Ecostore (New Zealand) Selamat, Semulajadi dan Mesra Alam

Māmy Syu
18
What do you think of when you imagine New Zealand? Bagi Xu, selain ia terkenal dengan produk tenusu dan Pavlova nya yang super sedap, negara New Zealand juga amat terkenal sebagai destinasi percutian yang eco-friendly dengan alam semulajadi yang paling terpelihara di dunia.

Actually Xu sendiri tak pernah sampai pun ke sana haha. Sekadar dapat gambaran dari filem The Lord of The Rings dan gambar dari Pinterest wallpaper saja haha.

Tapi hari ni Xu bukan nak cerita tentang betapa hijaunya New Zealand dengan keaslian alam nya. Sebaliknya I nak review produk penjagaan diri dan household yang super environmental-friendly dari New Zealand. Yakni Ecostore!



Ecostore merupakan sebuah jenama yang mengeluarkan produk-produk asas harian yang selamat untuk digunakan oleh semua golongan tanpa mengira usia, dan juga tidak menjejaskan alam sekitar. 

Sebenarnya dalam banyak-banyak produk keluaran Ecostore, I paling tertarik dengan Baby Body Wash Ecostore yang claim ianya bebas paraben, SLES (Sodium Laureth Sulphate) dan pewangi sintetik.

Memandangkan kulit baby Hawraa sangat sensitif dan mudah naik kemerah-merahan bila terkena buih mandian yang ada pewangi, ibu pun automatik jadi macam eagle eyes dah meng-Google produk paling sesuai untuk kulit sensitif.

Jumpa je Ecostore kat Lazada, tak fikir banyak dah, I terus decided wanna give a try on this brand.

Bila belek punya belek dekat Ecostore @ LazMall, tiba-tiba I ternampak sebuah giftset yang ada 6 item di dalamnya. Harga pun berbaloi! Dengan hanya RM 69.90 I akan dapat 2 varian body wash, 2 varian syampu, 1 baby moisturiser dan sehelai baby beanie yang comel! 

Ini kalau bagi hadiah dekat anak buah yang baru lahir pun sesuai nih.




escostore baby body wash review

Baby Body Wash Gentle Cleansing

Diterbangkan khas dari Auckland, sabun mandian bayi Ecostore ini telah dihasilkan dari kilang pembuatan yang mendapat pensijilan Enviromark Diamond yang merupakan penanda aras kepada Sistem Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management System , EMS) yang terbaik di dunia!

Dari bahan formulasi produk sehinggalah ke packaging nya, semuanya menggunakan bahan-bahan semulajadi, terbiodegradasi, dan recyclable. Kita kat Malaysia tak mampu lagi nak hasilkan produk yang 100% eco-friendly macam ni kerana kekangan kos dan kepakaran.

Sabun Ecostore ni lembut pada kulit bayi, dan dijamin takkan merengsa mata baby. Selain tu, sabun mandiannya kurang berbuih dan mempunyai bau yang sangat lembut. 

Antara cara nak mengenalpasti sama ada ia betul menggunakan pewangi semulajadi adalah melalui soft lavender scent yang dapat dihidu dari mulut botol ni. Kalau pewangi lavender sintetik, baunya kuat menyengit dan tajam menusuk hidung kan. So dari situ kita dapat buat perbandingan.





ecostore baby shampoo

Ecostore Baby Shampoo

Tak seperti kebiasaan syampu yang menggunakan SLS / SLES sebagai agen pembuih dan polyethylene glycol sebagai penstabil. Brand Ecostore memberi jaminan yang syampu mereka bebas paraben, CAPB, SLES, silikon dan polyethylene glycol.

Kalau mommies nak tahu apa kesan sampingan bahan-bahan yang I sebutkan tadi tu, sila buat carian di Google sendiri ye hihi.

Dirumus dari pati minyak lavender dan geranium sebagai bahan utama, syampu bayi Ecostore ini dapat membersihkan peluh dan lebihan minyak dari kulit kepala tanpa mengeringkan kulit baby. So, kalau your newborn baby ada masalah kulit kepala berkerak, why not mommies try out this shampoo?




ecostore baby moisturiser

Baby Moisturiser

Losyen pelembab dari Ecostore ni bukan dipakaikan dekat baby Hawraa semata-mata je, I sendiri pun guna jugak ahaks. I suka tekstur losyen nya yang ringan dan cepat menyerap ni. 

Bukan apa. Ada sesetengah body lotion tu, sediaannya terlampau berminyak dan melekit. Tak berapa selesa lah, especially bila I nak start driving. Rasa berlengas je tapak tangan bila nak pegang steering kereta, urghh! 

Dari segi baunya, I tak berapa suka sebab terlalu mild. Actually I lebih prefer parfume lotion berbanding unscented lotion. haha. Ladies memang biasanya prefer lotion yang berbau wangi, isn't it?

Ke you all tak?


