5 Tips Berkesan Bagi Mendapatkan Job Review dari SushiVid

Māmy Syu
8
SushiVid - Apa tu SushiVid? Korang yang belum kenal dengan Miss Sushi ni, sila BACA SINI untuk berkenal-kenal dulu ye. Platform SushiVid ini pada mulanya ditubuhkan khas bagi Youtubers mendapat job review dari jenama-jenama besar. Akhirnya kini ia berkembang lebih luas kepada media sosial yang lain seperti instagram, facebook, dan juga tentu sekali di kalangan penulis blog.

Bagi mendapatkan job review melalui SushiVid, anda perlu membuat permohonan atau "propose" kempen yang sedang berjalan dan sedang merekruit influencer. Tapi, ramai yang gagal mendapat job walaupun secara umumnya, anda yakin anda berkelayakan untuk kempen tersebut.

5 Tips Berkesan Bagi Mendapatkan Job Review dari SushiVid


Jom kita tengok 5 tips berkesan bagi mendapatkan job review dari SushiVid yang AS amalkan.


1. Mengapa berminat?

Taktik pujian selalunya menjadi! Sebelum anda propose, beritahu kepada brands tersebut, apa yang menyebabkan anda tertarik untuk menyertai kempen mereka. Maklumkan juga, betapa anda minat dengan keluaran mereka.



Cadangan ayat:

"Saya tertarik dengan kempen anda kerana saya merupakan Youtuber dan penulis blog dengan niche keibubapaan. Rangkaian produk mandian bayi yang anda keluarkan telah menjadi pilihan saya semenjak saya lahirkan anak sulung saya 3 tahun lepas. Pengikut Youtube channel dan pembaca blog saya sememangnya dibanjiri oleh golongan wanita dan ibu-ibu, terutamanya para ibu muda yang bakal menjadi ibu buat pertama kali dan mereka pasti teruja dengan produk mandian bayi eco-friendly, semulajadi serta selamat buat bayi mereka ini."




2. Mengapa berbaloi mengambil saya?

Seterusnya, baru anda "up" diri anda. Nyatakan bahawa diri anda layak (malah anatara yang PALING layak) menjayakan kempen mereka. Gunakan kebijaksanaan anda dalam melobi diri. Tayangkan kekuatan anda, pageview bulanan anda barangkali?

Beri mereka gambaran ringkas tentang siapa diri anda; gaya penulisan anda, keperibadian anda, penonton anda, jumlah penonton anda.


Cadangan ayat:

"Sebagai seorang yang berpengaruh dalam komuniti ibu bapa di media sosial (nyatakan jumlah followers), saya mungkin akan memuat naik video bayi saya yang comel (yang selama ini tanpa gagal menjadi tarikan pengikut untuk menonton) yang sedang asyik bermain buih di dalam tub mandian. Baby Ara saya itu berusia 6 bulan dan sedang dalam fasa mempelajari skill menyuap ke mulut. Dengan mandian yang selamat dan natural, saya ingin menunjukkan di dalam video bahawa sebagai ibu, saya tidak bimbang sekiranya secara tidak sengaja baby Ara tertelan buih sabun mandiannya."





3. Apa yang ditawarkan?

Penting untuk anda memberikan konsep asas content yang bakal anda hasilkan. Bagi penulis blog, anda mungkin perlu tawarkan lebih dari sekadar penulisan blog. Sebagai contoh, anda mungkin boleh memuat naik video review, unboxing, atau Vlog ke Youtube atau Instagram, kemudian tanamkan video tersebut di dalam blogpost anda bagi menaikkan lagi nilai anda di mata pemilik brand.


Cadangan ayat:

Skop perkhidmatan:

Pra-produksi:
Kami akan menyesuaikan strategi pemasaran anda dengan konsep dan skrip video yang bakal kami hasilkan. Di peringkat ini, kita akan brainstorming dan berbincang.

Fasa pengeluaran:
Di peringkat ini, sentuhan keajaiban kami akan digunakan dalam menyunting video anda.

Pos-produksi:
Video anda akan disunting menggunakan perisian berikut:
  i Adobe Primere PRO (berbayar)
  ii Movavi (full Version)
  ii Adobe After Effects

Sentuhan akhir:
Ini adalah peluang anda untuk berkongsi pendapat anda. Seperti yang digariskan di atas, anda akan diberikan satu pusingan semakan pada peringkat ini.

Produksi:
Video anda akan berada dalam format berikut: 
  i. MOV
  ii MP4

Tajuk video:
5 cara paling berkesan memujuk anak mandi. Taktik nombor 3 paling berjaya!

