Cara Duit Masyuk dengan GoShareLah SushiVid | Cuma Copy-Paste Saja.

Māmy Syu
5
GoShareLah SushiVid Duit Masyuk! Cuma Copy-Paste Saja. | Siapa yang belum kenal apa itu SushiVid, Xu sudah bercerita panjang lebar mengenainya di dalam artikel sebelum ini. Bagi sesiapa yang sudah kenal, kini ada berita baik! SushiVid telah berkerjasama dengan GoShareLah dalam membantu meningkatkan lagi "peluang" anda menjana pendapatan melalui teknik pemasaran yang dikenali sebagai influencer marketing.

apa itu gosharelah


Bagaimana GoShareLah membayar anda?

GoShareLah merupakan program micro-influencer yang hanya memerlukan kita share kempen-kempen tertentu ke dalam social media kita. Jangan risau dan pening kepala nak mereka ayat marketing, sebab dengan GoShareLah, semua bahan telah tersedia. Tinggal copy paste sahaja ke dalam profile media sosial masing-masing.
gosharelah sushivid memang senang buat duit onlline
Payout invoice untuk kempen GoShareLah | Kejap je RM 105.85




Step 1 : Login Ke Dashboard Sushivid Anda


Untuk menggunakan aplikasi GoShareLah, anda perlu login ke akaun SushiVid Terlebih dahulu. Tapi make sure login dengan menggunakan Facebook ya. Kalau tak, anda tidak akan dapat meneruskan proses kongsi ke media sosial.





Step 2 : Pilih Kempen Yang Available Pada Hari Ini


Selain berkongsi di Facebook dan Instagram, jika anda mempunyai akaun twitter dengan minimum 800 followers, anda boleh gandakan pendapatan dengan mengkongsi iklan GoShareLah ke platform Twitter juga. Bayangkan jika satu kempen menawarkan RM 1.30 per share.

Sehari, anda layak share 3 postingan bagi setiap media sosial. Maka Rm 1.30 x 9 = RM 11.70.

Wahh!

Betul kan apa aku kata. Dengan GoShareLah, paling cikai anda boleh dapat RM 10.00/share/hari tau!

apa dia gosharelah




Step 3 : Download Image dan Salin Ayat Caption yang Diberi


Langkah ketiga, senang saja. Aku tak beritahu pun anda pasti boleh buat. ahaks.

Anda hanya perlu klik butang "Copy" dan muat turun gambar berresolusi tinggi dengan menekan butang "Here".





Step 4 : Kongsi Material ke Media Sosial


Material dah download, caption dah salin, so sekarang anda hanya perlu kongsikan material tersebut ke media sosial.

gosharelah ok ke?





Step 5 : Pengesahan Bahawa Meterial Iklan Sudah Di Siarkan


Bila sudah share, tentulah kita kena sertakan dengan bukti. Benda melibatkan duit beb! Mestilah semuanya kena ada bukti.

Macam mana nak hantar bukti?

Ohh senang kacang!
Sekali lagi tindakan copy paste memainkan peranan. Ahaks.

Serius aku tak tipu kan. Kerja GoShareLah ini memang kerja copy paste , copy paste and copy paste saja. Kemudian dapat duit.

gosharelah sushivid


Di atas ini cara untuk dapatkan specific link kepada postingan iklan tadi. Kalau guna mobile, tiada masalah aku rasa. Sebab Facebook App sudah sedia pilihan "Copy Link" dari option tiga dot tu kan. Begitu juga Instagram.

Link yang sudah disalin tu, anda tampal di ruangan yang disediakan seperti di bawah ini.

gosharelah sushivid
Siap!

5 langkah yang sangat mudah dan langsung tidak memeningkan kepala kan.

Lepas link dihantar, anda akan dibayar dalam tempoh paling lama 8 hari berkerja. Selagi anda belum terima bayaran, anda jangan pula padam postingan yang di kongsi tu.

Kerja sia-sia lah jawabnya.



Kumpul Duit Sehingga RM 50, amaun Minimum Untuk Cashout.

Awal-awal SushiVid dibuka untuk blogger dulu, memang tiada amaun minimum untuk withdraw. Kalau kau ada RM10.00 dan kau nak keluarkan pun, tak apa.

Tapi kena caj RM1.00 lah. Tapi sekarang caj transaksi di bawah RM100 tu dah naik kepada RM2.00. Jadi, amat disarankan anda bersabar dan mengumpul dahulu duit sehingga cuku RM100.00, dan barulah mohon pengeluaran.

gosharelah sushivid

Jangan risau!

Tak lama pun nak tunggu cukup RM100.

Cuba anda perhatikan rekod GoShareLah yang aku petik dari awal bulan Oktober ini. Perasan tak, kempen Kath+Belle di facebook tu masuk RM 1.30 berkali-kali?

Aku sendiri tak pasti kenapa, tapi aku syak, kempen ini dibayar per klik, (rasanyalah)

So, kalau followers Facebook anda ada ribu-riban, memang sekejap je tabung GoShareLah anda tu penuh ke paras RM 100.00.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. ahaks.

Cheers!

SushiVid
Website   : https://www.sushivid.com/
Instagram: https://www.instagram.com/sushi.vid/

Post a Comment

5 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Wah menarik ni. Sebab senang je kaedah nya 😁

    ReplyDelete
  2. Saya dah lama tak buka akaun Sushivid saya, so tak tahu pula kewujudan benda ni sampai saya baca post ni.

    ReplyDelete
  3. Kinah pun perasan. Banyak kali juga masuk tapi GM Klang dengan AiTrade punya kempen. Dua ni saja kinah dah kumpul RM400 tau. Asyuk buat gosharelah ni.

    ReplyDelete
  4. mmg senang sajakan, yg penting rajin nak share...

    ReplyDelete
  5. Lama tak buka sushivid ni..boleh start baliklah nanti..mmg mudah buat duit pun, cuma kena sabar tunggu banyak lah..

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!