Ulasan peribadi Mamy Xu

Bagi Xu, as a mom yang selalu menginginkan yang terbaik untuk anak-anak, of course Xu sukakan produk Ecostore, and yes, Xu akan repeat beli body wash dia. So far memang kulit baby Hawraa dah makin elok dan pulih dah. Kesan kemerah-merahan bawah leher dan ketiak baby Hawraa dah tak berulang lagi dah.

Personally, I recommend mommies out there yang mempunyai anak berkulit sensitif macam Hawraa, atau yang mempunyai masalah ekzema dan alahan yang teruk supaya bertukar kepada produk Ecostore.

You all jangan beli yang botol besar terus. Maybe you guys boleh cuba beli gift set macam yang I beli ni ke? Nama pun mencuba, right? Beli yang saiz kecil, atau saiz travel saja cukup lah kan. Bagi I, tak rugi pun mencuba demi kebaikan anak.

Macam I sendiri, kulit baby Hawraa nampaknya well tolerate dengan produk ecostore dan I akan terus menggunakan baby wash dari Ecostore ni at least sehingga baby Hawraa mencapai usia setahun lah, sebelum nak cuba-cuba tukar kepada sabun mandian yang lain. 


ecostore review


Rumusan

Secara keseluruhannya, Xu boleh rumuskan produk Ecostore ni layak mendapat 5 bintang dari segi kualiti dan safeness. Dari segi ekonomi pula, Xu hanya dapat bagi 3.5 bintang sahaja. Sorry~ 

Sebab pada Xu yang dari golongan berpendapatan sederhana ni, Xu merasakan harganya adalah sedikit mahal. Tapi, mahal dia sebenarnya patut-padan dah dengan kualiti bahannya, packagingnya yang eksklusif, dan juga teknologi pembuatan yang eco-friendly dia tu.

Packaging/bottle yang biodegradable ditambah pula dengan teknologi CarbonCapture™ nya. I jamin  mustahil kosnya murah.

So, harapnya review Xu kali ni dapat lah membantu sedikit sebanyak mommies menjadi pengguna yang bijak. Next time kalau Xu ada jumpa produk-produk baby yang bagus setaraf Ecostore ni lagi, Xu akan share lagi okey. Bubbye!


Post a Comment

18 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Kita pun pakai brand ni juga utk baby Nami.

    ReplyDelete
  2. Mouse mommy suka barang2 eco jugak, selamat digunakan utk anak2 dan juga mesra alam. Boleh beli kat mana ni?

    ReplyDelete
  3. Gift set dia bagus macam2 ada..bagus utk kegunaan sendiri dan beri pada kawan2 yg baru melahirkan anak..

    ReplyDelete
  4. pertama kali lihat brand nih, ianya dah lama dekat pasaran yea.. nanti boleh kongsikan tentang produk nih dengan kawan-kawan saya pulak.. terima kasih kongsikannya

    ReplyDelete
  5. haritu airah survey jugak set mandian untuk baby since baby dah nak keluar ni hahaha. lepasni nak cuba brand ni pulak la.kulit baby kan soft je kena guna produk yang soft jugak

    ReplyDelete
  6. menarik ni..memng kalau nak cari utnuk anak2 memang patut yang bebas paraben sles semua tu kan..boleh la try nanti

    ReplyDelete
  7. Comelnya botol dia... baru tahu ada product ecobaby ni.. klau buat gift utk yang baru dapat baby memang cun sgt..lagi kandungan bahan pun baik utk kulit dan selamat digunakan

    ReplyDelete
  8. Menarik. Xpernah lagi tengok produk macam ni dari New Zealand. Biasa korea je kan.

    ReplyDelete
  9. first time dengar brand ni, patut la brand antarabangsa rupanya. Bagus lah produk ni , selamat untuk bayi dan bebas dari bahan kimia berbahaya.

    ReplyDelete
  10. Comelnya botol-botol dia.. Tapi tak pernah dengar jenama ni. Maybe dah terbiasa dengan jenama yang biasa ada dipasaran luar tu kan..
    Tapi boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  11. Looks like a good product. Seems like very safe and gentle on baby skin.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah tahu pasal produk ni. Nampak macam menarik. Bolehlah sis gitau kawan2 yg ada anak2 kecil

    ReplyDelete
  13. I have heard a lot about this brand must be really good and child-friendly right? Will recommend it to my other friends.

    ReplyDelete
  14. Selalu dengar brand ni, tapi tak sure tentang produk dia bagus atau tak. I memang suka explore barang baby macam ni.

    ReplyDelete
  15. First time dengar pasal produk ni. Nampak menarik dan simple. Kalau produk berasaskan bahan bahan semulajadi memang bagus untuk digunakan sebab tiada bahan kimia berbahaya. Kita nak guna pun tak rasa was was

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak mimie. Untuk anak anak kita selalu fikir kan yang terbaik

      Delete
  16. Oh yes i have tried some of their samples. It not only good for babies but for adults especially those with sensitive skin.

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!