan pandangan pakar kulit / dermatologi untuk mendapat kepastian tentang jenis kulit kita & pembersih terbaik yang sesuai. 

2. Basahkan kulit muka kita dengan air suam. 

Air sejuk akan menyebabkan liang roma kita mengecut & menutup liang-liang tersebut. Penting semasa mencuci muka supaya liang roma di muka kita terbuka supaya kotoran, minyak, dan bakteria akan mengalir keluar dari kulit. 

3. Sapukan pencuci muka ke wajah kita. 

Teknik yang betul sangat penting semasa langkah no 3 ini. Pastikan supaya kita hanya menggunakan hujung jari semasa mengenakan pembersih ke kulit muka. Kulit jari kita yang lembut akan menghalang dari merengsakan kulit. Jangan gosok kulit kita semasa mencuci muka. Ini juga akan merengsakan kulit muka. Hanya sapukan pembersih dan biarkan ia selama satu minit atau lebih. 

4. Bilas pencuci muka dengan air suam. 

Dengan menggunakan air suam, liang roma akan terbuka dan memudahkan kotoran dan bakteria mengalir keluar dari kulit kita. Kesilapan yang biasa dilakukan semasa mencuci muka adalah menggunakan air sejuk yang akan menyebabkan liang roma mengecut dan menyebabkan kotoran sukar untuk dibersihkan. 

5. Lap kulit anda kering dengan tuala bersih. 

Jangan gosok muka dengan tuala kerana ini boleh menyebabkan kulit kita menjadi merah merengsa. 
Hanya tekan lembut tuala ke kulit muka untuk mengeringkannya. Menggosok tuala di muka kita akan menyebarkan bakteria dan kotoran ke seluruhan wajah kita, menyebabkan masalah jerawat yang lebih buruk. 



Sebagai kata akhir, adalah lebih mudah untuk kita jaga dari awal, daripada nak memulihkannya di kemudian hari selepas kulit wajah bermasalah. So hargai kulit kita.

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!