Kalau anda ada melihat IG Stories Mamy Syu, mesti anda tahu yang acara Muay bagi Sukan Malaysia ke 19; SUKMA XIX berlangsung di kampung kami, Gerik.
Muay merupakan sukan tempur yang menggunakan teknik pertahanan diri yang berasal dari Thailand. Di sini orang tempatan menggelarnya "tomoi siam". Setakat pengetahuan aku, tomoi ini merupakan sukan tinju yang banyak menggunakan tendangan, tumbukan, hentakan siku dan juga lutut.
Budak Naufal dan Nufael dari hari Isnin lagi berwirid berulang kali "Nak tengok gusti ibu. Jom lah pergi pekan, tengok orang gusti..jom lah"
Aku teragak-agak juga sebenarnya nak bawa budak menonton tomoi ni. Bimbang mereka meniru aksi ganas petinju yang mereka lihat. Namun setelah beberapa kali di rayu, Akhirnya semalam, hari Rabu baru aku membawa mereka ke gelanggang Muay Sukma di pekan Gerik
Punyalah teruja my Double N menonton live aksi gusti siam dari dekat. Gamat satu dewan bila penyokong-penyokong negeri masing-masing memberikan sorakan terhadap ahli pasukan negeri mereka.
Perlawanan muay tidak sah kalau tidak diiringi dengan alunan serunai dan gendang tomoi. Meremang bulu roma kot! Sumpah tak selesa.
Rembesan adrenaline to the max!.
Well, demi permintaan anak-anak, aku turutkan. Tapi aku dah pesan siap-siap pada mereka yang kita tak akan lama di situ. Jadi kami hanya menyaksikan perlawanan separuh akhir kategori 60kg yang memihak kepada kontinjen Terengganu.
Keluar sahaja dari dewan, aku terus membawa anak-anak ke lapangan kapal terbang bagi mereka membebaskan "emosi" dan menghabiskan saki-baki adrenaline yang banyak terembes tadi.ahaks.
Suungguh!
Mereka berlari, melompat-lompat sambil menendang di udara (baca: flying kick) di tengah-tengah kawasan lapang tersebut. Budak lelaki...memang banyak tenaga terpendam~huu.
Kurang lebih 10 minit, aku mengajak mereka balik, dan mereka turutkan sahaja. Masing-masing merengek, haus. Mana tidaknya, berpeluh jeruk dari kepala sampai ke badan.
Itulah. Betapa mencabar dan tricky nya seorang ibu dalam membesarkan anak lelaki. Jiwa maskulin mereka tidak boleh lah ibu terbalikkan menjadi feminin. Huhuhu bimbang kelak mereka celaru identiti and be like, "eh, aku sepatutnya jadi macam ibu aku ke ea?". hahaha haruu! ahaks.
sukma perak 2018 results
keputusan sukma perak 2018 Sukma Games Muay sukma johor 2020
maskot sukma johor 2020
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
dah ada gaya2 meniru tu.. hehehe
ReplyDeleteItulah pasal ejulz...budak budak memang cepat betul meniru
DeleteTerbaik
ReplyDelete