Cermin nilai diri kita, adakah diri kita ini memberi manfaat?

Dalam kehidupan kita seharian, kita harus selalu berfikir dan menilai diri sendiri untuk memberi manfaat kepada kehidupan kita serta orang lain.

Kita semua mempunyai nilai yang tersendiri bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga pada keluarga, sahabat, masyarakat dan lain-lain.

Bagaimana nak menilai diri kita?

Mudah! Caranya adalah memerhatikan sekeliling kita.
Adakah kita ni merupakan seorang anak yang apabila kita tiada di rumah, mama dan abah kata : 
'Seronoknya kalau ada kakcik' 

'Bila ya kakcik nak balik kampung lagi?' dan sebagainya. 

Begitu juga kita sebagai seorang ibu, kita kena berfikir, kita ada nilai tak dalam rumah?

Atau mungkinkah bila kita tiada di rumah itu lebih disukai anak-anak?

Nilai ini mesti datang daripada manfaat kebaikan kita, Insya-ALLAH ia akan berikan kebaikan yang besar keberadaan kita dalam hidup orang lain khususnya dalam keluarga kita.

Hati-hati bila ada orang yang merasakan 'La, dia pergi kursus 2 hari saja ke? Kenapa tidak sebulan terus?'

'Bila lah dia ni nak ditawarkan pekerjaan dan berpindah'

Itu salah satu petanda bahawa nilai diri kita ini terlalu corot terkebawah dan tidak bernilai, sehinggakan orang berharap-harap agar kita tiada dinsitu bersama mereka.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.