Biskut PinPin Upin Upin Dah Jadi Benda Wajib Budak Naufal Nufael ni Beli Setiap Kali Ibu Singgah Mengisi Minyak Kereta!
Siapa tak teruja oii kalau nampak kotak biskut dengan ilustrasi dua budak botak Upin dan Ipin ni? My Double N (Naufal & Nufael) pun excited gila bila tengok kotak biskut PinPin yang berbagai perisa tu duk bersusun atas rak. Dah la diletakkan baekk punya stategik pulak tu. Senang sangat nak dicapai budak berdua ni..alahai.
Upin dan Ipin merupakan karakter animasi yang tersohor di Malaysia. So, memang tak pelik lah kalau setiap kanak-kanak excited membeli produk dengan jenama Upin dan Ipin ni, termasuklah anak-anak aku.ahaks.
Berbeza dengan biskut kentang MyIkan Upin dan Ipin sebelum ini, biskut PinPin memperkenalkan perisa yang lebih menarik perhatian kanak-kanak yang secara fitrahnya adalah sweet tooth.
Pada aku lah, budak-budak terutamanya anak aku, memang lebih minat dengan jajan yang manis berbanding jajan-jajan berperisa sayur, seafood yang masin-masin dan juga BBQ.
By the way, err hihihi. Ibu nya ni pun seorang yang sweet tooth walaupun dah berpangkat "mak budak" ahaks. Ibu yang selalu lebih-lebih kot bila tiba part membeli biskut-biskut manis macam ni.hee~
By the way, err hihihi. Ibu nya ni pun seorang yang sweet tooth walaupun dah berpangkat "mak budak" ahaks. Ibu yang selalu lebih-lebih kot bila tiba part membeli biskut-biskut manis macam ni.hee~
Nufael kurang gemar biskut, dan dia lebih memilih snek dan wafer yang rapuh. Manakalah Naufal memang kaki coklat dan suka both wafer dan juga biskut. Sepanjang 2 jam perjalanan menuju ke Penang tempoh hari, total 8 kotak PinPin habis berhancai dalam kereta saje huhu. Mujur lah my Double N masing-masing tak susah nak pujuk gosok gigi. Pheww~
Apa-apa pun, perisa dan variasi biskut bukanlah faktor utama budak-budak ni tergedik-gedik sangat bila melihat kotak PinPin ni, tapi target diorang lebih kepada nakkan barang mainan yang ada di dalam nya.
Budak tetap budak. Tak kira sekecil apa pun sesebuah mainan tu, mereka tetap suka! kan?
Snek PinPin yang pelbagai
Well, jajan Upin Ipin ni sebenarnya ada banyak jenis. Ada yang dari jenis biskut, ada jenis wafer dan ada juga dari jenis snek jagung.
PinPin Happy Moo adalah biskut berperisa coklat dan biskut butter ala-ala biskut butter tradisi orang Denmark tu korang. Yummy okeh!
PinPin Mini Pocket pula merupakan wafer berinti vanila dan wafer berinti coklat. PinPin Corn Snack pun lebih kurang sama dengan Mini Pocket, ada inti di dalammya, masing-masing dengan filling strawberry dan coklat.

Kalau korang nak try, aku recommend korang cuba biskut butter dan coklat ni. Confirm tak menyesal. Orang tua pun kata sedap.
Dari deria rasa aku, aku yakin biskut ni bukanlah dibuat cincai-cincai tahap "makanan sampah" untuk umpan budak semata-mata.
Tapi ia diadun dengan bahan-bahan yang terbaik dan sebab itu lah hasilnya pun terbaekk! Biskut yang sedap, tak terpampau manis dan boleh diterima tekak orang dewasa juga.
Mana nak beli?
Ha, korang boleh cari di stesen minyak dan pasaranya terpilih macam kat bawah ni. Kalau tengah-tengah malam craving nak biskut PinPin pun, korang boleh je ke kedai 7-eleven. Lagi dekat.

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
mesti sedap ni :)
ReplyDeletehihi baru taw kewujudan biskut pinpin ni >.<
ReplyDeleteInilah biskut yang sedang menjadi pujaan kanak-kanak..
ReplyDeletePening mak melayan sebab kena buka dua2 kotak. kena makan bersama Upin dan Ipin katanya..