Baby Hawraa' Milestones | Usia 5 Bulan

11:24 AM
Baby Hawraa sudah mencecah usia 5 bulan! | Menjelang waktu ini, kesemua tendangan, golekan dan lambaian Hawraa sudah menunjukkan hasil. Otot-otot dia sudah bertambah kuat. Bila ibu dudukkan dia di atas ribaan atau di atas lantai, dia dah boleh duduk tegak sebentar tanpa sokongan.



Sebaik sahaja dia sudah duduk, dia dengan sendirinya menggerakkan kakinya membentuk huruf V. Aha! Simple physics theory. Bentuk segitiga lebih seimbang dari garis lurus. Subhanallah, maha suci Allah yang memberikan bayi sekecil ini ilham untuk menyeimbangkan badannya sendiri dan mebgurangkan kemungkinan untuk tersungkur.

Hawraa nampaknya sangat suka bermainan sambil meniarap. Sebenarnya dengan mengangkat kepala dan dadanya untuk mencapai mainan otot-otot leher dan kawalan kepala nya akan semakin bertambah baik, dan ia nya dapat membantu Hawraa duduk dengan.tegap.



Perkara baru yang Hawraa belajar bulan ini adalah, meloncat. Bila ibu memegangnya berdiri di atas paha, dia akan meloncat-loncat seperti spring. Aha! Secara tidak langsung, ibu dapat buat strength workout untuk kawasan lengan dan bahu. Sama-sama kitabkuatkan otot kita ya Hawraa. 

Paling ketara sekarang ini adalah, baby Hawraa dah mula mengecam orang, dan mula memberikan reaksi negatif, seperti menjerit dan menangis bila seseorang yang yang tidak dikenali datang menghampirinya.

Biarpun Hawraa menolak orang asing, tapi jika dia berada di ribaan ibu, dia masih boleh bermain, ketawa dan senyum pada orang lain. Hawraa memang friendly! Tapi jangan sesekali datang dekat dan cuba mengambil dia dan mendukungnya.

Keadaan "memilih" orang ini sedikit sebanyak menyukarkan ibu, sebab ini juga bermakna "more work" untuk ibu. Iya lah, bila baby asyik mahu berkepit dengan ibu semata-mata dan menolak orang lain, tugasan lain akan di rumah akan tergendala.

So ibu bertekad akan mendedahkan Hawraa dengan lebih ramai orang. Masalah ini tidak timbul pada abangnya, Naufal kerana ibu mengahantar abangnya ke taska. Di taska memang ada penekanan terhadap sosialisasi.

Ibu sudahpun bermula "projek sosislisasi Hawraa" pada hujung minggu lepas. Kami keluar ke Padang Lapangan Terbang Tentera untuk menjalankan aktiviti riadah rutin ibu iaitu "berjalan pantas".



Usai itu, kami keluar minum kopi di Dataran Pasar Sehari yang menyajikan menu sarapan yang terbuka dan santai, di mana baby Hawraa boleh melihat orang ramai lalu lalang, untuk ke pasar sehari.

Ibu suka melihat dia belajar berinteraksi dengan orang lain pada usia yang muda ini. Dari kejauhan, bila ada yang menegur, dia akan memberikan reaksi-balas seperti melonjak-lonjak dan juga senyum dengan suara berkekek.

Alhamdulillah anak ibu berkembang dan tumbuh dengan baik sekali.

6 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Manisnya senyuman Hawraa. Moga membesar menjadi anak pintar dan solehah kebanggaan ibu ayah 😊

    ReplyDelete
  2. comelnya babi hawra... ingat lagi masa jadi babysitter dulu,, baby selalu lompat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab* opss! hahaha typo.
      Apa la aunty ekin ni

      Delete
  3. MasyaAllah comei baby..
    hi awk..yaya singgh sini smbil follow.
    slm pknalan ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Thank Yaya follow. AS dah follow back ya

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.