Konsep:
"Video akan berbentuk VLOG di mana ia akan merakam aktiviti anak-anak saya (3 orang) di rumah yang sedang asyik bermain di halaman rumah, dan bila dipanggil mandi, mereka enggan. Seterusnya saya menyediakan mandian buih dan merakamnya di telefon bimbit lantas menmainkan rakaman tersebut kepada mereka. Dan. Horeyy! Taktik berjaya.

Babak seterusnya, kami akan menayangkan keseronokan anak-anak bermandi buih bersama-sama, dan di situlah produk anda akan ditayang.

Kemuncaknya bila abang yang paling besar memercikkan buih ke mulut adiknya (6 bulan). Di dalam montaj akhir video, saya akan masukkan teks mengenai produk mandian brand anda adalah 100% natural, dan organik yang tidak bahaya kepada bayi. Malah ia juga tidak akan memedihkan atau merengsa mata.



Menjadi keutamaan saya untuk menyediakan video yang tidak kelihatan hard-selling, dan menjadikan jalan cerita video tersebut sesemulajadi yang mungkin. Maka, hasil video anda akan menjadi "santapan" ringan dan seronok ditonton. Secara alami, semua orang suka melihat bayi dan kanak-kanak comel dahn ceria.

Tonton kempen kami yang terdahulu yang pada hakikatnya ingin mempromosikan Bekas Makanan, tapi kami lakukan kempen tersebut melalui video resepi bento kanak-kanak yang menarik lagi comel untuk dicuba oleh ibu bapa: (masukkan pautan video di sini)"



4. Garis masa / Timeline

Sebagai KOL yang baik, setiap perkara perlulah telus dan jelas bagi kedua-dua pihak. Nyatakan dengan jelas bilakah masa dan tarikh video dihasilkan, bila maklum balas diperlukan, edisi akhir disediakan dan bilakah bayaran akan dikeluarkan.

Bab ini, personally aku tak bimbang kerana bila sekali anda berkolaborasi dengan jenama melalui paltform SushiVid, anda akan terlindung dari segi kebajikan. 

Bila anda dipilih untuk menerima tajaan dari sesebuah jenama, SushiVid akan menguti bayaran dari jenama tersebut dan "hold" duit tersebut sehingga konten anda telah (video/blogpost) telah diterima oleh jenama. Jadi, tempoh masa atau timeline ini adalah berbalik kepada bagaimana anda berbincang dengan jenama.


Cadangan ayat:

Draf pertama:
DD / MM / YY


Semakan jenama:
DD / MM / YY


Konten disiarkan :
DD / MM / YY





5. Sasaran audien

Nyatakan pada jenama platform atau medium yang akan anda gunakan dalam menjalankan kempen mereka. Make sure anda tekankan kekuatan saluran Youtube anda serta pautan media sosial yang akan anda kongsikan kempen mereka.

Lebih luas medan "shout out" anda, lebih suka jenama kepada anda.


Cadangan ayat:

"Selain penulisan artikel blog  (masukkan pautan anda di sini) dan muatnaik video di saluran YouTube (masukkan pautan anda di sini), kami juga akan share pautan artikel berserta video tersebut dengan peminat kami di Facebook Page (Jumlah Likes), Facebook Group (contoh: MamaPapa Group/Kelab Ibu Hamil), Instagram (Jumlah Pengikut) dan Twitter (Jumlah Pengikut), sekali gus meningkatkan engagement terhadap kempen!"

***********



So, begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang boleh anda guna pakai untuk "melamar" sesebuah jenama supaya menerima anda. Seboleh-bolehnya, pastikan ayat anda tertumpu, profesional dan ringkas. Tapi jangan lupa selitkan juga idea-idea original diri anda.

Sama seperti pelabur mencari projek. Mereka mencari "kertas cadangan" yang outstanding dan dalam masa yang sama masih lagi praktikal untuk dilaksanakan dan genuine.

So guys untuk terpilih, anda kena fikir di luar kotak. Dengan berfikiran kreatif, anda pasti akan menghasilkan kertas cadangan (baca: proposal) yang awesome lagi meyakinkan!


Semoga berjaya!

Post a Comment

8 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Menarik tips ni.

    ReplyDelete
  2. Dalam bahasa melayu pun boleh ye? Terima kasih atas perkongsian ni yer. Boleh cuba praktikkan lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kinah. A.S pun sentiasa propose dalam bahasa melayu je. alhamdulillah dah 3x lekat ^_^

      Delete
  3. good sharing Syu...terbaik

    ReplyDelete
  4. Wah..tips bagus..tunjuk ajar kan saya hehehe

    ReplyDelete
  5. Done follow blog ni ya

    ReplyDelete
  6. Thumbs up untuk post ini A.S..
    LZ gigih berusaha menambat hati SushiVid ni tapi masih belum ada rezeki..

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!