Narinar Tummy Therapy Cepat melegakan kembung perut bayi | Syu sebenarnya masih dalam pantang dan hari ni merupakan hari ke 35 aku berpantang di kampung. Biarpun dalam pantang ni sku jaga pemakanan, tapi tetap juga tak boleh lari dari masalah kembung perut pada baby Hawraa'.
Kembung perut bayi ni bukanlah suatu masalah kesihatan yang berat tapi jangan main-main. Kembung perut ni boleh membawa kepada masalah lain yang lebih serius macam bayi jadi tak lawas buang air, kerap muntah bila menyusu serta asyik meragam dan sukar tidur.
Baby Hawraa' selalu kembung perut sebab cuaca sejuk di kampung |
Jadi macam mana cara paling mudah dan cepat untuk melegakan kembung perut bayi? Okey, Syu dengan bermurah hati nak share 5 tips untuk melegakan kembung perut bayi. Jom tengok satu-persatu jom!
Baca juga : Cepat melegakan kembung dengan urutan Terapi - Narinar Flutherapy
Baca juga : Cepat melegakan kembung dengan urutan Terapi - Narinar Flutherapy
Cara cepat melegakan kembung perut bayi
Pertama -
Sapu minyak terapi kembung perut perut bayi untuk melincir. Kemudian urut dengan lembut perut bayi dari diafragma ke bahagian ari-ari. Bagi aku, minyak Narinar Tummy Therapy ni memang serasi dengan Hawraa'. Baru je sapu, terus kentut kentut sekali terkencing sama. Bidan kata bila baby kembung, dia kentut sambil terkencing maknanya dah pecah angin dan perut dia kembali lega la tu.
Kedua -
Biasanya, kalau baby kentut sekali dua tu dia belum spenuhnya bertenang lagi. So mommy teruskan urutan lembut pada perut bayi mommy tu sampai dia keluarkan angin, atau hingga dia bertenang mahupun terlelap. Point urutan yang boleh cepat mengeluarkan angin baby adalah di bawah betis (labu betis) dan tapak kaki. urut dengan menggunakan empat jari dengan gerakan ke bawah.
Ketiga -
Kalau bayi korang menangis sangat dahsyat, langkah (kedua) diatas memang sangat tak sesuai! Silap-silap, kalo letak bayi dalam keadaan berbaring, terus dia menangis lagi teruk. So korang kena terus skip ke langkah ketiga, iaitu dukung bayi korang dengan menindih perutnya ke dada kita. Pastu, korang dodoi atau sway la badan korang untuk menenangkannya.
Keempat -
Dukung bayi dalam posisi football hold atau dipanggil colic hold. Dan seperti biasa mak-mak nak mendodoikan anak, buat gerakan ayunan atau sway kan badan korang untuk menenangkan bayi.
Tapi, kalau mommies rasa kurang yakin atau risau baby terlucut dari tangan, jadi lebih baik mommies duduk di birai katil kemudian letakkan bayi meniarap atas riba dalam posisi "Superman". Teknik ni memang banyak membantu baby yang sedang kembung perut menjadi tenang.
Tapi, kalau mommies rasa kurang yakin atau risau baby terlucut dari tangan, jadi lebih baik mommies duduk di birai katil kemudian letakkan bayi meniarap atas riba dalam posisi "Superman". Teknik ni memang banyak membantu baby yang sedang kembung perut menjadi tenang.
Kelima -
Kalau bayi korang still lagi menangis, cuba duduk atas kerusi, dan letakkan bayi anda berbaring atas ribaan korang dengan keadaan kakinya menghala ke dada korang, dan kepala baby berada di atas lutut. Angkat kaki baby, dan buat gerakan memusing macam mengayuh basikal.
Sambil mata memandang tepat ke arah muka bayi, dan ajak baby bermain dengan mengacah-acah baby dengan muka yang lucu. Selain dapat buat baby happy, gerakan mengayuh ni jugak dapat membantu baby buang angin serta sendawa.
Tapi kalau mommmies dah buat kelima-lima tips diatas, tapi baby masih tak lega, dan masih mengamuk dan menangis. Mommies kena mula periksa baby mommies kalau-kalau ada sebab lain dia menangis begitu.
Annur: Selain pada tu, korang ibu-ibu cuba la elakkan makanan yang berangin, sebab nanti bila korang menyusukan baby, takdela baby dapat tempias nya.. Selamat berpantang kepada yang masih berpantang! Jangan stress-stress! ^_^
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y